Sunday 21 August 2011

Hajat Tercapai...

Haloha...

Salam petang dang ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa aktif dalam dunia blogging ni.. Sentiasa ceria dalam mewarnai dunia blogging.. Jadi jangan lupa juga untuk pertingkatkan amalan lagi untuk bulan yang baik ini.. 

Macam mana cuti hujung minggu korang ?? Walaupun dalam mood berpuasa, korang mesti ada plan kan.. Jangan disebabkan berpuasa, korang mempunyai pelbagai alasan... Mengakibatkan cuti hujung minggu korang menjadi suram... hihii.. 

Okeylah.. 
Pada hari ni, dang menemani mak dan ayah dang pergi ke Kedai Kek Lapis yang terkenal di Sarawak ni.. Mana lagi kalau bukan 
Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.. :) 
Ni pun baru je balik.. Selesai sahaja solat, terus update Mr.Bibi.. hihi.. Bila dah pergi kat kedai ni, korang faham-faham la yer.. Memang memborong kek lapis la kan.. Dah kata pergi kedai kek... Hari ini, memang ramai sangat pelanggan.. Myb, hari raya yang bakal tiba ni, semua saudara mara nak pos kek ke Semenanjung.. Atau ada yang menempah.. Memang sesak... Macam-macam ragam...

Bagi keluarga dang pula, lain plak ceritanya.. Tujuan membeli kek lapis disebabkan hajat ayah untuk memberikan ole-ole buat adik-beradik belah ayah dang.. Sebab tahun ni, kitaorang sekeluarga beraya di perantauan.. Jadi, sebagai tanda ingatan kek lapis dijadikan perantaraan untuk adik-adik ayah dang.. Bahagian mak dang dah selesai.. Untuk menjadi adil dan saksama, belah mak dang pun, kek lapis juga dijadikan ole-ole.. Minggu lepas dah pos... Settle 1 bab..

Untuk bahagian post-post ni, esok juga kena pos.. Sebab lepas je 22hb ni, pejabat pos dah tak buat untuk mengepos barang.. Biasalah kan, bila dah hujung-hujung puasa ni, memang banyak barang yang akan pihak pos mengepos barang.. Takut nanti barang tak sampai, kita sebagai pelanggan plak yang marah.. hohoho.. Itu dekat tempat dang, tak tahu la korang punya tempat macam mana plak kan.. Kepada sesiapa yang nak post barang, better pergi check secepat mungkin.. Jadi, tak ada la terlewat..

Untuk hari ni, hajat ayah dah tercapai... :) Alhamdullilah...



peace ;p


No comments: