Sunday 1 January 2012

Kisah Baru Bakal Tercipta..

Haloha...

Seronok menyambut kedatangan tahun baru kali ini ?? Dang pasti mesti ramai yang menyambutnya dengan kemeriahan bunga api yang pelbagai warna kan..


Tapi bagi dang, tahun kali ni dang sambutnya agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya.. Secara kasarnya, tak sambut pun.. hohoho.. Sebab tak berminat sangat nak sambut-sambut ni.. Cukuplah memperbaharui setiap kelemahan diri untuk menjadi yang lebih baik.. Insyaallah..

Dalam pada itu, walaupun sambut secara sederhana, dang dan budak-budak kelas dang membuat sedikit doa selamat yang diadakan di rumah budak lelaki.. sambil-sambil tu ada la buat BBQ sekali... semua makanan dimasak secara berkumpulan.. Orang kata, dah diagihkan tugas.. Dang ni tak ada la pandai sangat masak-masak ni.. Hanya sekadar membantu apa yang perlu.. hihihihi

Malam tu juga dang diserang selesema teruk.. Ni gara-gara bakar ayam.. Dang ni sensetif sikit dengan bau-bau asap ni.. Memang perit la hidung dang menahan asap yang berkepul-kepul tu.. huhuhu.. Bila dah selesema, dang nak makan pun tak ada mood.. Hanya sempat menjamah sandwich, 2 ketul ayam bakar dan terus makan ubat selesema yang ditaja oleh Teha.. Terima kasih ye... :)


Dalam menyambut tahun baru ni, jangan lupakan terus tahun yang lepas (2011).. Dalam tahun lepas, banyak peristiwa yang berlaku dan memberikan pengajaran dalam hidup dang.. Di samping itu juga, ia mengubah dang menjadi seorang yang lebih berani.. Dan yang paling bermakna dalam hidup dang ialah hadirnya seorang insan di dalam hati dang... :)

Semoga tahun baru ini memberikan gambaran dan lembaran yang memberikan manfaat ke dalam diri dang.. Memperbaiki setiap kelemahan dan sentiasa maju ke depan..


peace ;p

No comments: