Tuesday, 27 December 2011

Up Sikit Dari Alongnya..

Haloha..


 Baru-baru ni, keputusan PMR dah keluar.. So, adik dang sorang tu sapa lagi kalau bukan DEEBA kan.. Dia dapat keputusan up sikit dari Along dia (Dang la..Sape lagi kakak dia..).. Dia dapat 
6A 2B
Alhamdullilah.. Itu setimpal dengan usaha dia.. Geng-geng gossip dia sumua dapat 8A.. Korang tengok.. Walaupun 24 jam asyik bergosip kalau jumpa, yang pasti pelajaran tetap di utamakan.. hihi

Dang ucapkan tahniah buat Deeba dan kawan-kawannya.. So,lepas ni kena fikirkan nak sambung mana plak.. Dalam perancangan Deeba nak masuk teknik, tapi dang tak berapa tahu sangat.. Sebab dang dulu ada sejarah silam di teknik dulu.. hahahha.. Malas nak ingat lagi.. 

Hadiah?? Sorry to say, NO... Tunggu along kerja dulu.. hahha.. 
Lepas tu, baru boleh tuntut.. hahha


peace ;p

Penutup Semester Ini..

Haloha.. 

Ini adalah entry terakhir makan malam sebelum berlabuhnya tirai Tahun 2011 dan juga sebelum bermulanya final exam.. hohoho.. seperti biasa, dalam banyak-banyak dinner, kenalah ada temanya kan ?? Kali ni temanya ialah 1 WORLD.. Bunyinya macam Mawi plak kan.. hoho.. Untuk kali ni, semua pelajar semester 4 dari Operations Management Society yang handle makan malam ni.. Walaupun banyak dugaan yang melanda, tp majlis tetap berjalan dengan meriah.. Tahniah buat korang semua..

Dalam majlis ni jugak, setiap bahagian kena hantar wakil untuk buat persembahan.. Jadi, untuk sama rata dan adil, bagi kelas dang semua kena libatkan diri dalam persembahan tu.. Persembahan yang kitaorang buat ialah nyanyian untuk semua pelajar semester 5.. Lagu yang kitaorang pilih ialah,

v
v
v
v
v
v
v


Memang happening sangat-sangat.. Yang dang dan kawan-kawan sekelas tak jangka ialah semua pelajar semester 5 bersama-sama nyanyikan lagu ni.. Tak kurang juga, penasihat Opems itu sendiri, Miss Zu dan juga Madam Nik.. memang terbaik dari ladang... hihih... Dan dengan ini jugaklah, kitaorang menang tempat pertama dalam persembahan ni.. hoho

sebahagian dari kelas dang yang hadir.. :)


bersama Mas dan Sapiq.. antara senior yang dang rapat.. Sama baya kan.. :)
Yang kiri tu, dang admire... tp time dulu2.. skang tidak lagi... Sahabat Selamanya.. :D
Kanan plak ex-presiden Opems.. 

Dang dan Erin.. tak cukup korum untuk kali ni.. 2 lagi tak datang dinner.. :(
bersama Puan Hajah Mira.. :D
dang dan chas chos.. regge boy..
My Lovely Lecture, Madam Nik.. :D
kembar lain mak, lain bapak.. 
bersama AJ... :)

Korang mesti fikirkan, dari negara manalah dang dapat sumber inspirasi berpakaian macam ni kan?? Untuk makan malam ni, dang gabungkan pakaian dang dari negara Mesir dan juga Afrika.. hihih.. tak pernah dibuat orang kan?? So, dang buat.. hahha.. Sampaikan Ex-Presiden dang boleh panggil dang bini Aladdin.. Pun boleh.. Dang ok je.. hohoho

Semester depan, dang dan rakan-rakan plak yang handle makan malam ni.. 
Agak-agaknya, tema apa yer ???


peace ;p

Monday, 26 December 2011

Dinner.. Dinner.. Dan Dinner Lagi...

Haloha... 

Dah hujung-hujung semester ni, sebelum nak berjuang di medan peperiksaan, segala program kena selesaikan dulu.. Macam tu jugaklah program yang dang libatkan diri.. Di antaranya ialah di bawah subjek Personal Development, kitaorang 1 kelas kena hadirkan diri dalam praktikal Table Ettiquate (macam ni kot nak eja).. Lebih kurang belajar etika ketika makan dengan betul.. Cara duduk yang betul dan sebagainya.. Sebelum ni, dang pernah jugak belajar cara makan ni, tapi dah lama-lama hal yang mudah pun kita boleh salah buat.. hohoho

Makan malam tu, dang dan rakan-rakan dihidangkan dengan western food oleh pelajar dari jurusan perhotelan.. Kami diberi layanan yang masyuk..hihi.. terima kasih ye sebab sudi layan kami semua.. :) macam-macam gelagat yang dang dapat tengok ketika makan..




ayam rossemary.. wangi je rasanya..

Selesai je program tu, apa lagi sesi bergambar tidak ketinggalan..
Kali ni, jamuan makan malam ni dibuat di Hotel UiTM, Dungun.. :D


Pink team.. 



Tidak ketinggalan, DEJAVU tetap di hati.. :)


peace ;p


Sampai Ke Destinasi Jugak Akhirnya..

Haloha..

Dalam hujan renyai-renyai yang membasahi muka bumi ni, dang dah selamat sampai ke destinasi dang iaitu DUNGUN.. Dalam perancangan, tiba sahaja dang di dungun, dang akan dijemput oleh Cinta Hati dang.. Tapi apa kan daya, kita hanya mampu merancang kan.. Cinta Hati dang ada kerja yang perlu dilunaskan.. Jadi tak dapatlah dang jumpa untuk hari ini.. huhuhu

Tepat pukul 6 lebih macam tu, dang dan eton selamat sampai di rumah... Banyak kerja perlu dibuat.. Selain dari buat kerja harian.. Jadi, sebelum tarikh final nak muncul, dang kenalah bersiap sedia dalam peperangan tu nanti.. Risau dalam hati bukan kepalang lagi ni.. hohoho..

Usaha... Usaha... Usaha..
Ada masa lagi ni nak pecut... hohoohoho..

Ok la, mau rehatkan diri dahulu.. 
Lama sangat duduk dalam bas, sampai sakit-sakit pinggang di buatnya..



peace ;p


Sunday, 25 December 2011

Rewang..

Haloha..


Kenduri kawin akan berlangsung selepas Zohor pada hari ini..
Semoga hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat.. :D



Dang ???




Oh... Tidak!!!!
Dang hanya menjadi sebahagian pembantu sahaja.. hanya menolong mana yang patut...
Rewang-rewang sahaja... 



peace ;p

Saturday, 24 December 2011

Follow Member..

Haloha..

Apa khabar rakyat Malaysia ??? hihihi... Sihat sejahtera semuanya ??? Bukan apa, dang ucapkan selamat untuk semua sebab dah lama sangat dang tak buat macam tu.. Jadi, bila ada kelapangan ni, bolehlah dang sebut hari-hari... Tak gitu kawan-kawan ?? hihihi

Ok la.. Berbalik pada tujuan asal entry ni di post ialah dang nak khabarkan dang FOLLOW MEMBER.. 
ke mana?? buat apa?? untuk apa??
Mesti korang terfikir-fikirkan... Tak yah fikir sangat, baca je terus entry ni sampai habis.. hihihi
Sekarang ni dah cuti before dang nak final, jadi dang FOLLOW ETON balik ke kelantan.. Tu je dang nak bagi tahu.. Dang baru je sampai semalam.. Nak balik melaka pun, rumah dah tak ada orang.. jadi, merantau lah hidup dang sekarang ni.. Masuk ni dah kali kedua dang ikut Eton balik.. Dang rasa dah jadi macam keluarga angkat pun ada.. hohoh.. Perasan plak dang ni kan?? hahha.. Bukan apa, ukhwah yang ada ni eloklah diteruskan... Tak salahkan kita berkeluarga angkat aslkan niat kita ikhlas..

Pape pun, terima kasih la ye Eton sebab bawa dang ke rumah.. Bukan apa, dah lama tak rasa masakan rumah.. Jadi, melantak la dang 2 pinggan.. hohoho


p/s: akan mengaktifkan balik Mr.Bibi dang ni.. :)


peace ;p

Monday, 19 December 2011

Perlu Lupakan Seketika..

Haloha..


Untuk sekalian kalinya, baru dang dapat mengupdatekan Mr.Bibi dang ni.. 
Banyak aktiviti yang tertangguh.. Bukan apa, bila tibanya minggu last ni macam-macam test dan report perlu di selesaikan.. Sampai sekarang ni, tak menang tangan dibuatnya... huhuhu..

So, kepada rakan-rakan yang setia bersama dang di alam blogging ni, dang ucapkan harap bersabar ye..
Dalam 3 4 hari lagi, Insyaallah dang akan update semua aktiviti dang dalam semester ni.. Banyak yang dang nak kongsikan bersama rakan-rakan.. :)

Mana la tahu kan, boleh plak kalau kita buat aktiviti bersama-sama..
Ok lah, nak out dulu..
Ini hanya persinggahan sahaja..
Niat untuk berblogging terpaksa dihentikan untuk seketika kerana memberi ruang untuk dang beramah mesra bersama dengan buku-buku akademik.. hihih


peace ;p