Tuesday, 26 June 2012

PENAMAT YANG MEMANG TIP TOP..

Haloha...

Apabila seseorang itu menerima teguran dari orang lain, BAIK.... Menerimanya dengan hati terbuka..
Kerana untuk menjadi manusia yang sempurna tidak mungkin akan terjadi.. 
Orang lain akan dapat melihat keburukkan diri sendiri tapi bukan diri sendiri.. Jadi, itulah perlunya ada teguran dari orang lain... Memang itu lumrah dalam adab menegur...

Tapi apabila tugasan atau amanah yang diberikan disalah ertikan oleh pihak lain,
memang perasaan terguris tetap ada.. 
Bukan kerana malu atau tidak berpuas hati apabila ditegur di khalayak ramai, 
tapi terkesima dengan cara orang yang menegur.. Pihak-pihak tertentu hanya nampak kesalahan sesetengah pihak sahaja manakala pihak yang sebulu dengannya hanya menutupkan mata sahaja.. 
Jika inginkan teguran dibuat secara keseluruhan, jangan pilih bulu untuk membuat teguran.. Ini hanya mendatangkan sikap kebudak-budakkan..
Walaupun hanya dikalangan pihak-pihak tertentu, tapi pihak ketiga atau keempat boleh nampak hal itu berlaku walaupun secara sembunyi, diam atau samar.. 
Bukan pihak-pihak yang lain tidak mampu nak menyuarakan isi hati mereka yang mereka pendamkan, tapi mereka fikir tidak perlu nak menjatuhkan sesama mereka disebabkan hal-hal yang kecil.. 
Jika menegur untuk sesuatu perkara yang akan mendatangkan manfaat akan datang, It's OK.. Tapi kalau menegur untuk kesalahan terhadap tugasan yang dibuat.. Ohhh.. NO!!!
 Tak dapat nak cakap la macam mana kan... 

Kalau nak memberikan maklum balas segala teguran yang berlaku, memang boleh secara detail tapi kerana kekanggan masa dan tiada sokongan yang selalu diberikan oleh teman-teman rapat, maka 
BERDIAM DIRI 
adalah lebih baik...

Empunya diri tidak ada sokongan VVIP atau seangkatan dengannya, tidak seperti sesetengah pihak..
Yang empunya diri ada hanyalah pengalaman yang nak dikongsikan dengan teman-teman yang sanggup menerimanya.. 
Tapi kalau itu juga disalah ertikan, maka dengan ini
Sampai disini sahaja penglibatan empunya diri dalam semua aktiviti... 
Diri ni dah penat untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik tapi habuk pun xda...
Cukuplah sampai disini sahaja..

Selepas ini, sesiapa yang berada di tempat empunya diri, janganlah jadi seperti diri ini yang
sentiasa TEGAS dalam menjalankan tugasan yang diberikan...
Jika kalian ada sifat tegas, tak semua orang boleh menerimanya.. 
Penamat untuk semester ini, memang TERBAIK...

Akan di ingat sampai bila-bila..
Terima Kasih SEMUA..
Anda memang pandai ........................................


peace ;p



p/s: hanya nukilan dari sekeping hati yang tidak pandai bermadah puitis..
tiada bersangkut paut dengan manusia yang masih hidup atau yang meninggal dunia..
 siapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedasnya...

No comments: