Monday, 27 February 2012

1 Hari Bersama Ustaz FAMOUS...

Haloha...

Hari Sabtu yang lalu (berkurun lamanya), dang berkesempatan untuk menghadirkan diri ke program ilmiah yang telah diadakan di Kota Semarahan.. Selain dang, mak dan juga kenalan rapat turut terlibat dalam program ini.. Memang tak sangka dang akan berjumpa ahli panel ni.. Selama ni pernah dengar dan tengok dalam TV je yang selalu bersiaran di TV AlHijrah.. Tak pun dalam Youtube.. hihihi.. Dang pasti, korang mesti pernah tengok rancangan " 30 minit bersama Ustaz Don.. " kan ???

Untuk program ni, dang berkesempatan untuk mengetahui kisah-kisah keperibadian Nabi Muhammad SAW kita semua... Walaupun dah beratus-ratus kali mendengar kisah Rasullullah, namun hati tetap tidak merasa jemu langsung.. hihihi

Jadi, mari kita biarkan gambar memainkan peranannya.. hihih









p/s:
entry kali ni agak lewat kerana masalah laptop yang terkena jangkitan virus..
apa-apa sahaja entry akan di pos melalui CC..
jadi, dalam 2 minggu awal ni, dang akan menyepikan diri buat sementara waktu..
harap maklum..


peace ;p

Friday, 17 February 2012

ASAM GARAM DALAM PERHUBUNGAN...

Haloha...


Setiap perhubungan memerlukan sikap toleransi antara satu sama lain... Terus terang penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan itu.. Begitulah yang dilakukan dan diamalkan di dalam menjaga hubungan dang bersama Si Dia.. Jika ada rasa kurang enak, dang akan berterus terang kepada Si Dia untuk mendapatkan kepastian yang sewajarnya... Walaupun hubungan kami masih muda, tetapi dalam sudut hati dang yang kecil ini berharap biarlah ia kekal selamanya... 

Korang berani berterus terang terhadap pasangan tak.. ??? 
Ramai di antara pasangan hari ini susah untuk berbincang di antara mereka.. 
Ini disebabkan ego, cepat marah, susah untuk menerima kritikkan dan juga perasaan dan fikiran yang bercelaru disebabkan anasir-anasir luar (lebih percaya cakap orang luar)...

 Bukan apa, dang tertarik untuk membuat entry ini selepas dang menonton rancangan Wanita Hari Ini tadi... Jadi, dang tetiba terfikir... hurm... Dang pun tak mahir dalam bab-bab macam ni tapi kepada pasangan yang sudah lama bersama, semoga hubungan korang berkekalan hingga ke akhir hayat... hihihi



p/s: 
Ramai kawan-kawan dah bertunang.. 
Bila lagi ek turn dang ??? 
kuikuikui



peace ;p

Thursday, 16 February 2012

Sudah @ Belum ???

Haloha...

Hari ini hari Khamis... Korang buat apa aje ??? Hari ini, dang sehari suntuk bersendirian je dekat rumah... Ayah seperti biasa kerja, balik petang... Asyraaf plak, sekolah... Selalunya dia balik tengah hari ni, tapi ada koku dekat sekolah, jadi petang la baru dia muncul... hohoho.. Mak dang ??? Mak dang hari ni dia temankan kawan dia... Sebab ada urusan yang perlu diselesaikan... Itulah gunanya sahabat, ketika susah ada tempat untuk kita bergantung.. Hari ini hari kawan mak dang, mana tahu tibanya hari mak plak susah, adalah sahabat yang datang membantu... Bukan harapkan pembalasan, tapi itulah adat dalam bersahabat...

Eh.... Melalut plak dang.. hihihihi
Entry untuk hari ini ialah dang tujukan khas kepada semua blogger-blogger wanita sebenarnya... Bukan apa, dang nak ingatkan jangan lupa untuk menggantikan puasa ye.. Walaupun puasa lambat lagi tiba, tapi apa salahnya kita gantikan puasa awal.. Jangan dah tiba saat-saat akhir, barulah nak selesaikan... Dang juga ingatkan kepada diri dang ni.. Bukan apa, kita ni kena sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.. Manusia kan mudah lupa...



p/s:
Rindu nak berbuka bersama keluarga PerFACT... huhuhu
Time berbuka nanti nak makan apa ye ??? hurm.....


peace ;p

Wednesday, 15 February 2012

PELABURAN.. Korang Bila Lagi ???

Haloha...

Kali ni dang nak tanyakan pendapat korang... Korang ada buat mana-mana pelaburan untuk masa depan ??? Atau korang tak terfikirkan lagi ??? Bagi dang, eloklah sekarang ni kita dah merancang untuk masa depan... Bukan apa, kita tak tahu keadaan kita akan datang.. Betul tak ??? 

Jadi, sebab itulah dang telah membuat satu pelaburan yang sah... Dang telah melabur dalam Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)... Dang sebelum ni tak amik port sangat tentang ni... Walaupun info ni dah lama dihebohkan kepada orang ramai.. Tapi bila pensyarah semester lepas, dalam subjek financial planning, dang kena brainwash tentang keperluan di hari tua, dang mula terfikirkannya.. Tapi still lagi wat dek.. huhuhu... Biasalah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri... Cuti ni plak, Si Dia telah berhajat untuk membuka ASB dan menyarankan dang untuk membuka ASB bersama dengannya.. Dang kena berbincang dulu dengan mak ayah, jadi dang KIV membuat keputusan.. 

Hari ini, selepas membuat keputusan yang sewajarnya, dang telah berjaya membuka buku untuk pelaburan ini.. Alhamdullilah... Walaupun sikit, lama-lama jadi bukit kan... :)
Korang bila lagi ???


" BIJAK DAHULU, BIJAK SEKARANG... "
trademark ASB


peace ;p

PATRIOTIK... :)

Haloha...


Bertambah semangat...
hihihi


peace ;p

Monday, 13 February 2012

Ole-ole Untuk SI DIA...

Haloha...

Setiap pemberian untuk SI DIA memberikan seribu makna yang tersembunyi..
hihihihi..

Key-chain ???
Tandanya akan sentiasa ingat walau di mana sahaja berada... :)

T-shirt ???
Akan sentiasa menjaga perhubungan supaya kekal suci dan bertanggungjawab..

Amacam ??? 
Betul tak korang rasa maksud yang menggambarkan sesuatu benda seperti yang dang cakapkan.. 
Itu dari pendapat dang... Korang plak macam mana ??? 
hihihi


peace ;p

JANGAN BEREBUT...

Haloha...

Lebih kurang 3 minggu dari sekarang, semester baru akan bermula... Result plak akan keluar pada 22 Februari ni kalau tak ada pape halangan.. Perasaan dang sekarang ni memang bercampur baur.. Tak tahulah macam mana nak cakap... hohoho.. Jadi, bila perasaan suam-suam kuku macam ni, apa lagi kenalah cari alternatif untuk menggembirakan hati.. Betul tak ??? hihihi..

Seperti biasa, aktiviti yang dang buat untuk mengembalikan semangat dengan menghabiskan duit.. hehhe.. Maksud yang lebih tepat ialah mencuci mata sambil membeli belah.. hahahha.. Itu adalah salah satu cara dang.. Macam korang tak pernah buat.. Tapi, dang nak pesan dalam berbelanja kena berpada-pada ye.. Ikut  budget yang ada.. hihihihi

Cuti hujung minggu, dang dan keluarga telah singgah di Pasar Malam Satok.. Pasar malam ni macam Uptown Cheras, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang dan seangkatan dengannya.. Macam-macam ada.. Lebih-lebih lagi barang kraftangan, boleh rambang mata dang dibuatnya.. Dalam jalan-jalan tu, dang memang nak carikan sesuatu untuk budak-budak DEJAVU.. Dalam fikiran jenuh la fikir nak beli apa... Bagi dang walaupun nampak biasa je, tapi yang penting dari hati yang ikhlas... hihihi

Jeng..... Jeng....... Jeng......
Ini yang menjadi pilihan untuk Dejavu... hihihi
Dang belikan sorang satu.. Jadi, tak yah gaduh-gaduh ye.....


Selain tu, untuk diri sendiri dang beli juga... Dang ni penggemar barang-barang perhiasan diri... Maknanya, korang mesti dapat agak kan apa yang dang beli... heheehe.. Dalam hati nak beli kelengkapan dan perhiasan diri kaum Iban, tapi mahal harganya... Walaupun manik je, tapi susah taw nak buat... Memang kagum dang tengok... Jadi, ni je la yang termampu dang beli untuk diri dang ni.. 



Untuk SI DIA, dang ada juga belikan... Tak kanlah boleh lupa... hihihi
Hope DIA suka.. Rindunya...


peace ;p