Monday 11 July 2011

SARIKIN.. Tak sah kalau tak singgah..

Haloha.. :)

hujung minggu ini adalah masa untuk diluangkan bersama keluarga yang tersayang.. jadi, peluang ini tak kan dang lepaskan.. untuk hujung minggu kali ni, dang dan keluarga telah pergi ke Sarikin, salah satu tempat yang ada di sarawak ni.. dari rumah dang lebih kurang 1 jam setengah gak perjalanan ke sana.. kalau semenanjung, diibaratkan macam dari melaka ke seremban.. :) jadi, korang mesti dapat mengagakkan perjalanan dang macam mane.. jalan semua lalu dekat kawasan kampung.. tak ada highway, ok?? hihi... dekat sini, macam-macam yang di jual.. lebih-lebih lagi barang-barang kraf tangan dari sarawak sendiri dan juga barang dari negara Indonesia, iaitu bandung.. :) kalau sampai kat kuching ni, kalau tak singgah sini, memang tak sah.. kira tak complete la perjalanan ke sini.. hihihi

dekat sini, masa terlalu awal berbanding semenanjung, jadi dang sampai kat Sarikin ni pun dalam pukul 11 lebih jadi matahari dah terpacak tegak dekat kepala.. dah macam pukul 12 tengah hari.. dalam berpeluh semua tu, tinjauan tetap di buat.. semua ditempuh dengan penuh ceria.. memang berpeluh sakan semuanya, lebih-labih lagi bila tengah membelek barang-barang, mengalir peluh.. memang betul2 terhidrat.. hoho... jadi, sebelum korang semua nak berkunjung ke sini, pastikan bawa topi, payung, sapu tangan, kipas, dan pkai la cermin mata.. ok?? ini adalah amaran keras.. hihihi... yang menjadi barang belian ialah,

TUDUNG SAJI BUATAN TANGAN.. mak dang yang punya..
KAIN ELA.. dari bandung, sbb ada nya sulaman yang cantik.. mak dan dang juga..
BEG.. menjadi milik deeba dan dang..
dan sebagainya.. banyak sangat nak senaraikan.. ni jela yang termampu nak bagi tahu...



dari pagi tak makan pape, jadi bila dah nak hampir ke petang plak baru balik dari Sarikin, memang semua kelaparan la kan.. dalam kereta mak dang dah bagi tahu, dapur cuti.. jadi, ayah dang terus bawa pergi makan ke Restoran RJ Ayam Penyet... restoran ni salah satu yang menghidangkan ayam penyet yang best.. ni 1st time dang cuba makan kat sini.. family dang dah pernah makan kat sini, jadi dorang la cadangkan singgah kat sini.. memang tak terkira sedapnya... yum2.. paling suka ayam berempah dia.. ppeerrghhhh!! sampai menjilat jari semuanya.. :) restoran dia pun cantik.. ala-ala klasik gitu...


muka berminyak sempat lagi bergambar.. hihi

inilah dia RJ Ayam Penyet.. nama menu ni.. :)
jadi, kalau korang singgah dekat sini, jemputlah datang ke restoran ni... :)


peace ;p

4 comments:

Hafizin Jamil said...

jalan2 sarawak jumpa kita cari dang eh..haha

Dang Intan Duka said...

HJ:

hahaha..
boleh2 je..tp jumpa dang anum la yer..
hahhahha

peace

Hizami Li said...

wow.
nampak sedap la!
:D

Dang Intan Duka said...

hizamirahim:

memang sadap..
adik siap tamba2 pinggan nasi lagi..
hihi


peace