Thursday, 22 November 2012

Tugasan 1 : Quality Management

Haloha...

Minggu lepas, semua orang sibuk nak balik kampung, dang pula sibuk dalam menyediakan soalan-soalan untuk temuramah bagi tugasan dang semester ini.. Bayangkan dalam 1 hari, ada 2 temuramah dang kena lakukan.. Ni semua kerja berkumpulan, jadi tak adalah terasa beban dalam membuat soalan.. hoho

Pagi tu, dang, eton dan rozi bergerak ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas tambang.. Kalau kat dungun ni, orang panggil bas lompat.. hehehe. Tak ada kenderaan sendiri, jadi gunakanlah perkhidmatan awam yang disediakan... hehehe.. Tak gitu ???  Lokasi yang kitaorang pilih ialah di Syarikat PMINT iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.. Tapi sedikit hampa bila apa yang kitaorang nak kan info untuk subjek masih kurang.. Habis lah bila nak buat report nanti... hurm.. huhuhu



Bersama Puan Che Haslina..

Lepas ni kita ke PERTIMA plak, anak syarikat PMINT untuk buat penyelidikan seterusnya... hehehe
Untuk syarikat seterusnya, dang bersama ahli kumpulan yang lain plak..
Jom, terjah next entry.. hihi


peace ;p

SkyFall

Haloha...

Entry yang sudah diperam terlalu lama... Tapi dang nak post jugak..
Bagi dang movie ni, memag the best... Tak jemu nak tengok lagi.. hehehe..
Pada mulanya malas jugak nak layan movie, tapi bila dah ramai sangat orang preview movie ni best, apa lagi set time dengan Idan untuk menontonnya.. 1st time berjimba-jimba dengan Idan, macam-macam hal yang berlaku.. Salah satunya, bila nak keluarkan duit, tetiba plak mesin buat hal.. Jenuh la tebalkan muka depan Idan.. hohoho.. Malu jangan cakap la kan....

Dang bagi 5 bintang untuk movie ni.. :D




peace ;p



Wednesday, 14 November 2012

Apakah Tanda Gambar Ini ???

Haloha...


Tunggu entry seterusnya...
Hujung minggu ni off to Felda Kerteh 4..


peace ;p

Cooking Time

Haloha...

Bila cuti tak ada kerja lain..
Ini memang tugas hakiki dang.. :D
Boleh dah ni masak untuk bakal suami dang.. hehehe
Ke guane ???

Kari Ayam..
Ayam goreng berempah & Sardin sambal..
Kubis goreng, ikan goreng & telur rebus kurma..
Sotong sambal & daging goreng kunyit
nasi goreng, ayam goreng & sambal sotong..

Lepas ni cuba masak masakan lain plak..
Masak ape ek?? hurm....


peace :p

Wednesday, 7 November 2012

Pusing-pusing Kota

Haloha...

Cuti-cuti malaysia yang lalu, dang, Yon dan Si Dia menjelajah 1 bandar raya Melaka... Dah lama tak berjumpa, jadi bila ada ruang yang sedikit ni, dang dan Si Dia buat plan hujung minggu.. Pukul 10 pagi, Si Dia dah bertolak ke Melaka dari Kajang.. Almaklumlah, Si Dia duduk KL, dang plak Melaka.. Hubungan jarak jauh ni betul-betul meletakkan kepercayaan yang tinggi.. hehehe.. Tepat pukul 1230 tengah hari, bertolak kitaorang ke Bandar Melaka..

Sampai sahaja di Mahkota Parade, terus mencari restoran untuk mengisi perut yang berkeroncong... Yang menjadi pilihan ialah di Chicken Rice Shop.. Tak perlu banyak fikir, seperti biasa dang yang menjadi tukang order.. Nasi ayam 2 set siap !!!! hehehehe



Si Dia... :)
Lepas makan dan solat, jalan-jalan plak ke Dataran Pahlawan... Bila keadaan yang terlalu panas, tak terdaya dang nak berjalan kat luar.. Next plan ialah berkaroeke.. hehehe... Memang kaki karok dua-dua, jadi terus sewa bilik 2 jam semata-mata untuk karok.. Macam-macam lagu dang bedal... Dari tak pernah cuba, terus cuba.. Sampaikan tekak pun boleh menjerit-jerit minta berhenti.. hahahha.. 

Lepas selesai semua tu, barulah pergi kepada tujuan yang sebenar iaitu ronda-ronda Kota.. Lepas solat asar, dalam keadaan cuaca yang baik petang tu.. Kitaorang bertiga, menjelajah 1 kota.. Lebih kurang macam pelancong la... hehehe.. Time tu memang ramai orang.. Tapi best sebab dapat tengok gelagat orang lain... hehehe



Dang dan adik, Yon.. :p

Akhirnya.... Tepat pukul 6 petang beransur la pulang ke rumah.. Nak balik memang tersekat dalam kesesakan lalu lintas.. Last-last, nak dekat maghrib barulah tiba di rumah.. Dan Si Dia malam tu jugak bertolak ke KL...

Thanks sebab sanggup datang ke Melaka untuk berjumpa dengan syg.. :D
Ada rezeki kita jumpa lagi...
Belajar elok-elok... FOKUS...
hihihi


peace ;p

Monday, 5 November 2012

Kisses.. I LIKE !!!

Haloha...

Yumyum.. Coklat sudah terhidang di depan mataku... Kiriman telah dibuat semasa cuti dan hari ni dang dapat merasa coklat yang diimpikan... hehehehe.. Coklat ni dang kirim dari orang langkawi.. Terima Kasih ye Opie.. Sebab tolong belikan coklat ni untuk Kak Did.. :D

Bungkusan-bungkusan kecil tu untuk rakan-rakan dang yang Aaauummm !!! hehehe.. Terutama sekali kepada eton dan Rozi.. Dan tidak dilupakan kepada Idan.. hohoho.. Maaflah ye.. Tak ada bungkusan yang lebih baik dari itu.. Tak kisah kan ??? Yang penting ikhlas... Betul tak ??? 


Terima kasih kerana menjadi sahabat yang sanggup susah senang bersama.. :D


peace ;p

Makan Sepuas Hati

Haloha...

Cuti seminggu yang lalu, dang terlalu sangat mengidam nak makan Domino.. Lebih-lebih lagi bila dang membuat tugasan berkenaan dengan latar belakang Domino's.. Lagi la perasaan tu membuak-buak.. Dekat dungun tak ada.. Jadi, bila dah balik ke Melaka, nafsu makan tu memang dijadikan faktor utama untuk mendapatkannya.. hehehe.. 

Menjamu makanan yang dang idamkan bersama dengan tersayang... :D

Pizza BBQ.. :D


peace ;p