Tuesday 3 July 2012

SILA LANGSAIKAN...

Haloha...

Dalam tengah mood study ni, dang tetiba terfikir tentang hutang... 
" Aku ada hutang sape-sape ker ??? "
Hurm... Rupa-rupanya, orang yang hutang dang berlambak... Bila dah melibatkan hutang ni, dang sebagai pemberi hutang tak kanlah nak menagih-nagih hutang yang dipinjamkan.. Sepatutnya, orang yang berhutang tu, pandai-pandailah bayar.. Kalau setakat 2-3 ringgit ok lah lagi, tapi ni melibatkan puluh-puluh.. Kalau 2-3 orang yang pinjam macam tu, tak sampai beratus duit dang dekat penghutang... huhuhu..

Orang yang berhutang pun bukanlah jauh mana pun, rakan-rakan jugak.. Tapi bila jumpa je, boleh plak buat dek je.. Adakah orang yang berhutang ni lupa atau sengaja tak nak bayar... Dang ni hanya tengok je gelagat masing-masing... Dari cara tu, memang dorang tak nak bayar... Tak pun, nampak je dang, terus elak, kalau boleh tak nak bertembung langsung.. Nampak sangatlah memang tak nak bayar hutang kan... Kalau yang lupa tu, moga-moga bayarlah ye.. Ingat sikit awak tu berhutang dengan orang.. Dah la bab duit tu untuk makanan plak tu, so, faham-faham la ye... Nanti jadi darah daging...

‎6 Adab Orang Berhutang:

1. Tidak berhutang kecuali darurat.
2. Berniat (dan berusaha) untuk menjelaskan hutang.
3. Berusaha untuk berhutang dengan orang yang soleh.
4. Sesuaikan jumlah hutang dengan kadar yang termampu. Jangan berlebih-lebih
5. Melunaskan hutang pada waktunya dan tidak tertangguh-tangguh.
6. Membayar hutang dengan cara yang baik.


peace 


p/s: Sekarang tengah kering... huhuhu