Friday 9 September 2011

Salam Jumaat..

Haloha..

Waktu-waktu macam ni, semua lelaki yang beragama Islam berduyun-duyun mendekatkan diri ke masjid untuk solat jumaat.. Jangan melencong plak.. hihi.. Bagi perempuan yang bergelar isteri, bertungkus lumus untuk menyiapkan makanan tengah hari.. Mesti tak sabar untuk menjamu nanti.. Setiap orang ada rutin harian yang tersendiri.. 

Bagi dang, waktu macam ni dang hanya menunggu dirumah.. Memang hari-hari dok rumah.. Kat sini jarang keluar, sebab utama tak ada member.. Sebab lain, bagi dang duduk rumah memberikan ketenangan.. Kawan-kawan dang semua pelik, sebab dang boleh tahan dengan terperap dekat rumah je.. hahha.. Untuk hari ini tak ada sesi masak-memasak.. Kadang-kadang tabiat M tu muncul.. Sekarang ni dang hanya berehat sambil tengok tv.. Yon pun dah pergi masjid.. Makan tengah hari kali ni, makan roti je.. Kena saving.. Sebab nak balik dungun lagi, duet lagi.. Sebelum PTPTN masuk ni, kena berjimat dengan duet yang ada..

Makan malam nanti, nak makan ape yer ??? Hurmmm...



peace ;p

No comments: