Saturday, 10 December 2011

2nd Factory..

Haloha..

Ini adalah rentetan trip ke melaka.. Baru sempat post entry untuk hari kedua... Maaflah ye, disebabkan kekangan masa yang sangat cemburukan dang, jadi bila ada masa terluang barulah dang dapat mengabdikan cerita untuk dikongsikan bersama. hihihi..

Untuk kali ini, kilang yang menjadi pilihan ialah kilang sabun yang diperbuat dari susu kambing.. Memang berkesan kalau kita pakai.. Bukan jadi macam kambing taw tapi khasiat susu kambing tu kita dapat.. Dang malas nak cerita panjang lebar, so jom kita terjah je gambar yang sempat di rakamkan time tu.. hihi




Pemilik syarikat Sannen - sabun susu kambing..




bilik RnD pemilik..
cara untuk mendapatkan bahan lidah buaya..
untuk dibuat sabun..




hasil sabun..

mesin untuk mendapatkan acuan kerang dalam penbuatan sabun..




Selepas sesi untuk pembuatan sabun, dang dan rakan-rakan yang lain sibuk memborong hasil dari susu kambing ni seperti sabun susu kambing, kopi susu kambing dan macam-macam lagilah.. Dalam kepala time tu, asyik fikir bisnes je.. hihihi



model sampaingan tak berbayar.. hihi

gambar kenangan sebelum berangkat pulang..


Jadi, untuk hari ini dang hanya sempat berkongsi untuk hari kedua..
Jadi jangan risau, hari ketiga bakal menyusul tak lama lagi... hehehe
jadi, harap bersabar semua..


peace ;p

Tuesday, 6 December 2011

INSFLAKASTA...

Haloha..

Baru-baru ni, dang dan geng Dejavu telah menghadirkan diri untuk melihat persembahan teater dari kelab kebudayaan.. Bukan jauh mana pun, dekat kampus dungun juga.. hihihi.. Teater ni bertajuk Insflakasta.. Sebenarnya, dang tak plan langsung untuk tengok teater ni.. Tiket ni pun Si Eton yang beli.. Gara-gara yang jual adalah dari budak Opems juga.. Kalau bukan dari budak Opems, maybe susah sikit la nak beli.. Sebabnya, budak Opems ni terlibat sebagai krew dalam pementasan ni.. So, senior-senior Opems ni bagi sokongan la, kalau dari kata lain.. Ceewaah... hihihi... 




Sebelum bermulanya pementasan, ada 2 persembahan yang telah disediakan oleh pihak pementasan.. 1 persembahan ialah nyanyian dari kumpulan apa ntah... Tak ingat plak nama group dorang.. hohoho.. Bagi dang, boleh tahanlah dorang perform.. :D


Kemudian persembahan dari tetamu jemputan.. Dan kalau korang nak tahu, beliau jugaklah yang mengarahkan jalan cerita pementasan ni.. Kira orang yang memantau.. hihihi


Pementasan telah berlangsung dengan baiknya.. Mengikut jalan cerita senang faham.. Props pun ok gak.. Simple je.. Dan pelakon yang melakonkan setiap watak pun boleh dianggap berbakat.. Yang paling dang tak boleh lupa ialah pada lakonan seorang budak lelaki yang melakonkan watak Bapuk.. Memang terbaik dan telah menenggelamkan semua pelakon.. Lebih-lebih lagi pelakon utama.. Dan trademark dia ialah
 "Kang aku korek-korek hidung..... " 
sambil tunjukkan jari kelingking ke atas.. hihih






Ini juga ada lah tanda sokongan dang kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang seni ni.. Memang dah lama tak tengok teater sejak teater Natrah dulu.. :D


peace :p

Saturday, 3 December 2011

Janji Ditunaikan.. TRIP di Melaka.. :D

Haloha..

Dah masuk bulan baru, baru dang sempat kongsikan tentang aktiviti yang dijalankan pada bulan November... Dang rasa masih belum terlambat lagi sebab aktiviti ni baru je lepas.. So, masih lagi suam-suam kuku kot nak kongsikan bersama dengan korang semua.. hihihi.. Bukan apa, maaflah yer entry ni agak terlambat dang nak kongsikan.. Ini berlaku pun atas sebab-sebab tertentu.. Nak tunggu gambar dalam simpanan lagi, sibuk dengan kerja-kerja universiti lagi.. Jadi, korang faham-faham la ek.. hihi

Trip kali ini dijalankan dibawah subjek Procurement.. Dikelola oleh Encik Ariff.. Pensyarah dang yang cadangkan ke melaka.. Jadi, kami rakan sekelas merealisasikan impian dia je.. Untuk pengetahuan korang, walaupun dang duduk kat melaka tapi dang tak berapa tahu sangat kilang-kilang yang ada kat melaka ni.. Lebih-lebih lagi kalau nak buat lawatan dari pelajar macam dang ni.. hohoho.. Tapi alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.. Lawatan kali ni 3 hari 2 malam, jadi ada 3 kilang yang sempat diterjah oleh dang sekelas..

Suasana kilang pertama adalah di kilang buat plastik baja dan seangkatan dengannya.. Plastik ni jenis yang besar punya.. Bukan yang plastik letak sayur ye.. Jangan plak korang salah faham.. hihihi.. Kat kilang ni, dang dapat tahu cara pembuatannya dan macam mana plastik ni dicetak.. Bahan-bahan yang digunakan untuk buat plastik.. Saingan yang berlaku.. Dari segi keselamatan pun, dang perhatikan juga..

Jom terjah gambar yang sempat dirakam oleh kawan dang sewaktu di kilang plastik..

kilang pertama yang dilawati.. 
orang kuat Masray..

Kilang Masray ni ada dua.. Jadi kita terjah dulu kilang yang pertama.. 
Kilang ni menempatkan cara-cara plastik dihasilkan..







bahan yang digunakan untuk buat plastik..






Pensyrah dang.. En. Ariff..



Seterusnya, perjalanan diteruskan ke kilang kedua Masray plak.. Kilang ni adalah untuk pencetakan plastik tu sendiri.. Tak kisah la dari jenama sendiri atau mengikut jenama dari kilang lain..








Selesai semuanya,
sesi memberikan penghargaan kepada ketua kat kilang tu dari pihak kami semua..


Itu sahaja untuk lawatan kilang pertama di melaka..
 Untuk seterusnya akan bersambung kemudian ye.. Tapi yang penting, selepas je melawat kilang ni.. Perjalanan seterusnya berjimba di sekitar melaka.. Tapi, itu dalam entry yang lain ye.. Kang banyak gambar dalam 1 entry penat dan lambat plak nak loading.. hihi

sekadar hiasan... :)

Oklah, dang nak tidur dulu..
Jadi, lawatan ini bersambung untuk kilang seterusnya nanti..


peace ;p