Friday, 14 October 2011

Memang Berbaloi.. Best !!!

Haloha.. 

Hari ini plan untuk menonton wayang terlaksana dengan baik.. Perjalanan ok-ok je sebab gerak dari rumah ke MM (Mesra Mall) time orang semua baru habis solat jumaat.. hihihi.. Jadi, kereta memang tak banyak dan lancar di jalan raya. Sampai terus booking tiket, takut penuh je cuti-cuti ni.. Dalam plan nak tengok movie biasa je, tup-tup tukar plan tengok yang 3D. Cerita memang sama dari awal dan tak kan berubah.. 

Selesai book tiket, pergi isi perut dulu. Sebab dah berbunyi macam tengah ketuk tong dram. Dang makan Sizzling sebab dah lama sangat tak makan.. Eton pun sama dan Wani makan nasi ayam.. Semua dah kenyang, memang ngam-ngam je sebab masa untuk menonton dah tiba. 

Movie yang menjadi pilihan hujung minggu ni ialah


Dang tak nak ceritakan tentang sinopsis sebab tak surprise kalau kawan-kawan yang lain tak tengok lagi movie ni.. Tapi nak kongsikan berkenaan jalan cerita filem ni memang best.. Walaupun kita tahu cerita kartun pun ada, yang dilakonkan watak Mickey Mouse, Donald Duck dan Goofy tapi tak sia-sia tengok movie ni.. Berbaloi dang cakap. Lagi pun, dang memang sukakan movie yang bergenre macam ni. Dengan gerak aksi yang dipamerkan, watak yang dimainkan.. Memang mengangumkan. Lagi satu, style pengarahan pun dang suka.. Sinematografi movie ni pun lawa.. Dengan teknik camera yang digunakan, tak tahulah nak cakap macam mane.. Korang kena tengok sendiri.. Baru korang rasa. Dang tengok dalam 3D, memang terasa dalam filem. Bersama-sama mengikuti pengembaraan cerita ni.. hihi

Watak-watak utama ialah 3 Musketeers tu sendiri,




Pemuda yang ingin menjadi The Musketeer,


Watak pembelot negara Perancis,


 Orang kanan Richflieu,


Walaupun Milady ni talam 2 3 4 muka untuk Richflieu dan Buckingham, tapi dang tetap salute dia.. 
Sebab style dia bertarung memang aaauuwww !! hihi


Musuh ketat negara Perancis,


Jadi, kepada yang belum tengok lagi.. Cepat-cepatlah ke panggung taw..


peace ;p

Thursday, 13 October 2011

Tebal Macam KAMUS..

Haloha..

Aktiviti hari ini, selepas kelas terus update dengan penolong dang tentang projek yang akan dijalankan.. Selesai bagi arahan untuk dibuat minggu ni, terus balik rumah.. Laga je bila sampai rumah.. Memang penat otak jangan cakap la kan.. Beginilah adat bila menuntut ilmu.. hoho.. 

Lepas je asar, terus pergi beli barang keperluan plak.. Tumpang kereta housemate, Wani.. Duit plak memang bawa ngam-ngam je, kalau tak semua barang dang nak borong.. Malam tadi, Wani masak lempeng.. Boleh buat jual la.. tapi kena bangun awal kalau nak niaga, sebab takut lempeng tu siap dah tengah hari.. hihii.. Gurau-gurau ek Wani.. Jangan marah..hihi 

Perut dah kenyang, hati pun senang.. Tiba masanya untuk semak jadual minggu ni dengan kerja-kerja rumah sewa yang dah tersedia.. hoho.. Belek punya belek, ada 2 kerja yang tertangguh dan kena prepare 2 presention.. Malangnya, mood tak datang.. Jadi, sekarang ni masa untuk layan movie dulu.. Dah godek-godek dari laptop Wani.. hahah

Entry ini hanya untuk suka-suka.. Untuk cari mood la katakan.. 
Tapi hampeh gak.. hahha


Esok nak g tgk wayang..
Sape nak ikut ?? 
Jom gerak pg Mesra Mall, pukul 2 petang..
Jumpa di sana... 


peace ;p

Tuesday, 11 October 2011

Tahniah Asmah.. :)

Haloha..

dari kiri : Hajar, Qlah, Asmah, Dang..

Hari ni dang nak ucapkan tahniah kepada kenalan dang merangkap junior dalam persatuan iaitu Asmah kerana berjaya mengharumkan nama negara merangkap nama UiTM jugak.. Nak tahu berita lebih lanjut ?? 


peace ;p


Monday, 10 October 2011

Ringkas Dan Padat.. Maaf Sekali Lagi..

Haloha...

Apa khabar kawan-kawan?? Sekarang ni, dang hanya sempat blogwalking je.. Maaf la yer, dengan masa yang sangat mencemburui dang sejak akhir-akhir, dang tak sempat nak mengupdatekan diri.. Mesti korang rasa bosan kan dengan alasan yang sama je.. Tapi inilah kenyataannya, bila bulan yang mem'bz kan diri ni dah tiba.. huhu..

So, lepas ni dang akan update aktiviti-aktiviti yang dang dan kawan-kawan sekuliah akan jalankan k.. Walaupun tak banyak, tapi tetap bermanfaat.. Nantikan kemunculan entry-entry tersebut.. hoho


peace ;p

Tuesday, 4 October 2011

Beransur sembuh..

Haloha..

Dalam beberapa hari ini, dang sangat sibuk menguruskan projek-projek yang dang kena handle.. Jadi, tidak lupa juga untuk mengupdatekan diri untuk bertanyakan tentang keadaan ayah di Sarawak.. Semalam mak dang ada call, dan dia bagi tahu ayah beransur pulih.. Doktor cakap, dalam perut ayah ada saluran tersumbat.. Buat masa ni tak bahaya lagi, tapi kena refer pada pakar kat Melaka.. 

Hope semuanya ok la ye.. sebab esok ayah dang akan terbang ke Melaka.. Jadi, boleh lah buat appoiment.. Mudah-mudahan tak ada pape.. :) Kepada rakan-rakan yang doakan kesejahteraan ayah dang, dang ucapkan terima kasih.. 

Ok la, mau sambung cari bahan..
Esok-esok update lagi..


peace ;p

Saturday, 1 October 2011

Get Well Soon Father...

Haloha..


Hari ini, genap 2 hari ayah dang sakit.. Bila dang mendapat berita tu, dang baru sahaja habis meeting kelas dan tengah lepak nak makan malam.. 

Dari maklumat mak dang cerita kat dang, ayah dang rasa sakit kat bahagian perut.. Bila balik dari solat tahlil dekat kem baru, perut ayah rasa macam nak terburai sakitnya.. Malam tu jugak, ayah dang dikejarkan ke hospital besar dengan menaiki ambulans.. Doktor dah buat medical check up dekat ayah dang tapi penyakitnya tak dapat dikesan.. Dan ayah dang tak sakit pape pun mengikut apa yang doktor cakap.. Semalam, mak cakap bila ayah makan je mesti muntah balik.. Hari ini, keadaan ayah dah baik sikit berbanding semalam.. Muntah-muntah tu tetap ada.. Hurm.. Pening dang fikirkan, ayah sakit apa.. 

Dang yang dengar ni, terus tak senang duduk.. Tapi dang tetap berlagak macam biasa.. Sebab dang tak nak kerisauan dang ni tercetus di muka.. Bukan apa, nanti bila budak kelas tahu, dorang akan asyik tanya.. So, bila dang teringat je tentang ni, dang tak boleh nak fokus untuk projek kelas yang dang handle.. Nak jenguk ayah pun jauh.. Jadi, doa je yang dang dapat sampaikan..

Dang ada juga ceritakan hal ni dekat kenalan-kenalan dang dan dorang ada bagi cadangan yang boleh digunakan.. Bukan apa, dorang takut ayah dang terkena buatan orang je.. Jadi, cadangan yang dorang berikan dang bagi tahu dekat mak.. Dan sejak semalam, ayah baik sikit keadaannya.. 

Terima kasih yer kawan-kawan kerana sudi membantu dang..
Jasa korang tetap dikenang..


peace ;p

Warisan Hawa..

Haloha..

Fuhh !! Fuhh !! Berhabuk sakan Mr. Bibi dang ni.. Maaf yer.. 
Dalam blogwalking tadi, dang terbaca 1 entry berkenaan dengan peserta Usztazah Pilihan yang kini sedang hangat ditayangkan di Oasis.. Untuk petang-petang ni, jom kita layan lagu ni.. Dang pasti korang semua pernah dengar kan.. Jadi, dang tetap nak kongsikan juga.. sebab dang masih lagi tak berkesempatan untuk tonton rancangan Ustazah Pilihan.. huhu

So, enjoy the song..



terima kasih kerana sudi bersama dang.. :)


peace ;p