Wednesday 2 November 2011

Khidmat Masyarakat.. Bereh !!! :)

Haloha..

Sabtu yang lalu (29 okt 2011), dang dan rakan sekelas terlibat secara langsung dalam khidmat masyarakat yang merupakan salah satu program under subjek PD iaitu Personal Develepmont. Subjek ni dibawah En.Ahamd. Walaupun cuaca yang tidak brapa nak cerah, hujan yang sentiasa menemani kitaorang, tetapi perjalanan program tetap berjalan dengan lancar. Program ni dijalankan di Kampung Balai Besar 1, Dungun. Tugas untuk hari itu hanya mengecat balai raya untuk bagi cantik dan membersihkan kawasan sekitar balai raya ni.. 

Jadi, sekarang ni dang biarkan klik-klik yang bercerita.. hihi

Wajah Balai Raya sebelum di selamatkan.. kuikui

taklimat sikit.. untuk smoothkan perjalanan.. :)
Ketua projek (dang) dan ketua biro program (paq)..


Sesi membersihkan habuk-habuk dijalankan sebelum sesi mengecat mengambil tempat.. 
Semua berganding bahu.. Bagus !!!








Dalam menyiapkan kerja cat mengecat ni, dibantu oleh wakil penduduk sini juga.. Selain dari dang yang akan memastikan tidak ada apa-apa masalah yang berlaku..


Dalam program ni, kebajikan jangan dilupakan. Setiap waktu makan, memang akan terhidanglah makanan yang telah dimasak oleh wakil penduduk. Korang jangan terkejut plak, bukan penduduk kampung je yang masak tapi wakil dari UiTM pun turut memberikan sumbangan tenaga dalam masak memasak ni.. Dang agihkan 3 orang wakil untuk sesi masak-masak ni.. Dan hasilnya memang terbaik.. hihihi







Selesai semua tugasan, acara kemuncak telah berlangsung. Majlis penutup ringkas ni dilakukan untuk mengucapkan ucapan terima kasih dari Pengerusi KRT Balai Besar kepada pihak dang sekelas.. :)


Dari Kiri:
Paq (Biro Program), Tok Anang, Cikgu Ya (Pengerusi KRT),
 Miss Nik (Pemantau UiTM), Dang (Ketua Projek)
Bacaan doa oleh Chas..
Wajah gembira Ketua Projek..
Pengerusi KRT, Cikgu Ya..


Ta da.... 
Inilah hasilnya setelah berpenat lelah menyiapkan tugasan.. hihihi



Dalam program kali ni, yang dang dapat kongsikan ialah semuanya memberikan kerjasama yang sewajarnya. Dang ucapkan tahniah dan sangat-sangat berterima kasih kerana memberikan sokongan padu yang tidak ternilai. Tanpa korang, memang susah program ni nak jalan..

Peringatan kepada semua, program ini belum berakhir lagi.. 
Untuk majlis penutup dang harap akan lebih baik dari sebelum ini.. hihi


peace ;p

No comments: