Saturday, 31 December 2011

Bye.. Bye..

Haloha..


 Destinasi : Terengganu ke Kuala Lumpur
Masa : 1.30 pagi (hari ini)

Sayang doakan semoga perjalanan abang berjalan lancar dan selamat tiba dengan baik..
Amin..


peace ;p


Friday, 30 December 2011

Pesanan Buat Sahabat Kepada Sahabatnya..

Haloha..


Hari ini dang nak kongsikan sedikit ilmu bersama-sama teman-teman blogger sekalian.. Walaupun korang semua dah tahu, tapi dang tetap nak kongsikan juga untuk memberi peringatan kepada korang dan diri dang jugak.. Jadi, mari kita amalkan.. Mudah-mudahan semuanya berjalan baik... Pesanan ni dang dapat dari sahabat dang juga, Si Chas Chos.. hohoho

Pesanan dari Imam Syafie..

4 perkara yang menguatkan BADAN ialah:
makan daging
memakai haruman
kerap mandi
berpakaian dari kapas

4 perkara yang melemahkan BADAN ialah:
banyak berkelamin (bersetubuh)
selalu cemas
banyak minum air ketika makan
banyak makan bahan yang masam

4 perkara yang menajamkan MATA ialah:
duduk mengadap qiblat
bercelak sebelum tidur
memandang yang hijau
berpakaian bersih

4 perkara yang merosakkan MATA ialah:
memandang najis
melihat orang dibunuh
melihat kemaluan
membelakangi qiblat

4 perkara yang menajamkan FIKIRAN ialah:
tidak banyak berbual kosong
rajib bersugi
bercakap dengan orang soleh
bergaul dengan para ulamak

yang terakhir sekali yang dang nak kongsikan ialah, 4 cara tidur yang sepatutnya diikuti dan dijauhi..

TIDUR PARA NABI
tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
miring ke sebelah kanan dan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam

TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak di makan

TIDUR SYAITAN
menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Itu sedikit sebanyak yang dang dapat kongsikan bersama teman blogger.. Jadi, korang semua bolehlah kongsikan kepada teman-teman yang lain jugak k.. tak salahkan kita berkongsi ilmu.. :)
SHARING IS CARING.. <3 <3 <3


peace ;p

Kali Terakhir.....

Haloha...


Hari ini adalah hari terakhir Jumaat dalam tahun 2011...
Semoga hari-hari yang mendatang membawa 1001 rahmat dan hidayah di dalam hidup dang dan keluarga...
Amin..

Selamat tinggal Tahun 2011..


peace ;p

Semangat KEMBALI..

Haloha...


Rupa-rupanya semangat yang hilang dang dah temui ia kembali.. Walaupun pertemuan hanya sesingkat naik monorail dari stesen pertama ke stesen yang seterusnya, namun hati dang puas.. :D  hohoho... Hubungan jarak jauh ni betul-betul mematangkan dang dan sentiasa bersikap positif.. :) 

Terima Kasih abg..
Jumpa lagi bila ada masa terluang...



peace ;p

Hilang FOKUS.. :(

Haloha..

3 4 hari ni dang merasakan diri dang mula hilang fokus.. Aduh !!!!!!!!!!!!!! Kenapalah jadi macam ni.. ???? Sekarang ni nak naikkan semangat + mencari fokus terus lenyap.. Jangan sampai hilang terus sudah lah.. Kalau tak, habis dang... huhuhu... Paper pertama dang 6 hb jan ni.. tak banyak masa yang tinggal dah... 

Macam mana la nak buat ni ???? :( 
My Bad.. 



peace :p



tetiba rasa sebak.... nak nangis...
nk jumpa cinta hati... :(

Thursday, 29 December 2011

Revision.. Pasti Kena FOKUS..

Haloha...

Pukul 9 pagi ni,dang ada kelas tambahan bagi subjek personal financial planning.. 
Risau jugak subjek ni.. Banyak teori yang nak kena faham...
Walaupun dang suka subjek ni tapi bila melibatkan kira-kira, dang rasa cuak semacam je.. hohoho
Bukan setakat tu je, lecture subjek ni pun dang minat.. Bukan untuk bodek ek, tp cara yang dia ajar..
Bagi dang, relaks dan straight to the point.. Cik Jo.. Memang Terbaik.. :D

Ok la, hanya untuk seketika singgah di Mr.Bibi dang ni..
Sebagai pelepas rindu.. hihihi
Nak lepas rindu pada cik abang, sudah enak dibuai mimpi.. hohooho


peace ;p

Tuesday, 27 December 2011

Subhanallah... Ya ALLAH..

Haloha..

Dang tak nak cakap banyak, korang tengok ni.. Lepas tu korang fikir-fikirkan lah..


Ini untuk peringatan kepada semua.. Bukan pada penduduk sekitar sahaja..
Doakan semuanya baik-baik sahaja..
Amin...



Ketika kejadian ini berlaku, dang berada di Kelantan... Jadi,dang tidak merasai keadaan di situ.. Tapi, kalau nak dijadikan yang lagi tinggi, memang dang boleh kena tempiasnya...... 
Ya Allah, mohon dijauhkan...


peace ;p