Monday, 11 July 2011

Tempahan yang berbaloi.. MARI-MARI.. :)

Haloha... :)

RINGKAS DAN PADAT !!!!

hari ni dang nak war-warkan kepada sesiapa yang ingin menempah 
keychain hp, keychain beg atau apa-apa sahaja..
 bolehlah pm dang, ok kat sini.. 

semuanya diperbuat hasil buatan tangan sendri.. hanya menggunakan tanah liat.. jadi, jangan malu-malu untuk menempah.. aksesori ini sesuai dijadikan goody beg, atau hadiah hari jadi dan sebagainya.. harga juga berpatutan sekitar RM 8-12 untuk 1 kuantiti.. itu tak termasuk penghantaran.. untuk membuat corak/ logo yang lain juga boleh... asalkan hanya bagi contoh kartun apa yang ingin dibuat untuk ditempah..... :)

sebarkan kepada kawan-kawan yang lain.. :)

salah satu contoh keychain hp, Angry Bird..  dalam proses siap.. (50%)

bila-bila masa sahaja.. just pm kan kat dang.. :)

peace ;p

Selesaikan hajat yang tertangguh..

Haloha... :)

Jumaat yang lepas, hajat mak dang telah terlaksana dengan kenduri yang dibuat.. kenduri tahlil kecil-kecilan jer.. mak dang hanya menjemput pihak wanita.... nak jemput pihak lelaki, tak kesampaian sebab masing-masing kena standby dalam menjaga keamanan penduduk... npe korang semua terkejut?? apa?? ingat kenduri dang nak bertunang ke?? hihih.. tu lambat lagi.. calon pun tak ada nak tunang dengan sapa plak kan.. lain la macam SIFU DANG, tunggu masa je.. hihihi... ok3.. berbalik pada crita asal.. tujuan kenduri ni dibuat ialah, ni salah satu hajat mak dang tahun ni.. lagi pun adik-adik dang tahun ni akan menjalani peperiksaan yang besar, sorang akan menduduki PMR dan sorang lagi akan menduduki STPM.. lagi pun, bulan Ramadhan pun nak dekat kan.. so, apa salahnya buat sikit kenduri.. :)

menu untuk kenduri ni lain dari yang lain iaitu LAKSA SARAWAK.. inilah 1st time dang akan merasa laksa sarawak.. hoho.. untuk kali ni, mak dang tak masak tapi menempah laksa sarawak ni.. bukan apa, tak yakin lagi nak memasak dalam kuantiti yang banyak.. :) bila dang merasa laksa ni, ppeerrgghh!! tekak dang dapat menerimanya dengan baik.. :) tapi dang tak boleh makan banyak-banyak sebab cepat muak.. hihi.. selain laksa, kuih-muih, puding jugak siap terhidang...

sebelum jemputan sampai, sempat lagi dang dan deeba berfoto..



seperti biasa, tugas dang kalau ada kenduri dekat rumah, kerja basuh membasuh ni akan serahkan pada dang.. hihihi... 


bila selesai semuanya, apa lagi tersandar... bukan nak menunjukkan dang ni rajin buat kerja ek.. hahhaha




peace ;p

Sunday, 10 July 2011

Terbaik!!!! TOCHE SIFU...

Haloha semua.. :)

Hari ini, dang happy sebab dapat header baru.. hihihi... tak kisah la orang nak cakap apa, tapi bila dang dapat header baru, memang dang rasa sangat teruja.. bukan apa, nak buat sendri tak cukup kelengkapan yang diperlukan.. jadi, bila ada yang sudi buatkan, dang rasa teramat terima kasih.. :)

mesti korang tertanya-tanya, rajin la yer tukar-tukar header ni sume... ni semua atas bantuan dari Sifu dang, sapa lagi kalau bukan CIK MARIA MENADO ... hihihi.. dalam blog walking tadi, terjah blog member dang, si Areen tu.. tup2 cerita ada header baru yang di reka oleh Maria gak.. wah.. apa lagi, siap komen la dang minta 1.. hihi.. tapi dang main-main jer.. dalam dok ralit on9 FB, tetiba di buzz oleh sifu dang.. sifu dang bagi tahu, yang dia ada buatkan header untuk dang.. wah... meloncat dang dengar macam kera kena belacan.. siap bagi tahu adik dang yang sama-sama berblogging ni, Deeba Debab ... saja nak bagi dia jeles la katakan.. hihihi... tak sangka plak, sifu dang juga buatkan header untuk dang.. :)

jadi, terima kasih yer sifu sebab buatkan header untuk anak murid yang masih lagi merangka belajar ni.... kepada teman-teman blogger, jangan jeles ek bila ada blogger FOFULAR buatkan header untuk dang.. hihihi.. 

pendapat dang tentang header baru ni ialah memang mencirikan siapa dang.. sebab header ni simple dan kemas.. yang kedua, menunjukkan dang memang kuat bekerja.. hihi.. tekun tu dalam buat asignment dan semua kerja yang di amanahkan.. cceewwaahh!! hihi.. yang ketiga, header ni sedap mata memandang.. :)





peace;p

Singgah blog aku sat, bleh?

Haloha.. :)
Join segmen untuk kali ni..


Tak perlu cakap banyak, hanya salam perkenalan dari dang untuk kali ni kepada semua blogger yang bakal/ sudi/ akan jenguk Mr. Bibi (blog) dang ni.. Jadi, teman-teman blogger bolehlah godek-godek sendiri untuk mengetahui siapa pemilik mutlak blog ni.. hihihi... 

Salam Perkenalan..

Salam Persahabatan...

Salam Muhibbah..


peace ;p

Saturday, 9 July 2011

Perginya Seorang Seniman...

Haloha..

Dalam membelek-belek facebook, tetiba dang dapat berita sedih bahawa seorang senior dang time diploma dulu telah kembali menghadap yang Maha Esa semalam.. dengar khabar si arwah telah meninggal dunia disebabkan kemalangan.. sekarang ni dang masih lagi mengikuti perkembangan si arwah.. detail bagaimana si arwah meninggal belum lagi dang ketahui.. si arwah telah meninggal pada hari Jumaat.. dang dapat tahu berita ni melalui open group TEKA.. :(

Si arwah atau nama sebenarnya Syed Ahmad Mubaraq Syed Omar atau lebih dikenali sebagai Mamu di kalangan pensyarah dan junior-junior.. si arwah masih muda lagi.. hurm.. selama yang dang kenal si arwah, beliau banyak membantu junior-junior, tak kira la secara langsung atau tak.. si arwah juga selalu bercerita mengenai muzik.. arwah juga sentiasa menceriakan hari-hari orang yang ada sekelilingnya.. kehilangan si arwah ini membuatkan dang betul-betul terkejut.. 

ini adalah bingkisan beberapa photo si arwah yang dang ambil dari teman dang iaitu Syuk.. gambar ini diambil sewaktu si arwah bersama kumpulannya, SERAMBI membuat persembahan..



ini telah membuka mata dang bahawa mati tak mengenal usia...

semoga arwah akan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman...
AL-FATIHAH..



peace 

Thursday, 7 July 2011

Hampir Di patuk ULAR..

Haloha semua.. :)

MIMPI?? 

dang pasti semua orang mesti pernah mengalami mimpi kan.. cuma yang membezakan hanyalah mimpi baik atau pun buruk.. dang jugak tak terkecuali.. kadang-kadang orang cakap jangan percaya sangat tentang mimpi ni sebab ia adalah mainan tidur.. ada sesetengah orang plak cakap mimpi ni kadang-kadang memberikan 1 maksud tersurat yang ditujukan kepada pemimpinya.. hurm... jadi, dang tak tahu mana 1 yang sahih.. sebab masing-masing ada pendapat yang tersendri kan.. :)

bukan apa, dang ingin bertanya kepada teman-teman, pernah tak korang bermimpi tentang 
ULAR?? 
bila korang bermimpikan ular, apa yang terlintas di kotak fikiran korang time tu?? mesti ada yang pelik, seram atau anggap lawak kan.. korang pernah tak terfikir yang mimpi tu menjadi petanda buat korang ker??  

sumber dari Google...

adakah ia sekadar MIMPI???

Si Gadis sedang sibuk mengemas buku-buku di rak buku yang berdekatan dengan Si Gadis.. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang galak sedang memerhatikan setiap tindak tanduk Si Gadis.. Si Gadis merasakan ada sesuatu yang sedang mengganggunya.. Perasaan tidak sedap hati tiba-tiba muncul namun perasaan itu, dilemparkan jauh-jauh dalam hati Si Gadis.. sepasang mata itu adalah kepunyaan seekor ular yang sangat berbisa.. matanya yang hitam, lidah yang panjang terjelir dan berbisa, saiznya yang boleh melilitkan badan seorang manusia hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak... apabila ada sahaja peluang, ular itu cuba untuk mematuk Si Gadis namun nasib masih lagi menyebelahi Si Gadis dan masih lagi terselamat dari dipatuk.. 

Persoalannya, 
sampai bilakah Si Gadis akan terselamat??
 Apakah tanda adanya ular itu yang ingin mematuk Si Gadis???

Renung-renungkan...



peace ;p


JOM!!!! P.U.A.S.A S.U.N.A.T..

Haloha.. :)

Hari ini, dang berpeluang untuk puasa sunat.. aip!! ganti puasa dang dah settle awal-awal taw.. lepas je raya untuk hari ke-3, terus dang ganti.. bukan apa, dang ni pemalas sikit nak tangguh-tangguh ganti puasa takut terlupa... hohoho.. hari ni, menu untuk berbuka apa yer?? hurm.....

so, kepada teman-teman blogger yang lain dan semua umat Islam, jom lah kita puasa sunat, ok?? lagi pun, bulan depan dah nak puasa.. tak sabar rasanya menunggu ia tiba.. hihihi..




peace ;p