Thursday 31 January 2013

Angin Bayu @ Pantai Puteri

Haloha...

Banyak entry tertangguh bila dang terbang ke Kuching.. hehehe... Bila bersama keluarga, kadang-kadang boleh lupa nak kongsikan aktiviti bersama.. Lebih-lebih lagi bila nak update blog ni, macam-macam perkara yang tak dapat dielakkan.. hehehe.. Jadi, dang cuba jugak curi-curi masa untuk mengupdate Mr. Bibi dang ni.. hehehe

Pada 25 hb yang lalu, dang terpaksa ke Melaka di sebabkan ada urusan yang mustahak.. Kalau ikutkan memang tak turun Melaka pun, tapi bila dang dapat surat berdaftar, terpaksalah juga ke sana.. Si Dia yang ada kelas petang terpaksa skip kelas gara-gara untuk temankan dang ke sana.. Thanks sangat-sangat.. Surat tu datangnya dari PTPTN, just memberitahu bahawa salinan pertama itu pihak sana dah terima.. Jadi, dorang nak comfirmation dari pihak dang yang dang dapat salinan tu jugak.. Tu je.. Hurm, rasa memang tak berbaloi tapi bila difikirkan balik mesti ada sebabkan bila keadaan tu berlaku.. Jadi dang hanya ambil positive side je.. Si Dia pun ok je.. Tak kisah pun temankan dang.. Jadi, itu lagi menguatkan tak sia-sialah dang gerak ke Melaka.. heheehe

Sampai sahaja di Melaka lebih kurang pukul 230 petang, time tu dang terus ke pejabat pos Sungai Udang sebab nak tuntut surat.. Si Dia, dang suruh pergi solat dan rehat dalam kereta.. Sebab kalau nak temankan dang pun dalam pejabat pos, memang tak ada tempat duduk.. Lagi pun dah bersesak dengan orang ramai dalam tu.. Dang sendiri pun tak tahan duduk dalam tu lama-lama.. huhu.. Lebih kurang dalam 1 jam 30 minit, dang menunggu giliran.. Memang lama.. Nasib baiklah Si Dia tidak merungut apa-apa dan faham keadaan dang ketika tu.. Actually, segan jugak sebenarnya dengan Si Dia.. Sebab dari jauh dia sanggup temankan dang.. Bila dang ke sana, dang dah meminta kebenaran dari ayah dang terlebih dahulu.. Jadi, ayah dang tak adalah risau sangat dan tanggungjawab Si Dia plak, adalah menjaga dang.. Sweet tak ??? hehehe

Selesai sahaja urusan, perut pun dah berkeroncong.. Rupa-rupanya Si Dia dah membeli nasi kukus terlebih dahulu untuk makan... Sepatutnya kitaorang lunch tapi nasi tu dah jadi macam minum petang.. Jadi, singgah sebentar di Pantai Puteri untuk berpicnic plak.. Secara kebetulan semuanya.. :D






Kemudian, destinasi seterusnya ialah ke AEON dekat Melaka Sentral plak.. Tujuannya adalah untuk membeli hadiah bagi majlis perkahwinan sahabat dang.. Itu kena tunggu entry seterusnya.. Selesai sahaja semua, lebih kurang dalam pukul 730 malam, bertolak semula ke KL.. 

Sebelum balik berehat, singgak dahulu di Dataran Merdeka.. Ambil angin malam dahulu.. :D


Tak sabar untuk berkongsi semasa majlis perkhawinan plak.. :D


peace ;p

No comments: