Tuesday, 5 July 2011

Dayah = DID = Umi Did = Dang Intan Duka

Haloha... :) 

selamat petang dang ucapkan kepada teman-teman blogger yang masih sudi membaca setiap entry yang dang coretkan.. rasa sangat terharu bila ada yang sudi membaca Mr.Bibi dang ni... hihihi.. tak kisah la hanya singgah sekejap atau menjadi teman blogger dang, yang penting dang gembira untuk berblogging dan masih setia dalam mencoretkan aktiviti-aktiviti dang.. hihihi.. kepada yang tak sudi, jangan susah-susah atau nak pening-peningkan kepala, just tekan je tanda "X" kat atas tu.. :)

hari ini, dang terpanggil untuk menjelaskan gelaran dang selama ni.. sebab apa?? kawan dang time diploma dulu, si Kuera pening dengan nama dang... so, untuk mengurangkan kepeningan Kuera dan kawan-kawan yang lain, dang akan jelaskan semuanya.. hihi.. bukan apa, mesti ada yang tertanya-tanya dang ni orang gelarkan apa,

Dayah ker??
 Kak Did ker?? 
Dang Intan Duka a.k.a Dang ker?? 
Umi Did ker?? 

untuk pengetahuan semua, semua gelaran di atas adalah merujuk kepada orang yang sama dan dang tak kisah kawan-kawan nak panggil dang dengan nama yang mana satu.. sebab semuanya hanya nama semata-mata.. jangan panggil dengan panggilan yang tak senonoh udah la yer.. AMARAN KERAS!! dari dang.. 

pertama kali dang menjejakkan kaki ke untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma, dang perkenalkan diri dang dengan nama HIDAYAH.. untuk lebih senang lagi kawan-kawan sekelas panggil jadilah DAYAH.. nama ni khusus untuk teman kuliah dang.. kalau di kalangan pensyarah pun susah gak dorang nak ingat sebab ramai lagi nama Dayah yang ada.. bukan dang sorang je.. hoho.. jadi, dang mula terfikir untuk mencari nama komersial bak kata orang seni.. hahah.. fikir punya fikir, tercetus la nama DID.. tapi dang tak berani lagi nak mengkomersialkan nama ni sebab keyakinan dalam diri dang ni masih lagi rendah.. bak kata orang, masih lagi malu-malu kucing.. hahahha.. untuk Did ni, ialah terdiri daripada Denmark Ireland Denmark.. 1st time dang kenalkan diri macam ni, teman kuliah dang memang gelakkan dang je, lebih2 lagi si manggis tu.. hihi.. tapi dang tak kecik hati pun sbb taw dorang bergurau manja.. mula-mula dorang ni tak amik port sangat dengan nama Did ni, sehinggalah semua junior panggil dang dengan nama Did, barulah dorang teman kuliah dang terimanya.. hihihi.. bila dorang tanya dang hanya cakapkan, 

" Aku nak honey moon kat sana.. Denmark Ireland Denmark...ok pe?? hihihi"

teman kuliah time diploma.. :)
kenal tak sape tu?? yang sebelah dang berbaju coklat...
 kalau tak kenal cepat2 sorokkan muka bawah bantal.. haha
time kelas wayang kulit.. bersama arwah Cikgu Ya..
memberi sokongan moral kepada teman rapat, Lin dan my junior, Ecah..
kemudian, dang telah menglibatkan diri di dalam 1 persatuan di bawah UiTM iaitu PerFACT (Puncak Facilitating and Counselling Front).. persatuan ini ialah salah 1 persatuan kaunseling di samping melatih diri seseorang itu menjadi fasilitator.. dalam persatuan ni tak ramai teman dang yang join, jadi dang mula menggatur strategik untuk mengkomersialkan nama Did tu.. Alhamdlh, nama Did tu diterima dengan baik oleh ahli-ahli persatuan.. sebab dalam persatuan ni ada 3 orang nama Hidayah, jadi bila persatuan ni turun sekolah untuk buat kem, jadi adik-adik kat sekolah tu akan pening.. so, dang amik jalan alternatif, guna lah nama Did ni.. ringkas dan mudah di ingati.. tak gitu??

1st batch dalam PerFACT..



seterusnya, dang mula melibatkan diri di dalam program yang UiTM anjurkan.. dulu program tu dinamakan Minggu Mesra Siswa.. lebih tepat lagi, macam minggu orientasi pelajar-pelajar baru dalam universiti.. dalam minggu tu, dang memegang Biro Pendaftaran.. so, junior-junior ni akan panggil dang dengan nama PM Kak Did.. PM tu terdiri daripada Pembantu Mahasiswa.. :) lama juga la dang join program ni, lebih kurang 4 sesi dang libatkan diri.. iaitu mewakili 4 sem.. jadi bayangkan junior-junior yang mengenali dang, semuanya dengan nama Kak Did.. itulah pencetusnya gelaran ni... hihihi.. untuk sesi yang terakhir sebelum dang bersara dari jadi PM ni, dang telah perkenalkan nama dang dengan nama UMI DID.. bukan apa, untuk batch terakhir ni, dang nak anggap dorang ni lebih kurang macam anak-anak junior dang.. kira penamatla dang jadi PM time diploma dulu... so, ala-ala mak gitu bila dorang panggil dang, Umi Did.. hihihi

1st time join MMS... :)


sesi terakhir sebelum bersara.. :)



jadi, bila dah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah... dang telah berhijrah ke UiTM dungun.. jadi dengan kawan sekelas dang, dang terus perkenalkan diri dang dengan nama Did tapi dorang semuanya panggil dang, Kak Did sebab dorang ni baya-baya adik-adik dang je.. so, dang tak kisah.. ) dorang tak tanya banyak sebab memang itu dah resapkan dalam kepala dorang sume.. so, senang sikitkan.. hahha




ini lah teman dang kat kampus.. :)
bagi gelaran sekarang ni iaitu DANG INTAN DUKA ialah untuk nama dalam berblogging.. hihihi... sebab dang memilih gelaran tu adalah berkaitan dengan nama Did.. kalau semua perasan kat huruf awalnya adalah sama, 

DID
Dang Intan Duka...

selain tu, nama tu adalah salah 1 nama yang dang suka kan.. ala-ala klasik gitu.. hihi.. jadi, untuk followers dang semua jangan pelik bila ada yang panggil dang dengan nama lain.. hihihi.. bagi Kuera, hope kepeningan ko dengan nama dang telah terjawab, ok?? hihi..


peace ;p


Monday, 4 July 2011

Fullstop..

Haloha... :)

Hari ni adalah untuk meluangkan masa mengupdate aktiviti di hujung minggu.. hohoho.. semalam dang dan adik-adik baru berkesempatan untuk tengok movie yang tengah hangat sekarang ni.. tak lain dan tak bukan ialah TRANSFORMER.. :) dang pasti, teman-teman blogger pasti tak kan ketinggalan dalam menonton filem ni kan.. hihihi.. awal-awal lagi, dang dan keluarga dah bergegas ke The Spring.. ingatkan dah lambat untuk beli tiket tapi rupa-rupanya, pintu pawagam pun tak buka lagi.. memang kelakar bila ingatkan balik.. nak beli tiket siap beratur luar pintu lagi.. bukan apa, ni 1st time dang alami... sebelum ni tak pernah lak kena beratur luar pintu masuk semata-mata nak beli tiket wayang.. hihihi... tapi, alhamdullilah tak lama pun dang beratur sebab dalam masa 10 minit macam tu, pintu dah buka jadi semua orang bergegas masuk nak beratur plak kat kaunter tiket... untuk kali ni, dang dan adik-adik masuk pawagam untuk masa yang paling awal sekali.. iaitu pukul 11.15 pagi.. kira 1 tayangan la.. bukan apa, kalau masuk belah petang nak balik kang lambat.. faham-faham je la kalau kat sarawak ni, masa dia bergerak lebih pantas dari sepatutnya.. :) seperti biasa, mak dan ayah dang dating la sementara tunggu kitaorang adik-bradik tgk movie.. macam tak biasa plak kan.. hihihi


dalam panggung pun, sempat lagi bergambar.. :)
 selesai semuanya, masa untuk mengisi perut yang dah berdongdang sayang... si deeba plak asyik cakap kat ayah teringin nak makan Mcd.. ayah dang ni kalau anak-anak dah cakap macam tu, gerenti 100% ayah dang akan laksanakan.. itulah kelebihan ayah dang ni.. jadi, memang termakbul keinginan si deeba tu.. sambil di sokong kuat oleh si asyraaf, lagi la menjadi.. hihihi.. untuk kali ni, dang membuat pilihan untuk makan GCB yang baru tu.. tetiba teringin nak makan plak... adik-adik dang seperti biasa hidangan dia... Mchicken je la.. 





dengan movie kali ini, dengan rasa sedihnya itulah kali terakhir dang dan adik-adik akan tengok.. lepas ni, memang tak dapat nak tengok wayang dah.. itu adalah amaran keras dari ayah dang....

FULLSTOP !!!!!!!!!!

bukan selamanya... hanya sementara waktu sahaja.. :) ini untuk keselamatan diri dang dan juga keluarga dang.. sekarang ni kan tengah HOT, jadi kena la berpada-pada.. huhuhu.. selain tu, nak masuk Bulan Ramadhan kan, jadi kena la slow sikit.. tak lama lagi dah.. 



peace ;p

Sunday, 3 July 2011

Mimpi Indah..

Haloha.. :)

Selamat malam semua.. jangan terlalu sangat update blog taw.. 
kesihatan perlu dijaga juga.. :)
jangan lupa baca doa tidur sebelum di buai mimpi indah.....



peace ;p

Hi-Tea, BAKAT.. :)

Haloha.. :)

semalam dang berkesempatan untuk mengikuti mak dang pergi ke Hotel Penview, Sarawak untuk jamuan Hi-Tea yang telah dianjurkan oleh BAKAT 1 Rejimen KPTD.. Hi-Tea ni diadakan untuk majlis tahunan BAKAT.. jadi, ada rezeki lebih, majlis ni di buat di hotel.. secara keseluruhan, majlis boleh tahan je la.. bukan grand sangat, dan juga bukan biasa.. dalam erti kata yang senang, 5/10.. :) tapi dang tetap ucapkan syabas kepada ajk yang menganjurkan majlis ni... dang tahu untuk menjalankan majlis yang macam ni, memang perlukan persiapan yang sangat telus..

Majlis kali ni dimulakan dengan ketibaan Pengerusi BAKAT, auntie Ani... kemudian bacaan doa., seperti biasa dalam setiap majllis.. kemudian ada la beberapa aktiviti yang dijalankan.. aktiviti yang tak akan tinggal ialah karoeke.. jadi, beberapa bakat telah ditemui.. so, kepada sesiapa yang mencari penyanyi macam kilauan emas tu, boleh la roger-roger dang yer.. hihih.. pape pun, semua ahli BAKAT yang hadir memang sporting-sporting.. cayalah!!! :) untuk pengetahuan semua, dang sebenarnya tak terlibat pun tapi bila mak ajak dang dan adik-adik dang join, dang ikut jer.. bukan apa, malu gak nak join dengan ahli-ahli BAKAT ni sebab semuanya ialah terdiri dari mak-mak orang... huhu.. tapi bila, kawan masa kecil dang pun join, mimi dan fifi iaitu anak kepada auntie Ani, tu yg dang on jer.. kiranya dang berlima je la yg wakil anak-anak.. hihihi.. Jadi, tema kali ini ialah biru putih.. :)


Group 1 terdiri dari mak dang membuat persembahan..
dgn lagu Gadis dan Bunga.. :)
Group 2.. :)
Mak dang yang duduk num 2 dari kiri..
Group 3
Group 4
 selepas persembahan dari setiap kumpulan, seterusnya beralih kepada pakaian mengikut tema... 
ada 3 calon yang tersenarai pendek... :)

mana 1 pilihan Juri?? hihihi
 inilah pemenangnya.... :)


acara kemuncak yang terakhir... PONCO-PONCO..
 seperti biasa, kalau tak ada sesi bergambar bukan dang namanya.. jadi untuk buat kenangan, dang tak lepaskan pluang untuk bergambar bersama dengan teman dang time kecil.. kenapa dang cakap macam tu?? sebabnya dulu auntie Ani ni, iaitu pengerusi BAKAT sekarang merangkap mak kepada mimi dan fifi pernah menjaga dang time dang sekolah tadika dulu.. :)

dang dan fifi... teman kecik-kecik... 


asyraaf, deeba, dang dan mak.. :)
itulah majlis yang serba ringkas yang dang ikuti time dang ada dekat sarawak ni.. bukan apa, dah lama tak join Hi-Tea.. ni dapat join, dekat sarawak plak tu... memang berlainan sungguh masakannya.. 


peace ;p

Saturday, 2 July 2011

BLOG SAYA COMEL..

Haloha.. :)


dah lama dang tak join contest yg teman-teman blogger anjurkan.. jadi, semalam dalam jalan-jalan jenguk blog, rupanya sifu dang sape lagi kalau bukan bloggger yang skang ni tgh HOT tu, SIFU a.k.a MARIA telah tag dang untuk 1 contest.. jadi kepada sesiapa yg nak join, sila kan lah.. JOIN 

sekarang ni musim cuti kan, dang ni pun bukannya orang yang bekerja jadi, bila nak memanjakan hp tu dengan topup amat jarang la sekali.. tu pun kena catu kaw-kaw punya.. tak boleh lari budget.. hihihi.. bukan setakat tu, sekarang ni kira ok la sebab dang masih lagi mantain single.. jadi memang tak kisah la kan if tak topup berbulan-bulan.. tak gitu?? jadi, macam mana plak yg sudah berteman?? mesti memerlukan topup kan?? so, jangan buang masa lagi, ceoat-cepat join contest ni.. gerenti korang akan rasa berbaloi sakan.. :)

jadi, dang tag kan kepada,


peace ;p


Friday, 1 July 2011

Salam Jumaat..

Haloha... :)

Salam Jumaat semua.
semoga hari ini memberikan banyak peluang untuk memperbaiki hidup kalian semua...

hari ini, dang ada aktiviti yang akan dang ikuti... tak sabar mau join... hohoho..
mau tahau apa?? tunggguuuu!!!!!!!!!!
hihihihi
jadi, kepada kawan-kawan yang lain, jangan lupa rancang aktiviti.. supaya tak ada la buang masa.. hihii



peace ;p

Menu hari ini.. JOM!!


Haloha.. :)


untuk hari ini yang ceria, dang nak kongsikan menu yang memang terbaik dari ladang.. apa lagi kalau bukan AYAM GORENG... hihihi.. dang pasti korang semua pernah makan kan?? jangan la nak cakap diet ke apa ke, gerenti kalau korang tengok ayam, mesti terkeluar air liur semua.. hihihi.. kalau tak percaya, cuba tengok pic kat bawah ni, sedap je kan?? jadi, kepada kawan-kawan yang tak tahu nak makan apa tengah hari ni, menu yang boleh menaikkan nafsu makan pilih la ayam goreng... bukan apa, deeba, adik dang tu kalau pasal ayam goreng ni memang boleh dibawa gadoh adik-beradik.. tu la dia penahan ayam goreng dalam keliarga dang taw... hihihi


selain tu, sampingan menu yang boleh dijadikan sajian, kawan-kawan boleh la memilih menu kari sotong, kangkung goreng, tak lupa ayam goreng berempah dan juga ulam timun... :)


jadi, dang ucapkan selamat menjamu selera yer kawan-kawan.. :)
menu di atas ni semuanya di masak oleh mak dang yang tersayang tu...


peace ;p