Monday 26 September 2011

PEMBUNUH KEJAM DI RUMAH..

Haloha..

Malam ini, Eton telah menjadi pembunuh yang sangat kejam.. Ini semua gara-gara seekor lipan yang jatuh dari atas syiling bilik dang.. Memang terkejut beruk dibuatnya.. Ingtkan cicak besar yang jatuh, rupa-rupanya lipan jantan kot yang jatuh.. Nasib baiklah warna lipan tu tak merah.. Kalau merah, memang nasib badan la.. Sebab orang kata, lipan merah ni berbahaya.. Disebabkan itu, eton telah memukul dan melayakkan lipan tu menjadi lumat.. Dang memang jerit je la sambil sembur shieldtox.. Sebab geli dan tak boleh tengok binatang berbisa ni.. Takut!!! :(

Lagi satu, kalau time tidur lipan tu jatuh.. Tak nahas kitaorang berdua ni.. 
Nauzubillah.. 
Jangan lah jadi macam tu.. Kejadian ni, buatkan dang dan eton lebih berhati-hati..
huhuhu


peace ;p


PENGUMUMAN PENTING !!!

Haloha..

Untuk 5 hari akan datang, bermula pada Isnin ini sehingga hari Jumaat, 
lappy ini akan berada di dalam simpanan.. 
Ini kerana untuk kerja naik taraf.. Format la der.. hhihii

So, jumpa lagi nanti k dengan story2 yang panas.. 
kuang kuang kuang..


peace ;p

Friday 23 September 2011

Tanggungjawab Yang Diamanahkan..

Haloha..

Pemilihan untuk siapa yang menjadi Ketua Projek bagi menguruskan 
Program Khidmat Masyarakat under subjek Personal Development, telah dijalankan.. 
Dang di antara nama-nama yang telah dicalonkan.. 
Dan ternyata, posisi itu menjadi milik dang..

Dipilih sebagai Ketua Projek amat berat untuk dipikul.. 
Bukan takut atas cabaran yang diberikan tetapi risau jika tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan adil..

Sekarang ni, tempat dan aktiviti masih lagi dalam cadangan. 
Ada beberapa tempat yang telah disuarakan.. Hanya menunggu masa untuk membuat undian bagi mendapatkan keputusan yang sama adil dan saksama..

Mudah-mudahan segala perjalanan progres ini berjalan dengan lancar..


peace ;p

Wednesday 21 September 2011

Berputar-putar Biji Mata Den..

Haloha..

Disebabkan kelas Procurement batal under Abg Ariff, bermakna kelas tak ada satu hari suntuk ni.. Duduk umah, dang buat apa-apa yang patut.. Selain basuh baju, dang cari maklumat untuk pergi trip kelas nanti.. Pening mencari maklumat yang mana patut ?? Trip ini bukan pergi bercuti taw, korang jangan salah faham.. Trip kali ini untuk melawat kilang-kilang yang ada di sekitar Malaysia ni..

Tak banyak pun kilang yang dang dan teman kuliah akan terjah., Hanya 4 biji kilang je, Abg Ariff (nama pangilan Lec kitaorang, saja gelarkan macam ni) minta cari.. heheh.. Tapi itu dah boleh membuatkan kitaorang migrain satu kelas.. Atas permintaan, hendak ke Melaka.. Budak-budak kelas ada yang nak ke Kedah dan Penang..

Korang tahu mana-mana kilang yang best2 tak ?? 
tempat sedara mara kerja ker.. hihi
Kalau taw, meh la berkongsi dengan dang..
Bagi tahu alamat ngn nombor tepon..




peace;p

Sunday 18 September 2011

Pesaing Baru...

Haloha...

Hanya hiasan semata-mata
Kuliah hari ini bermula dengan satu kejutan.. Sepatutnya kelas dang bermula pada pukul 12 tengah hari, tapi terpaksa dibatalkan di atas sebab-sebab tertentu.. Jadi, kuliah dang seterusnya bermula pada pukul 2 petang.. Kelas FIN533 ni under Encik Johari atau lebih mesra di panggil En Jo.. Ini adalah pertama kali masuk kelas subjek FIN ni.. hoho.. Memang berdebar la kan.. Semester lepas pun ada gak amik subjek FIN420, lain sikit dari kod ni.. Tapi nasib tak baik, kena la ulang lagi buat kali kedua.. hurm.. teruk-teruk.. :( Lepas tu, lebih-lebih lagi bila tengok semua pelajar yang join, semuanya yang dang tak kenal.. Dang ada gak cari geng-geng part dang tapi, tak seorang pun muncul lagi.. Maybe dorang datang lewat kot.. Biasalah, dah seniorkan orang cakap.. Datang lewat tu dah biasa.. hoho

Mula-mula dang masuk je dewan tu, dang dapat perhatikan ramai pelajar baru.. Boleh dikatakan separuh kelas hanyalah pelajar baru.. 
Time tu, pelajar lama hanya dang dengan Rozi sahaja.. 
Dang bagi tahu Rozi, 
" Sekarang ni, kita dah ada persaingan baru.. 
Kena struggle gila-gila macam ni.. Kalau tak, boleh malu ni.. "
Rozi hanya mengangguk dan masing-masing berfikir sejenak..

Bukan apa, bila dang tengok pelajar baru join kelas dang sama-sama, dang rasa macam budak baru pun ada.. Sebab dahulunya budak kelas dang lebih kurang 40 orang dari semester 1, tapi bila dah sampai ke semester 3 ni, yang tinggal hanyalah 20 lebih je.. 
Mana yang lain pergi ?? 
Korang pandai-pandailah fikirkan.. 

Sekarang ni dang dah mula sedar, persaingan ini baru sahaja bermula.... 
Lepas ni, banyak lagi persaingan yang bakal dihadapi dalam hidup.. Ini semuanya baru permulaan.. 
Time belajar, macam ini lah.. Jadi, dang kena tingkatkan usaha.. 
Berusaha !!!!!!


peace ;p

Saturday 17 September 2011

Terkulai Jugak Akhirnya..

Haloha..

Sejak dari semalam lagi, dang hanya tinggal berdua bersama Eton.. Jadi, tak ada keja lain hanya berborak dengan Eton je la, merangkap teman sebilik dang sem ni.. Eton ni boleh dikatakan peminat dalam shopping online.. Jadi, dalam dia membelek-belek barang yang nak di beli, dia akan bertanya pendapat dekat dang.. Dang ni plak pantang bila tengok barang yang dang rasa sesuai untuk dijadikan koleksi, dang memang akan join sekaki.. Aaaiihh !!!! Memang tak boleh dipisahkan kalau bab-bab membeli ni..

 Bukan apa, dang ada menyatakan hasrat untuk membeli beg.. Beg yang dang akan beli ni akan digunakan untuk pergi kuliah.. Sebab beg dang sekarang ni tunggu nak terburai je isi-isi dalam tu.. Cuti hari tu, tak sempat nak cuci mata kat melaka.. Alih-alih memang pakai je dulu beg yang lama.. hohoho.. Hasrat ni dang dah bagi tahu dekat mak dulu.. Takut gak kalau kena bebel.. hihihi.. Anak mithali kan ?? hehehe.. Rupa-rupanya, Eton ni pun nak beli beg gak.. Tapi kegunaan lain-lain.. Si Eton ni beli beg nak pakai untuk keluar jalan-jalan.. 

Jadi, Eton telah mengesyorkan dekat dang untuk melihat jenis beg dekat Sometime Boutique ni.. Harga memang berpatutan dan material pun nampak class gitu.. hihi.. Ada dua beg yang menjadi pilihan dang iaitu,


Summer Shopper - Yellow
RM 69.00
2 In 1 Alessa Shopper - Brown
RM 69.00

Sekarang ni dang hanya menunggu beg ni sampai je la.. hihi.. 
Kalau Deeba dapat tahu, memang mengamuk la dia.. 
Mesti minta 1 beg jugak ni.. hihi..

Akhirnya, duit yang dang peruntukkan untuk membeli beg tercapai jugak..


peace ;p

Friday 16 September 2011

Bile Ceti Mula Bersuara..

Haloha..


Semester baru bakal masuk untuk minggu kedua. Begitu juga tanggungjawab yang dipikul dari semester lepas tetap diteruskan sementara menunggu tampuk kepimpinan yang baru mengambil alih. Untuk semester ini juga, maka bakal berakhirlah jawatan yang disandang oleh dang untuk sesi 2010/2011 sebagai Bendahari, Persatuan Opems.. 
Iaitu salah satu kelab yang dang ceburi dalam kos dang ni.. 

Selama dang memegang jawatan ni, banyak risiko yang dang kena hadapi. Salah satunya, budak-budak Opems akan melarikan diri dari dang.. 
Atau yang lebih tepat, buat-buat tak kenal dang.. 
Sebab apa ?? Takut dang akan kutip yuran kelab dekat budak-budak ni.. 

Selain tu, risiko yang kedua ialah duit yang dikutip akan menjadi tanggungjawab dang sepenuhnya.. Ada pembantu pun, macam tak ada je.. Alih-alih, dang jugak yang wat kerja tu sendiri.. Lagi pun dang susah nak percaya dekat orang lain, takut ada penyelewengan plak.. hoho

Seterusnya, untuk buat report kewangan akan membuatkan dang pening kepala.. Bukan sebab kerja last minit yer untuk kira duit.. Tapi sebab ramai lagi budak-budak yang tak bayar hutang kelab.. Dah puas menagih macam dang plak yang berhutang dengan dorang.. Dorang macam biasa akan buat alasan.. Suka sangat tangguhkan bayar hutang..

Untuk sebab itu, dang nak kongsikan sikit tentang hutang ni..

Dari sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, 
" berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari ".

- Riwayat al-Baihaqi -

Masing-masing dah besar, jadi pandai-pandailah fikir, ok ?? 
Jadi, kepada yang ada berhutang tu, cepat-cepatlah langsaikan nya.. 
Peringatan ni untuk diri dang jugak.. hihi


peace ;p

Fakulti Berubah Nama..

Haloha..

Dalam dok blogwalking petang ni, dang akan sentiasa terjah blog Maria a.k.a Sifu Dang ni.. hihi.. 
Rupa-rupanya fakulti dang dulu akan ditukarkan namanya dari 
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik 
kepada 
Fakulti Filem, Teater dan Animasi..
Walaupun dah setahun setengah dang menjadi Ex-FACT sebab melanjutkan dalam pengajian kos lain, tapi dang tetap mengupdatekan diri dalam perkembangan fakulti dulu.. hihi.. 
Bak kata pepatah jangan jadi seperti, 
" Kacang lupakan Kulit "..

Untuk nama yang baru ni, dang sokong 100%.. Nama macam ni la baru senang orang sebut.. Kalau dulu, payah orang lain nak menyebutnya.. Lagi satu, dulu orang lain susah betul nak faham budak-budak FACT ni belajar tentang apa, dekat mana.. Tapi bila dah ditukarkan nama ni, rasanya semua orang akan tahu dengan lebih baik.. Tak perlu crita lebih.. hihi..

Yang terbaru, budak-budak FACT juga telah merangkul kemenangan dalam beberapa pertandingan.. 
Nak tahu crita selanjutnya ?? Baca Ni..

Walau di mana dang berada, UiTM tetap di hati... 
semua yang bergelar pelajar... hihi


peace ;p

Lega.. Tak Semak Dah..

Haloha..



Pagi-pagi lagi lepas subuh terus memanjakan diri dekat dapur.. 
Bukan untuk memasak ye kawan-kawan.. Tapi nak settlekan baju yang bertimbun.. hahaha.. 
Sekarang, leeeegggggggggaaaaaa rasanya.. 
Mata dang pun dah tak semak.. 
Baru ada masa nak blogwalking di samping bersarapan makan coklat Toblerone.. 

Terbaik !!! hihi


peace ;p

Good Morning !!!

Haloha..

Wah !!! Nyamannya udara pagi ni.. 
Best je rasanya.. hihi.. Memang membuatkan diri kita segar.. 

Selamat Pagi semua....
Semoga hari ini sentiasa ceria..
Salam Jumaat dan Salam 1 Malaysia..


peace ;p

Tuesday 13 September 2011

Hujung Minggu Awal Semester..

Haloha..

Hari ini kehidupan sebagai pelajar telah bermula.. Sampai je di Dungun ahad yang lepas, dang terus tengok rumah yang dang akan duduki bersama rakan-rakan.. Untuk semester ini, dang telah berpindah di rumah baru.. Kali ini, dang rasa selesa sikit berbanding sebelum ini.. Bukan apa, keadaan rumah sekarang ini lebih baik.. hihi.. Pape pun dang tetap bersyukur sebab semuanya dalam keadaan baik dan lebih sempurna...

Bila cuti hujung minggu ni, yang ada dekat Dungun hanya dang bertiga je.. Sape lagi kalau bukan dang, Rozi, dan Eton.. Plan untuk beli barang keperluan yang mana tak lengkap diteruskan.. Bukan apa, rasa tak lengkap hidup ni bila keperluan yang selalu dang pakai tak ada di sisi.. So, destinasi seterusnya ialah di Mydin.. Tabiat untuk memborong kali ini agak terbatas, bukan sebab pt tak masuk tapi azam semester baru nak berjimat.. hahah.. Memang kaw-kaw dang catu barang-barang.. hahaha

Tapi bila datang je bab makan, dang akan kalah.. Dengan rasa gembira dang akan menghabiskan duit untuk menjadi santapan.. Ini berlaku bila lepas je settle semua, dang and the geng terus melangkah ke Pizza Hut.. hahaha.. Ni katanya berjimat ?? So, apa pendapat korang.. hihihi.. Tapi service yang kitaorang dapat amat mengecewakan kat Pizza Hut cawangan Dungun ni.. Perut yang berkeroncong lapar terus kenyang tengok layanan yang diberikan.. Hurm... Tak terkata kitaorang.. huhuhu.. Dah orderkan, jadi makan je la..





kecewa dengan Pizza.. :(
Selesai makan, tiba masa untuk sambung kerja dekat rumah plak.. Sesi mengemas belum lagi selesai.. Dalam dua hari jugalah, dang dan Eton selesaikan kerja-kerja yang perlu dilakukan.. Agihan kerja dah buat, jadi masing-masing cuma melaksanakannya dengan baik je..

Hari ini, betul-betul rasa lega sebab semuanya bereh...  Hati rasa gumbira.. Mata pun tak ada la nampak semak je... hihi.. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar... 

Esok bermulalah hari pertama kuliah.. berdebar plak rasanya nak masuk kelas.. hihi


peace ;p

Sunday 11 September 2011

Persiapan balik.. BEREH !!!

Haloha..

DOUBLE CHECK :

Baju dah siap packing (1 beg besar)
Kasut (1 beg kecik)
Laptop + charger hp (sony dan nokia) + pendrive + broadband
Tiket bas.... dah masuk dalam dompet
Barang Make-up 

DONE !!!!!

Hope tak ada apa yang tertinggal..


peace ;p


Saturday 10 September 2011

Hujan di Melaka seperti Meratapi Pemergianku Ke Dungun..

Haloha..

Malam ni adalah malam yang sejuk.. Ia juga adalah malam terakhir dang bermalam di Melaka ni.. Esok pagi-pagi dang akan bertolak ke Dungun.. Dah lama sangat cuti, rasa berat je hati nak balik.. huhuhu.. 

Bila tengok balik list yang dah dibuat, dang terfikir macam mane la esok dang nak angkut semua beg ni ?? Beg baju, beg laptop, beg tangan, macam-macam beg lagi la.. Adoi !!!! Pening kpala.. 

Cik Dang oi, kau ingat sape yang nak hantar kau ke Dungun tu ??
Kalau dengan family, bolehlah kau angkut berlambak-lambak beg... 

Sekarang baru tahu, dulu kalau bawa beg, maen masuk je dalam boot kereta tapi sekarang berkira-kira.. Dulu kalau ayah hantar balik dungun, senyum memanjang je.. Tak kisah balik pukul brapa pun.. Tapi sekarang, balik kena naik bas.. Jadi pengikut setia bas Maraliner tak pun bas Transnasional.. Kena ikut masa bas.. Mula lah kena terpacak 30 minit awal, takut tertinggal bas.. Dulu, kalau balik tidur dalam kereta sampai tak ingat dunia tapi sekarang nak tidur dalam bas pun kena tidur-tidur ayam.. Takut barang hilang dan terlajak destinasi.. 

Walaupun dah setahun lebih dang dekat Dungun, tapi hati dang masih lagi belajar untuk menerima keadaan sekeliling.. Hurm.. 

Semoga perjalanan esok berjalan lancar..
Amin..


peace ;p

Friday 9 September 2011

Dikenakan Cukai..

Haloha..

Baru je beberapa minit ni, dang dapat mesej dari Celcom.. Daammnn !!! Lepas je 15 Sept ni, bila nak reload akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%.. Bukan tu je, nak beli pek prabayar pun sama.. 
Memang susah la macam ni.. :(

Bila dah jadi ni, dang terfikir.. 
Adakah dang akan kurangkan reload atau makin menjadi-jadi topup ?? hohoho.. 
Buat masa ni dang tak ada lagi jawapannya.. hahha

Kalau susah sangat, guna cara lama.. 
Bela burung merpati hantar pesanan.. 
Tak gitu kawan-kawan ?? hahha



peace ;p

Hasil karya Amatur..

Haloha..

Hari ni dang nak kongsikan bersama korang seorang blogger yang sentiasa aktif dalam melukis doodle dari pic kita sendiri.. Lepas Deeba request dari Acik, dang pun berminat plak.. Bukan apa, berminat nak tengok hasil dari pic dang plak.. Dah lama si Acik ni buat (25 Ogos 2011), sekarang baru dang berpeluang nak tunjukkan.. hihi..

Bila tengok hasilnya, teringat dang masa time diploma dulu.. Actually, dang pun pernah belajar jugak buat semua ni.. Tapi disebabkan kurang fokus (ayat coverline) hihihi, dang kurang mahir.. Lebih-lebih lagi, dengan lebih tepat dah banyak yang dang lupa dalam skill ni semua.. hahha.. 

Hasil dari coretan Acik..
Dang Intan Duka..

Jadi, kepada sesiapa nak request kat Acik ni, dialu-alukan..
Silalah..
Selamat Mencuba !!!



peace ;p

Salam Jumaat..

Haloha..

Waktu-waktu macam ni, semua lelaki yang beragama Islam berduyun-duyun mendekatkan diri ke masjid untuk solat jumaat.. Jangan melencong plak.. hihi.. Bagi perempuan yang bergelar isteri, bertungkus lumus untuk menyiapkan makanan tengah hari.. Mesti tak sabar untuk menjamu nanti.. Setiap orang ada rutin harian yang tersendiri.. 

Bagi dang, waktu macam ni dang hanya menunggu dirumah.. Memang hari-hari dok rumah.. Kat sini jarang keluar, sebab utama tak ada member.. Sebab lain, bagi dang duduk rumah memberikan ketenangan.. Kawan-kawan dang semua pelik, sebab dang boleh tahan dengan terperap dekat rumah je.. hahha.. Untuk hari ini tak ada sesi masak-memasak.. Kadang-kadang tabiat M tu muncul.. Sekarang ni dang hanya berehat sambil tengok tv.. Yon pun dah pergi masjid.. Makan tengah hari kali ni, makan roti je.. Kena saving.. Sebab nak balik dungun lagi, duet lagi.. Sebelum PTPTN masuk ni, kena berjimat dengan duet yang ada..

Makan malam nanti, nak makan ape yer ??? Hurmmm...



peace ;p

Korang Ada ???

Haloha..



Selamat malam..


peace ;p

Thursday 8 September 2011

Putus Di Pertengahan Jalan..

Haloha..

Dalam cuaca yang mendung sekarang ni di Melaka, begitu banyak perkara yang berlaku.. Dang jugak tak terlepas dari terkena panahan cuaca ini.. Maksud yang lebih tepat ialah perasaan yang dang alami.. Hurmm.. Ingatkan panas sepanjang hari, rupa-rupanya tetap hujan yang turun.. Semua yang berlaku hanya sekelip mata.. Sangat pantas dan cepat..

Sepatutnya hari ni, genap sebulan perkenalan dang dengan seseorang yang berjaya mencuri hati dang.. Cukuplah hanya sekadar korang taw, Mr. SH.. Tapi disebabkan tuduhan yang tak sepatutnya yang telah dilemparkan dekat dang, maka perhubungan ini telah terputus ketika usia yang masih muda.. Bukan ini yang dang minta, tapi bila ini yang terjadi.. Dang terpaksa terimanya.. 

Walaupun susah untuk dang melepaskan insan yang dang sayang, tapi bila Mr.SH dah buat keputusan melepaskan dang.. Dang sangat terkejut dan tak sangka benda ni jadi.. Kalau dah lepaskan, takpe.. Tapi yang dang tak puas hati, kenapa perlu ada maki-makian yang tak sepatutnya dang terima.. Bukan dang tak cuba untuk mempertahankan perhubungan ni, tapi Mr.SH tak bagi peluang langsung dekat dang untuk memberitahu penjelasan dang.. Betul kata orang, masa bercinta semua sedia terima seadanya.. Namun,bila ada masalah, yang jadi mangsa hanya seorang.. Bila dah jujur, benda lain plak yang jadi.. Dugaan.. Dugaan.. Aiiihhh.. Dang hanya ambil kata positif, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Dia bukan yang terbaik untuk dang.. Itu je yang dang pegang..

Prinsip dang senang.. 
Bila seseorang itu dah mengkhianati, dang tak kan terima semula.. 
Dang tak sanggup lagi disakiti.. 

Memang susah dan malu nak luahkan, sebab sakit tanggung sorang-sorang.. Tapi, nasib baiklah dang ada teman yang sentiasa bersama dang walau dalam apa keadaan sekali pun.. Hani, CK, dan MN.. terima kasih dang ucapkan sebab sentiasa bersama dang.. Sanggup dengar luahan sebak dari hati dang.. huhu

Hari ini juga, dang bermula dengan satu azam yang baru... 
Tidak akan sesekali menyesal dengan apa yang terjadi..
Chaiyok2 !!!


peace ;p


p/s: 
Maria dan Arin.. 
Sori beb.. Dang tak dapat nak kenalkan korang dgn teman dang.. 
Putus Di Pertengahan Jalan lagi.. :'(

Perangai macam pepijat.. HISAP DARAH !!!

Haloha..

Tepat pukul 6.15 pagi tadi, dang dah selamat berangkat ke Semenanjung bersama sahabat dang, Fifi.. Setibanya di LCCT, terus menuju ke kaunter bas untuk beli tiket plak.. Destinasinya adalah Melaka Bandaraya Bersejarah.. hhihi.. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.. Yang dang nak kongsikan ialah kejadian yang berlaku kat Melaka Sentral..

Untuk pulang ke rumah, terpaksalah naik teksi.. Disebaban kawan Fifi tak dapat nak ambil.. Korang tahu, memang cekik darah betul bayaran yang dikenakan.. Untuk sampai ke rumah dang yang selalunya tambang RM 30, naik menjadi RM 40.. Memang tak masuk akal langsung..

Dang terus je cakap, 
" Bukan selalunya pergi ke terendak permai, hanya RM 30 je ke ?? "
Pak cik teksi, 
" Ala... Tiket kapal terbang bolah bayar ratus-ratus.. Tak kan RM 40, tak boleh.. "
Dang, 
" Mahal sangat la.. Student la pak cik.. "
Pak cik teksi, 
" RM 32.. Last... RM 2 sebab duet parking pak cik.. "
Dang, 
" Yela... "

Hampeh betul.... Geram gila naik teksi macam tu... Apa kena mengena tiket flight dengan teksi ?? Tak paham betul dang...


peace ;p

Tuesday 6 September 2011

Terima Kasih Teman..

Haloha..

Fuhhhhh !!!! Fuuuhhh !!! Berhabuk gila Mr.Bibi ni.. Sori la yer, dang dah lama tak jenguk... Hanya dapat peluang untuk blogwalking je.. Banyak yang dang nak kongsikan dengan kawan-kawan.. So, sentiasa bersama dang.. hihihi.. Terima kasih jugak dang ucapkan sebab sentiasa sudi terjah-terjah blog ni.. :)



Comel tak ??? 

Untuk pengetahuan semua, ini adalah hadiah yang dang dapat dari teman lama dang time sekolah menengah dulu kat Penang iaitu Linda.. Dia lukiskan doodle untuk dang sempena hari lahir dang pada 1 Sept yang lepas.. Memang teruja dang tengok hasil doodle dia.. Dia pun masih lagi baru belajar untuk buat semua ni.. 
Pape pun, syabas dang ucapkan kepada Linda sebab hasilnya cukup cantik.. hihi.. Dang siap komen lagi, minta dia lukiskan doodle couple.. hihi.. So, tunggukan kemunculannya.. hihi

Dang ucapkan terima kasih kepada Linda kerana sudi menghadiahkan doodle yang sweet ni.. 
Walaupun hadiah hanyalah di alam maya, tapi tetap membuatkan hati dang tersentuh.. 

" Sahabat Selamanya... "


peace ;p

Thursday 1 September 2011

Dalam menyambut Aidilfitri, HARI TUA juga turut diraikan..

Haloha.. 

Baru masuk hari ketiga raya ni, perut dah macam nak meletup dibuatnya.. Rumah terbuka berturut-turut sampailah hari Sabtu ni.. Memang penuh jadual untuk menaikkan berat badan yang dah lama mantain slim ni.. hihi.. 

Bukan apa, bila dah jauh dari keluarga dan sanak saudara, dengan kawan-kawan la kita patut berkumpul kan.. Begitu jugak la dengan dang dan keluarga.. Dekat sini, dang banyak menziarahi rumah kawan-kawan ayah dang.. Sebabnya, hanya kami-kami sahaja yang tinggal di Kuching ni dan tak balik ke Semenanjung.. hoho..

Pada raya kali ini juga, sambutan Hari Lahir dang turut diraikan.. hihi.. Macam budak kecil je kan.. hihi.. Bukan apa, sebagai penutup dalam ahli keluarga yang tua bulan, apa salahnya sambut.. Lagi pun dang teringin nak makan kek coklat (Secret Recipe), so alang-alang tu bodek la ayah dang untuk beli time birthday dang ni.. hihi.. Kejam kan ?? Dan untuk kelainannya, dang juga sambut di rumah terbuka kawan ayah dang.. Sebab apa ?? Kalau nak tahu, untuk hari ini, turn kawan ayah dang buat rumah terbuka.. Jadi, kawan ayah dang tu jugak buat doa selamat.. So, dang pun tumpanglah sekaki.. :)

Sebelum pergi, kena posing dulu bersama kek.. hihi

Baru balik dari beli kek.. berposing terus.. hahha
meleleh air liur.. hahha
merangkap orang gaji.. packing ole-ole untuk budak-budak.. hihi

Selesai sahaja doa selamat, dang terus terjah kat bahagian kek.. Sesi memotong kek.. 
Takde nak nyanyi-nyanyi.. Makan terus je.. hihi

dang dan fifi.. ;p
penuh kusyuk.. hihi

Credit kepada Asyraaf, memang terbaik tangkap pic candid.. haha



peace ;p