Monday 16 January 2012

Tension.. Apa Pun Tak Boleh.. :(

Haloha...

Tension betul hari ni.. Tapi dang tetap mantain cool je dekat rumah... Dengan senyuman yang palimg manis.. huhuhu.. Bukan apa, dang bengang sangat sebab charger laptop dang dah ROSAK....!!!!! 
Aaarrggghhhh!!!!!! GERAMNYA!!!!!!!!!!!

Time-time nak buat kerjalah boleh rosak... Dah la proposal program untuk semester depan tak settle edit lagi... Jenuh nak pinjam laptop housemate dang plak... Nasib baik dapat.. Kalau tak, memang meranalah dang.. Bukan apa, dang ni tak reti nak pinjam-pinjam barang orang... Segan la katakan.. huhu.. Nasib baiklah, Zata bagi pinjam laptop.., dapat jugaklah dang menyelesaikan proposal program ni.. Sambil-sambil berblogwalking.. huhu...

Ok la, mau out dulu..
Nak settlekan proposal... 
Lepas tu sambung study untuk paper yang terakhir pada 19 jan ni...
Jadi, dang nak war-warkan bahawa selama 2 minggu ni dang tak bolehlah nak berblogwalking atau apa-apa yang melibatkan penggunaan laptop, sebab CHARGER LAPTOP ROSAK...
Harap maklum.. huhuhu



peace ;p


Sunday 15 January 2012

Malam Ini Berpesta.. Fullstop!!!

Haloha...

Lega rasanya settle lagi satu paper... Rasa macam nak menjerit je... hahhaha.. Sampai je rumah petang tadi, terus ketawa terbahak-bahak untuk lepas tension.. Memang best.. Lepas tu khadoq tidur yang tak berapa nak nyenyak sebab risaukan paper tadi... Memang berlingkor je la kan... hihihi... Tapi tak sampai malam ye kawan-kawan, hanya setakat pukul 430 petang je dang beradu... Tak baik tidur time-time asar ni.. Tapi kadang-kadang buat jugak... hohoho..

Bangun je, terus calling-calling member sebab dapat panggilan percuma... Sampailah bateri kong.. Selesai semua perkara yang wajib, korang faham-faham la ye.. Tak kan nak dang bagi tahu kan..( solat dan sebagainya), mulalah operasi malam ni iaitu 

v
v
v
v
v
v
v
v
v

BERPESTA......

Pesta yang dang maksudkan di sini ialah, makan-makan sambil menghadap laptop.. 
Layan cerita korea...
 Blogwalking dan 
mengupdate status kat wall facebook.. hahahaha... 
Sambil kacau-kacau member yang dah lama tak bertegur... hihihi

Makanan malam ini di taja oleh budak bilik dang, Si Eton... 
terima kasih banyak-banyak ye..
McD lagi tu taw... :D
Jangan jeles....!!! hihihi


peace ;p

Friday 13 January 2012

Terkilan.. Tapi Apa Kan Dayaku...

Haloha....

Hari ini selesai lagi satu paper final... Petang tadi sewaktu nak pergi kampus, hujan je.. Nasib baiklah dalam dewan tadi, air cond tak berapa nak kuat.. Kalau tak, memang kecut mecut la dang dibuatnya... Dalam menjawab paper tadi, dang tak berapa puas hati terhadap jawapan yang dang berikan.. Rasa was-was tu terlampau... Tapi dang gagahkan juga menjawab sebaik mungkin sebab dang yakin dang boleh lepas untuk paper kali ni.... Tapi untuk terlalu yakin, tidak sama sekali... Memang orang cakap kena think positive, tapi kalau terlalu sangat dan tetiba terjatuh, memang sakit rasanya... Sebab dang pernah lalui semester lepas... hohoho..

Mudah-mudahan dang lulus untuk paper tu.. Terkilan tu ada la rasa sebab tetiba tak ingat rumus ratio.. Adooooiiiiiiiiiiii........... Rasa nak jerit-jerit je...
Tapi...
Apa kan daya.... Dah nasib badan... huhuhu



peace ;p

Wednesday 11 January 2012

BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA..

Haloha...


Selamat petang semua... hihihi.. Dang nak buat 1 pengumuman.. Korang semua dah tahu kan setiap pelajar yang belajar di Universiti mendapat baucar buku sebanyak RM 200.. Dang baru sahaja mengambilnya dekat pejabat bendahari kampus dang.. Hurm.. Bila baca syarat-syarat yang ada dekat belakang baucar tu, memang kerajaan sangat pandai.. Kenapa dang cakap macam tu ??? Kerana.....

v
v
v
v
v
v

1. Jika baucar ni boleh ditukar ganti dengan wang tunai, maka buku entah ke mana, hasilnya barang lain yang menjadi pilihan..
2. Akan joli katak...
3. Semestinya akan membeli kad topup untuk kegunaan masa hadapan.
hihihihihihi

Bagus juga kerajaan buat secara baucar ni, kalau dekat budak-budak sekolah, dorang dapat cash money.. Memang untungggg ma.... hihihihi
Jadi, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi sedikit cenderahati kepada pelajar-pelajar macam dang ni.. Kurang sikit beban nak beli buku nanti... Dalam fikiran memang dah fikir nak beli apa... Jadi, kepada kawan-kawan dang tu, beli je buku apa-apa pun asalkan korang membaca.. Jangan beli buku untuk dibuat pekasam sudah... hahhha.. Kan membazir namanya tu... Betul tak ???


Maria, Areen, Linda... Korang dah ambil belum baucar buku tu ?? Jangan cakap korang tak ambil lagi... hihii... Pergi cepat ketuk pintu pejabat bendahari kampus korang.... hihihi


peace ;p

Tuesday 10 January 2012

Menyegarkan.. Puas..

Haloha..

Cuba teka... Apakah ini ???
hihhihi

Untuk mendapatkan kenikmatan yang berpanjangan, dang akan minum sesuatu untuk mendapatkan kesegaran di dalam diri.. hihihi... Harganya berpatutan dan mudah di dapati di setiap kedai runcit, terutama sekali di kedai runcit Pak Aziz (kedai runcit depan rumah dang)... Korang tahu gambar kat atas sekali tu apa ??? Tak kan la korang tak leh teka... Dang dah bagi hint lagi tu taw... hihihi

Kalau korang nak tahu, air minuman yang dang maksudkan ialah

v
v
v
v
v
v
v
v
v


Jadi, kepada sesiapa yang berada dalam keadaan STRESS, silalah cari air RIBENA ni ye.. Ada macam-macam perisa tapi yang paling utama dang suka RIBENA BLACKCURRANT.. hihihi


SELAMAT MENCUBA.....



peace ;p

Bersemangat !!!

Haloha....

Hari ini dang sudah kembali bersemangat.. Sudah lama terkurung di dalam rumah bersama dengan buku-buku, biasalah kan bila time final.. Jadi, bila ada kesempatan untuk menghirup udara pagi yang berembun, telah mengembalikan KEFOKUSAN dang dan memberi pandangan yang lebih maju ke hadapan.. hihihihi

Perkara yang membuatkan dang berbelah bahagi dalam masa 2 3 hari ni, sudah dang dapat tanggani dengan baik.. Berkat mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa dan disampaing mendapat pandangan dari Si Chas Chos, akhirnya dang telah membuat keputusan yang lebih teliti..

Kali ni akan tingkatkan semangat dang untuk menempuh paper yang ketiga ni.. Paper ni betul-betul membuatkan dang kecut perut walaupun dang ni tak nampak ada perut.. hihihihi... Ok la, mau out dulu.. Doakan dang dapat menghadapi segala ujian kehidupan dengan baik.. :)


Credit to: 
Terima kasih kepada Si Chas Chos (pemandu), Eton dan Rozi...


peace ;p

Monday 9 January 2012

Sering Kali Terjadi..

Haloha..

" Setiap peluang yang ada di depan mata haruslah di rebut dengan bersungguh-sungguh.. Tidak perlu takut jika kita kecundang tapi haruslah bersedia dalam menghadapi kenyataan yang sebenar.. Dengan itu, barulah kita akan merasa puas dalam tindakan yang dilakukan kerana kita sudah mengetahui jawapan kepada persoalan yang berlegar di fikiran.... "


Korang semua pernah alami situasi seperti di atas ???
Fikir-fikirkan dan selamat menghadapinya..



peace ;p




SENYUM...

Haloha...


Hari ini dang rasa gembira tanpa sebab...
Tak tahu kenapa.. :D



peace ;p

Saturday 7 January 2012

Terbang Pulang..

Haloha...

Destinasi : Kuala Lumpur - Paka, Terengganu..
Masa : Pukul 9 malam - 3 pagi..
Tarikh : Hari ini..


Semoga selamat sampai abang... 
Sayang doakan semuanya berjalan dengan lancar..




peace ;p

Ada BERANI ???

Haloha..




Amacam ??? Ketaq lutut tak ???
Set je time untuk game futsal nanti... hihihi








Kasut futsal ni bukan hak milik dang tapi
 milik abang sayang dang.. hihi
<3 <3 <3
saje nak sibuk-sibuk.. kuikui


peace ;p

Memang STRESS..

Haloha...

Hurm... Hanya boleh mengeluh dengan rasa yang tidak berpuas hati.. Hari ni jawab final rasa macam kena kejar hantu je.. Memang menulis tu kena speed tahap yang maksimum la.. huhuhu.. Itu pun tak cukup masa untuk dang habiskan.. Tapi semua soalan yang perlu dijawab dang sempat habiskan.. Cuma jawapan tu dang tak berapa nak yakin sangat.. Lebih-lebih lagi bila ada soalan STRESS... Memang betul-betul stress dang jawab.. 

Untuk bahagian A, dang memang jawab untuk yang terakhir sekali.. Sebab apa?? Soalan dia susah dan dang tak nak buang masa dekat situ je.. Dang settlekan bahagian B dulu, tu pun lagi 1 jam nak habis masa baru bergerak ke bahagian A... Tulisan jangan cakaplah kan, memang dah macam tulisan doktor je dang rasa.. Panjang-panjang tulisan dang buat.. Memang nak cepat.. Macam tu la jadinya.. huhu

Hope paper ni dapat la B+ ke paling kurang.. 
Bukan apa, boleh naikkan pointer dang yang sebelum ni.. huhu
CD lakonan mandarin pun, laoshi tak amik lagi.. :(


peace ;p

Friday 6 January 2012

Ada 4 Lagi yang MENANTI...

Haloha...

Alhamdullilah... 1 Paper dah selamat dijawab.. 
Dang rasa puas hati menjawab paper tadi,
 lebih-lebih lagi bahagian B cuma bahagian A tu, kurang sikit... hohoho
Kini dah berkurang bebanan... Walaupun macam tu, fokus kena tetap mantain je..
Ada 4 paper lagi yang tengah menanti..
Esok paper yang banyak kena fikir... 
Memang kena kreatif la menggoreng nanti.. hihihi



peace ;p

Thursday 5 January 2012

Markah Terkawal...

Haloha...

Hari ini boleh dikatakan carrymark untuk subjek yang dang ambil semester ni sudah pun keluar.. Dang pun dah tengok sendiri berapa yang dang dapat.. Setakat ni semuanya dalam keadaan yang
TERKAWAL... 
Dari 50%, dang dapat semuanya 30% ke atas.. Jadi, alhamdullilah.. 

Sekarang ni tugas dang kena lebih fokuskan pada final plak.. 
Esok dah start paper..

Jadual exam :

6 Jan 2012 - Personal Finance
7 Jan 2012 - Personal Development and Ethics
13 Jan 2012 - Financial Management
15 Jan 2012 - Procurement and Inventory Management
19 Jan 2012 - Occupational Safety and Health Management

Lebihkan usaha.. Think +ve.. Sentiasa senyum...
Banyakkan bertawakal...


peace ;p

Wednesday 4 January 2012

Tingkatkan Usaha...

Haloha...

Dari pagi hingga ke malam ni, dang asyik buka buku finance je.. huhu.. Kena lebih fokus untuk subjek ni, bukanlah subjek lain tak boleh beri perhatian cuma untuk subjek ni carrymark terlalu rendah.. Dang pun takut nak bagi tahu.. Untuk pengetahuan, dang ni lemah dalam bab kira-kira ni.. So,bila ada subjek yang mengira ni, memang kena bagi kaw-kaw punya teliti.. hohoh

Kejap lagi, dang nak sambung stdy group dengan geng-geng dang.. Apa lagi, mana yang tak berapa nak faham, terus je refer pada yang berkenaan (rozi, eton dan erin).. Lagi satu, kelemahan dang ni, bila dang refer pada orang, orang tu kenalah tunjuk satu-satu pada dang apa yang nak dibuat.. Kalau tak, dang tak faham dan keliru... hohoho.. Jadi, harap bersabar la ye kepada kawan-kawan yang dang akan refer nanti.. hihihi

Hope semuanya dang akan faham dan bolehlah jawab 1st paper ni nanti.. 
Tak lama dah lagi.. 6hb Januari, 2012 1st paper dang... 


peace ;p

Tuesday 3 January 2012

Kita Minum Dulu..

Haloha...

Buuurrrpppp !!!! Alhamdullilah.. Selesa perut pagi ni lepas pe kena bihun tom yam dengan secawan teh o panas.. hihihi... Korang mesti terkejut kan ?? Pukul 2 3 pagi baru nak makan segala macam ni.. hohoho... Macam ni la dang kalau dah seharian bergelumbang dengan segala buku-buku.. Jadi, otak makin tepu.. Tak ada lah belajar terlampau sangat cuma otak ni perlukan rehat jugak kan.. hohoho... Tak gitu kawan-kawan ???

Jadi, dengan jasa baik Si Chas, dang, Eton dan Rozi keluar minum-minum.. Erin tak join sebab dah tidur, maka berempat la merewang-rewang sambil berdiskusi tentang masalah yang melanda di negara ni sekarang... hoho.. Korang jangan ingat, keluar-keluar ni hanya semata-mata lepak dan borak kosong je.. Lepak-lepak jugak, pengisian tetap ada walau pun sikit.. hihihi..

Lepas ni, bolehlah fokus balik kepada semua buku-buku yang ada ni... hoho...
Ok semua.. Jangan lupa stdy.. Paper korang dah dekat kan?? 
Chaiyok..!!! Chaiyok...!!!


peace ;p

Monday 2 January 2012

Terlebih Sudah.. :(

Haloha...

Gara-gara menggunakan berukband kepada tahap yang melampau, line menjadi makin slow.. Had penggunaan dah terlampau dari yang sepatutnya... Adoi.. Time-time ni la semua terlebih... 
Fb akan jarang on.. Blog akan jarang update... 

Lepas ni, apa lagi nak di limitkan ??? 



Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan ?? Lagi pun dang start exam 6hb ni, jadi memang patut semua kena limit.. Jadi, time ni kena fokus pada paper dulu.. Carrymark pun macam tak boleh nak harapkan sangat... huhuhu.. Semester yang teruk.. :(


peace ;p

Sunday 1 January 2012

Kisah Baru Bakal Tercipta..

Haloha...

Seronok menyambut kedatangan tahun baru kali ini ?? Dang pasti mesti ramai yang menyambutnya dengan kemeriahan bunga api yang pelbagai warna kan..


Tapi bagi dang, tahun kali ni dang sambutnya agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya.. Secara kasarnya, tak sambut pun.. hohoho.. Sebab tak berminat sangat nak sambut-sambut ni.. Cukuplah memperbaharui setiap kelemahan diri untuk menjadi yang lebih baik.. Insyaallah..

Dalam pada itu, walaupun sambut secara sederhana, dang dan budak-budak kelas dang membuat sedikit doa selamat yang diadakan di rumah budak lelaki.. sambil-sambil tu ada la buat BBQ sekali... semua makanan dimasak secara berkumpulan.. Orang kata, dah diagihkan tugas.. Dang ni tak ada la pandai sangat masak-masak ni.. Hanya sekadar membantu apa yang perlu.. hihihihi

Malam tu juga dang diserang selesema teruk.. Ni gara-gara bakar ayam.. Dang ni sensetif sikit dengan bau-bau asap ni.. Memang perit la hidung dang menahan asap yang berkepul-kepul tu.. huhuhu.. Bila dah selesema, dang nak makan pun tak ada mood.. Hanya sempat menjamah sandwich, 2 ketul ayam bakar dan terus makan ubat selesema yang ditaja oleh Teha.. Terima kasih ye... :)


Dalam menyambut tahun baru ni, jangan lupakan terus tahun yang lepas (2011).. Dalam tahun lepas, banyak peristiwa yang berlaku dan memberikan pengajaran dalam hidup dang.. Di samping itu juga, ia mengubah dang menjadi seorang yang lebih berani.. Dan yang paling bermakna dalam hidup dang ialah hadirnya seorang insan di dalam hati dang... :)

Semoga tahun baru ini memberikan gambaran dan lembaran yang memberikan manfaat ke dalam diri dang.. Memperbaiki setiap kelemahan dan sentiasa maju ke depan..


peace ;p