Friday, 26 April 2013

Menyepi Untuk Sekian Lamanya

Haloha...
 
Hampir 2 bulan, dang tak melabuhkan apa-apa berita di Mr.Bibi ni..
Gara-gara semester baru telah bermula.. Sibuk dengan tugasan bertimbun-timbun.. Dengan lappy yang buat hal.. Jadi semua kerja terbengkalai.. Lepas ni dang akan aktif semula untuk mengarang apa-apa cerita yang nak dikongsikan.. Tak sabar nak share cerita ni.. Sampai dah cuti, itu baru nak datang balik mood dan lappy dah dibaiki.. hehe
 
Semoga apa yang di rancang berjalan seperti biasa..
 
 
peace :p


Friday, 15 February 2013

Kampung Budaya, Sarawak

Haloha...

Destinasi kali ini ialah ke hujung dunia Sarawak iaitu menghala ke Santubung... Mana lagi kalau bukan ke salah satu tempat pelancongan, Kampung Budaya Sarawak... Dalam perjalanan ke sini, korang semua boleh melihat pemandangan Gunung Santubong yang berdekatan dengan Kampung Budaya ni.. Untuk mendaki gunung ni, ada satu laluan yang membolehkan kita sampai ke puncaknya.. Beroperasi pada pukul 7 pagi dan kena turun dari puncak sebelum  pukul 6 petang.. Sebab sini cepat malam.. Jadi, faham-faham la ye.. hehehe.. Naik ke sana ada pembayaran perlu dibuat sebanyak RM6 untuk per kepala..

Itu serba sedikit latar belakang nak mendaki gunung santubung.. Dang belum lagi berkesempatan nak mendaki, maybe satu hari nanti dang akan sampai ke sana juga.. hehehe.. Sekarang dang nak kongsikan pula apa yang ada di Kampung Budaya ni... Dang berpeluang untuk masuk ke sini.. Bukan apa, sekali masuk ke kampung budaya ni kena bayar RM 60 per kepala.. Tak kisah lah budak kecil ke, dewasa ke.. Jadi bila ada peluang masuk dengan harga RM 5 sahaja, memang tak lepas peluang yang ada.. Seharusnya masuk ke sini bersama keluarga... hehehe.. Itu memang tak boleh dielakkan.. Wajib.. hehehe

Sticker bila masuk ke Kampung Budaya.. :D
Apa yang korang fikirkan yang ada di kampung ni ??? Kalau korang nak tahu dalam kampung ni terdapat beberapa buah rumah yang di bina yang terdiri daripada rumah-rumah kaum yang ada di Sarawak ni.. Boleh dikatakan setiap rumah kaum yang ada di Sarawak ada.. Jadi, korang berpeluang untuk lihat dengan mata sendiri macam mana kaum lain tinggal.. 

Di antara rumah-rumah yang dang dan keluarga sempat  melawat ialah Rumah Iban, Melayu, Penan, Orang Ulu, Melanau, Cina dan sebagainya... Di setiap rumah yang dilawati akan ada persembahan yang akan disediakan.. Selain itu, ada juga pameran barang-barang setiap kaum itu di rumah tersebut seperti baju-baju tradisional dan aksesori kaum-kaum.. Dan yang paling penting ialah ada sesetengah rumah tu, terhidangnya makanan yang dijual... Makanan yang dorang jual ialah kuih muih yang selalu di makan dan dibuat bagi setiap sesebuah kaum.. Kuih muihnya ialah bahulu, sagu dan sebagainya.. Dang nak listkan pun susah, sebab tak berapa nak ingat sangat.. hehehe.. Oppss !! Terlupa plak... hoho.. Yang paling best, semua kuih tu, time-time tu juga baru dorang sediakan.. Jadi, memang fresh.. Yumyum... :)


Selepas persembahan...



Buatan kraf tangan dan baju tradisional.... :D
Aksesori yang di pamerkan... :)


Jangan risau, korang juga berpeluang untuk menyumpit macam adik dang ni... hehehehe.. Kalau dapat sumpit 3x berturut-turut dengan tepat, dapat spender.. hahahaha.. Bak kata abg ni.. Abg ker ?? Teett.. Abg tu bergurau manja plak... hehehe



Tempat pemujaan..


Setelah penat berjalan di sekitarnya, tibalah masa untuk menyaksikan persembahan tarian semua kaum-kaum yang ada di Sarawak di dewan teater yang disediakan... Persembahan yang berlangsung mengambil masa lebih kurang dalam 45 minit - 1 jam... Persembahan akan dilakukan sebanyak 2 kali sahaja, sesi 1 pada pukul 1130 pagi dan sesi 2 pada pukul 430 petang.... Tak rugi untuk menyaksikan persembahan ni.. Memang layan..... Maaf, video yang dang rakamkan tak dapat nak dikongsikan.. Almaklumlah, line dekat sini slow sikit jadi nak download memang lama... huhuhu





Akhir kata itulah tempat-tempat pelancongan yang dang boleh kongsikan bersama semua.... Actually banyak lagi tempat yang menarik tapi tak sempat lagi dang nak jenguk.. Tempat-tempat yang korang boleh lawat ialah Orang Utan Village, Taman Buaya dan macam-macam lagilah... hehehe.. Mana taw, korang datang ke sini, jadi korang berpeluanglah menjenguk ke tempat-tempat yang dinyatakan... 

Jadi, dang di sini ada lagi masa selama 2 minggu sahaja lagi... Aktiviti memang dah dirancangkan setiap minggu.. Lepas ni kita buat aktiviti bersukan plak.. Tapi in-door je la... hehehee... 



peace ;p


Thursday, 14 February 2013

Pasar Serikin, Sarawak

Haloha...

Korang pernah pergi Wang Kelian ?? Padang Besar ?? Rantau Panjang ?? Bukit Kayu Hitam ??
Nama-nama di atas dang pasti korang pernah beli belah kat sana kan... Semua tu ada di Semenanjung... Tapi kalau di Sarawak, tak lain tak bukan adalah Pasar Serikin.. Pasar ni kalau korang nak tahu terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan.. Tengah-tengah garisan khatulistiwa lebih tepat lagi.. Jadi, selepas pukul 11 pagi tu, memang dah panas membahang.. Al-maklumlah tengah-tengah garisan kan.. Jadi, dang sarankan sesiapa yang berpeluang ke Sarawak, datanglah ke sini tapi kena datang pukul 8 pagi la.. Sebab tak berapa panas dan orang pun tak ramai lagi.. hehehe

Pasar ni dibuka hujung minggu je.. Dari pukul 730 pagi hingga 2 petang... Kebanyakkannya peniaga yang ada ialah datangnya dari Indonesia.. Dan barang-barang yang korang boleh dapati ialah barangan dari Indonesia dan Sarawak.. Harga berpatutan.. Tapi jangan lupa, bab tawar menawar ek.. hehehe.. Itu adalah wajib bagi kita sebagai pembeli... hehehe.. Kalau sesiapa nak buat buah tangan ke, apa ke.. Dang cadangkan pergilah ke sini.. Macam-macam boleh dijadikan hadiah.. heheh...

Dang juga dah 2 kali ke sini... Itu pun bila ada cuti panjang macam ni.. Kali ni dang pergi hanya temankan mak dang memborong pinggan mangkuk dan peralatan dapur je.. Kain batik harus.. hehehe.. Dan untuk hadiah bakal pengantin yang dang dah terima jemputan untuk ke kenduri, dang beli dekat sini juga.. Murah.. hehehe.. Hadiahnya kenalah rahsia dulu... hehehe





Jadi, kepada sesiapa yang belum lagi melawat pasar serikin ni, bolehlah jalan-jalan kat sini bila dah sampai ke Sarawak.. Sebab pasar ni adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi bila ke sini.. So, jangan lepaskan peluang taw.. hehehehe


peace ;p

The Spring, Sarawak

Haloha...

Cuti CNY baru-baru ini, adalah cuti yang panjang untuk luangkan masa bersama keluarga.. Seperti biasa, aktiviti window shopping la kan.. Kali ni, dang dan keluarga bergerak ke The Spring.. The Spring adalah salah satu shopping complex yang ada di Sarawak ni.. Boleh dikatakan agak terkenal la..

Dalam masa yang sama, dang memang nak mencari sesuatu untuk menggantikan barang dang yang lama.. Barang apa ??? Jeng....... Jeng............ Jeng......... hehehe



Inilah dia, beg dompet jenama Elle.. Biasa-biasa je.. Masa ni tengah sale kan, jadi dang tidak lepaskan peluang.. Tapi terlebih budget plak.. Nasib baiklah mak dang tambah sikit.. hehehe.. Beg dompet ni ringkas dan tak lapuk dek zaman la... Harga ?? Rasanya tak perlulah nak di khabarkan.. Hanya kemampuan seorang pelajar je.. heheeh



Seterusnya ialah seutas rantai labuh.. 
Untuk tambah koleksi aksesori yang dang ada.. hehe


Next destinasi ???
Tteeeettttttt....... heheehe


peace ;p

Friday, 1 February 2013

Plaza Merdeka - Kuching Sentral @ Sarawak

Haloha...

Hujung minggu yang lepas, dang bersama keluarga telah menerjah 1 plaza baru yang dibuka di Kuching ni... Plaza ni dinamakan Plaza Merdeka... Betul-betul berhadapan dengan satu padang dan bersebelahan balai polis.. Actually plaza ni nampak macam dah siap sepenuhnya tapi bagi dang plaza ni masih lagi dalam proses nak siap.. Bagi dang dalam 95% dah siap.. Kenapa ??? Sebab bila adik dang nak pergi tandas, hanya bahagian bawah sahaja yang buka.. Tandas setiap tingkat masih lagi belum boleh digunakan.. Then, kedai-kedai yang ada kat situ boleh tahan.. 80% lagi kedai yang sudah dibuka...

Bila dah pusing 1 plaza, dari tingkat atas sampai bawah baru dang sekeluarga puas.. hehehe.. Bukan apa, saja nak tengok apa yang ada di plaza ni... Apa kelebihan yang ada dari mall yang lain.. Tapi bagi dang tak berapa best.. Maybe baru lagi.. Sebab wayang dan bowling masih lagi tak ada.. Sebab bagi dang, kalau wayang atau pun bowling tak ada maka kuranglah pengunjung yang akan datang, lebih-lebih lagi kalau golongan belia... hehehe

Kemudian, kami terus ke Pizza Hut.. Lunch dekat sana.. Biasalah, kena tunaikan orang yang mengidamkan.. Sapa lagi kalau bukan Si Asyraaf tu, adik bongsu yang montel.. hahaha.. Rupa-rupanya setiap hari Sabtu, adalah hari cuti bagi mak dang dari memasak.. Bermakna, setiap hari Sabtu keluarga dang akan makan di luar.. hehehe.. So, untung juga pada dang.. Lagi pun, kena juga bagi mak dang cuti.. Mana tak nya, dari hari Isnin-Jumaat, 24 jam memang menjadi suri rumah tangga.. Full Time.. So, Sabtu macam hari cuti la.. haha.. Kelas gitu Mak dang taw... hehehe

Budak montel & ayah..  :D
Dang dan mak.. :D
Selesai isi perut, terus terjah ke Kuching Sentral plak.. hehehe.. Ni pun 1st time dang jejakkan kaki ke sana.. Lebih kurang macam Melaka Sentral plak.. Tapi ni up sikit la.. Sebab apa dang cakap macam tu.. Kalau korang nak tahu Kuching Sentral ni tempat untuk semua bas berkumpul dari setiap kawasan.. So semua bas berpusat di situ.. Itulah kisahnya.. hahaha..

Dalam keluar masuk kedai kat KS, dang tertarik dengan satu kasut ni.. Memang dari KL nak mencari kasut untuk di pakai pergi kuliah dan sebagainya.. Tapi, alih-alih kat Sarawak juga yang jumpa.. hohoho.. Sambil-sambil tunggu mak dang mencari kasut untuk makan malam dia, jadi dang pun tumpang sekaki juga.. Lagi pun sale, apa tunggu lagi.. Rebutlah peluang yang ada.. hehehe

Terima kasih mak dan ayah.. Sebab belanja kasut.. hehehe.. Lepas ni nak beli aksesori la plak.. Untuk pakai time keluar jalan-jalan.. Boleh kan ?? hehe

Menjadi pilihan....
Hujung minggu ni plak, plan nak pergi The Spring... 
Jom, pergi sana... Jumpa di sana.. :D


peace ;p

Thursday, 31 January 2013

Wedding Day's - Azura & Khai

Haloha...

Sehari sebelum majlis, dang telah roger mana-mana kawan dang yang akan pergi ke kenduri Azura nanti.. Nak pergi sendiri memang tak tahu rumahnya mana satu.. Jadi, dang telah roger Aidyl untuk konvoi sekali dengan dia.. hehehe.. Nasib baiklah, ada geng ke majlis tu.. Sepatutnya berjanji dengan Hani, tapi dia ada urusan.. So, dang plan dengan Aidyl.. :)

*** 26 hb Januari 2013 - Sabtu - Bandar Baru Bangi ***

Seperti yang dijanjikan, dorang (Aidyl, Hilman, Bob, Arifuddin) menunggu di tempat yang dijanjikan.. Selepas semuanya dah ready, kitaorang terus bergerak ke rumah pengantin.. Maka, berlangsungnya majlis perkhawinan di antara Azurahana bersama pasangannya Khairul Rizal... Azura ialah kawan dang semasa di Sek Teknik Sepang dulu.. Kitaorang sama-sama belajar dalam Pengurusan Pemakanan dan lebih dikenali sebagai ERTM.. Dan yang paling utama, Azura orang pertama dalam kelas ERTM yang mendirikan rumah tangga... hehehe.. Lepas ni giliran sape plak ek ?? hehehe

 Sampai sahaja di rumah pengantin, dang tercari-cari juga jika ada geng-geng gurl yang datang.. Dan itu sudah memang dijangkakan.. Sambil nak mengambil makanan, dang ternampak geng-geng yang lain tengah makan semeja.. Jadi, dang pun join sekaki.. hehehe.. Bukan apa, seganlah nak makan sekali dengan Aidyl and the geng.. Time-time macam ni la dang kena cari balik puak-puak gurl... Kira reunion jugaklah.. hehehe

Lepas makan, sesi bergambar bersama pengantin la plak.. hehehe.. Masing-masing mengambil tempat.. tak sabar-sabar nak jumpa dengan pengantin.. Bak kata pepatah, ambil berkat katanya.. hehehe..

Sesi reunion bersama pengantin.. :D
Seha, Syila, Liana dan Dang..
Semua dah berkerjaya..
Dang dan Mimi.. Paling penting GIGI...
Trademark kitaorang bile senyum..
Dang dan Jawa (Farah).. :D
Bakal pengantin selepas Azura..
Nadia next pengantin.. :D
Wakil dari 1 kelas ERTM...
Masing-masing gembira bersama.. Hilman plak berdarah manis, dah tunang katanya.. :D
Wakil Dorm 103A.. Wanie, Dang dan Eiza.. :D
Tak lupa jua kepada Si Dia.. <3

Dan pada masa yang sama, dang dapat tahu bahawa ketua kelas ERTM dang, Hilman telah bertunang sehari sebelum majlis Azura.. Wah.. Tahniah diucapkan.. :D
Lepas ni, tunggu nadia punya wedding plak....

Dang ucapkan semoga Azura dan pasangan berkekalan hingga ke akhir hayat 
dan cepat-cepat dapat baby.. :D


peace ;p


Angin Bayu @ Pantai Puteri

Haloha...

Banyak entry tertangguh bila dang terbang ke Kuching.. hehehe... Bila bersama keluarga, kadang-kadang boleh lupa nak kongsikan aktiviti bersama.. Lebih-lebih lagi bila nak update blog ni, macam-macam perkara yang tak dapat dielakkan.. hehehe.. Jadi, dang cuba jugak curi-curi masa untuk mengupdate Mr. Bibi dang ni.. hehehe

Pada 25 hb yang lalu, dang terpaksa ke Melaka di sebabkan ada urusan yang mustahak.. Kalau ikutkan memang tak turun Melaka pun, tapi bila dang dapat surat berdaftar, terpaksalah juga ke sana.. Si Dia yang ada kelas petang terpaksa skip kelas gara-gara untuk temankan dang ke sana.. Thanks sangat-sangat.. Surat tu datangnya dari PTPTN, just memberitahu bahawa salinan pertama itu pihak sana dah terima.. Jadi, dorang nak comfirmation dari pihak dang yang dang dapat salinan tu jugak.. Tu je.. Hurm, rasa memang tak berbaloi tapi bila difikirkan balik mesti ada sebabkan bila keadaan tu berlaku.. Jadi dang hanya ambil positive side je.. Si Dia pun ok je.. Tak kisah pun temankan dang.. Jadi, itu lagi menguatkan tak sia-sialah dang gerak ke Melaka.. heheehe

Sampai sahaja di Melaka lebih kurang pukul 230 petang, time tu dang terus ke pejabat pos Sungai Udang sebab nak tuntut surat.. Si Dia, dang suruh pergi solat dan rehat dalam kereta.. Sebab kalau nak temankan dang pun dalam pejabat pos, memang tak ada tempat duduk.. Lagi pun dah bersesak dengan orang ramai dalam tu.. Dang sendiri pun tak tahan duduk dalam tu lama-lama.. huhu.. Lebih kurang dalam 1 jam 30 minit, dang menunggu giliran.. Memang lama.. Nasib baiklah Si Dia tidak merungut apa-apa dan faham keadaan dang ketika tu.. Actually, segan jugak sebenarnya dengan Si Dia.. Sebab dari jauh dia sanggup temankan dang.. Bila dang ke sana, dang dah meminta kebenaran dari ayah dang terlebih dahulu.. Jadi, ayah dang tak adalah risau sangat dan tanggungjawab Si Dia plak, adalah menjaga dang.. Sweet tak ??? hehehe

Selesai sahaja urusan, perut pun dah berkeroncong.. Rupa-rupanya Si Dia dah membeli nasi kukus terlebih dahulu untuk makan... Sepatutnya kitaorang lunch tapi nasi tu dah jadi macam minum petang.. Jadi, singgah sebentar di Pantai Puteri untuk berpicnic plak.. Secara kebetulan semuanya.. :D






Kemudian, destinasi seterusnya ialah ke AEON dekat Melaka Sentral plak.. Tujuannya adalah untuk membeli hadiah bagi majlis perkahwinan sahabat dang.. Itu kena tunggu entry seterusnya.. Selesai sahaja semua, lebih kurang dalam pukul 730 malam, bertolak semula ke KL.. 

Sebelum balik berehat, singgak dahulu di Dataran Merdeka.. Ambil angin malam dahulu.. :D


Tak sabar untuk berkongsi semasa majlis perkhawinan plak.. :D


peace ;p