Haloha...
Muka berminyak sakan.. hehhee |
Dengan berbekalkan semangat yang berkobar-kobar... Ditambah dengan keyakinan yang tinggi, akhirnya kami (dang, eton, rozi) selamat menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu... Bukan tak pernah sampai ke sana, pernah cuma kali ni keadaan agak berbeza.. Kerana apa ??? Sebab Rozi yang memandu.. hihihi.. Selalunya kalau pergi tempat jauh-jauh ni, Erin yang akan memandu.. Tapi disebabkan hanya dang bertiga je yang ada di dungun time tu, Rozilah yang menjadi mangsa.. hehehe.. Lagi pun, dia excited nak jadi driver.. bak kata dia,
' Drive make me CRAZY.. ' hihihi
Pergi ke sana pun disebabkan ada urusan, jadi segan la nak susahkan orang lain.. Betul tak ?? Nak selesaikan kerja tu kejap je, selebihnya adalah meronda-ronda... hihihi... Lepas lepak kat dataran sebelah pasar payang, barulah bergegas balik.. Bukan untuk balik rumah, tapi terus ke Mesra Mall (MM) plak.. Sebab nak kejar time utk tengok movie masing-masing... Rozi dan eton tengok cerita John Carter, dan dang plak tengok The Lorex.. hehehehe..
Selepas tu, untuk selesaikan 1 lagi aktiviti.. Apa lagi, terus ke karoeke plak.. Melalaklah sorang dengan 5 lagu.. Sampai sakit tekak.. Eton macam biasa hanya menjadi pemerhati... Settle 10 lagu, barulah bergerak balik ke Dungun.. Sebelum pulang, lepak dulu dengan Chas.. Isi perut dulu.. Time tu, memang tak habis-habis chas nak korek rahsia mana kitaorang pergi.. hahhaa.. Akhirnya, dia dapat tahu jugak kot.. hohoho.. Balik dari kedai makan, turn dang pula memandu selepas 2 tahun tak memandu.. Korang berani ke naik dengan dang ?? Jeng... Jeng... Jeng... Alhamdullilah, selamat sampai ke rumah.. Cuma yang paling kelakar, dang terlupa nak buka lampu depan.. Adoi!!! Malu gila.. Nasib baiklah Chas bagi tahu.. huhuhu.. Kalau tak, sampai ke rumah gelap gelita kereta.. hohoho
Pengalaman pertama kali memandu di Dungun.. Lampu tak pasang...
Malu... malu... huhuhu
peace ;p
No comments:
Post a Comment