Tuesday 21 June 2011

Sirih Pulang Ke Gagang Siri III (1st day)

Haloha rakan-rakan blogger.... :)

kali ni dang nak kongsikan tentang program kedua dang join untuk cuti semester kali ni.. untuk pengetahuan kawan-kawan, program ni diadakan bertempat di sekolah lama dang iaitu di Sekolah Menengah Teknik Sepang, Selangor.. program ini diberi nama Sirih Pulang Ke Gagang.. dah masuk siri ketiga kalau kawan-kawan nak tahu.. Program ni bertujuan untuk memberikan dan berkongsi hala tuju bekas-bekas pelajar kepada adik-adik yang masih di sini.. program ni terbuka kepada pelajar tingkatan 5.. program ni tak ada paksa rela.. ni semua hanyalah atas kerelaan masing-masing.. jadi, kadang-kadang bilangan pelajar tu tak ada la selalunya ramai.. :) kali ni seperti biasa dari batch 1 sehinggalah ke batch 4, kalau tak silap dang yang join.. semuanya dah berubah termasuklah cara pembelajaran kat SMTSS ni.. kalau tak salah dang, dah 5 tahun dang tak datang ke SMTSS ni..kali terakhir dang datang ke sini ialah time ambil sijil SPM dulu.. lama gila... baru dang tersedar... hohoho.. jadi, kepada kawan-kawan yang lain, jenguk2 lah ke sekolah lama yer.. sbb banyak perubahan yang berlaku...

bagi menjayakan program SPKG siri III ni, Ulamak atau nama sebenar Syazwan telah menjadi pengarah program untuk memastikan perjalanan berjalan lancar.. bagi dang yang pertama kali join, berpuas hati sbb dapat berkongsi pengalaman dengan adik-adik.. secara tak langsung, dang dah tunjukkan serba sedikit tentang situasi dekat luar... dang juga banyak belajar dari junior-junior dang yang sama-sama berganding bahu dalam program ni.. dalam dang memberikan output dang juga mendapat input dari fasi-fasi yang lain.. selama 3 hari 2 malam ni, dang banyak curi ilmu dan membuat ketupat bersama-sama fasi..hihihi :p

TERIMA KASIH SEMUA FASI!!!!

sebahagian dari adik-adik tingkatan 5
yang sanggup meluangkan masa untk SPKG..
untuk hari pertama, aktiviti tak ada la pack sangat.. hanya ucapan perasmian dari Pengetua dan seterusnya pembahagian kumpulan-kumpulan kecil.. selesai pembahagian kumpulan, sesi taaruf di jalankan.. untuk kali ni dang telah berganding bahu bersama Amir dari batch 3.. dan kumpulan yang diberikan oleh Ulamak ialah kumpulan 1... :) semua kumpulan yang ada dalam program sebanyak 12 kumpulan lepas ditolak campur..hihi

Puan Nazliyaton, Puan Fatimah dan Encik Sufian Mahmood (pengetua SMTSS)

pengetua yang sporting.. :)


kumpulan dang bersama Amir...
selesai sahaja sesi tengah hari, untuk sesi petang, adik-adik ni diberikan biskut sebagai barang amanah... dan semua fasi lelaki dan perempuan perlu memperkenalkan diri masing-masing di samping adik-adik mencatat segala butiran fasi-fasi.. bukan apa, ni adalah salah satu tugasan untuk adik-adik lebih mengenali bekas-bekas pelajar SMTSS...



sebahagian fasi-fasi lelaki yang HOT!! :)


fasi-fasi perempuan yang mantain jer.. ;)



post moterm untuk aktiviti pertama..


jadi, itulah gambaran untuk hari pertama selama program SPKG ni berlangsung.. untuk adik-adik yang join program kali ni, dari pendapat dang adik-adik ni pasif sikit... jasad adik-adik ada kat sekolah tapi fikiran semuanya melayang-layang.. untuk berinteraksi, adik-adik ni masih lagi malu-malu untuk bersuara.. apa yang dang nampak, ada sesetengahnya kurang berkeyakinan tapi ada juga yang senang untuk berkongsi apa sahaja... untuk mendapatkan pengalaman, adik-adik ni ada yang mudah bertanya dan tak kurang juga ada yang susah untuk bercakap.. myb, masih lagi malu-malu untuk hari pertama ni.. :)


peace ;p


.......... bersambung ..........

No comments: