Saturday 1 September 2012

Anak Kecil Itu...

Haloha...

23 tahun yang lalu, seorang anak kecil telah dilahirkan... Berkat didikan ayah mak, anak kecil itu kini sedang menghabiskan sisa-sisa pembelajaran sebagai satu tanggungjawab ke atas dirinya untuk masa depannya jugak... Bila makin meningkat dewasa, anak kecil itu tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan hidup yang telah dilakarkan di dalam kehidupannya.. Tak semuanya indah seperti dalam cerita-cerita dongeng yang selalu disajikan kepadanya semasa masih muda.. Dan tidak juga semuanya buruk seperti yang selalu diomong-omongkan oleh sesetengah orang.. 

Kini, anak kecil itu semakin berani dan belajar memahami cerita-cerita kehidupan yang terbentang luas ini... Ramai yang berada di sampingnya dan tidak kurang juga mencemburuinya... 
Itulah lumrah dunia yang perlu anak kecil ini tanggung sehingga ke akhir hayatnya... 

Keluarga menjadi pemangkin dalam kehidupannya untuk terus berusaha dan menjadi anak yang sentiasa menghulurkan pertolongan... Membantu adik-adik adalah tanggungjawab utama dalam keluarga...
 Menjadi anak/isteri/ibu yang solehah itu adalah impiannya... 
Hari itu bakal tiba tetapi belum ada lagi rezeki untuk ke peringkat seterusnya... Anak kecil ini tetap menunggu saat-saat bila tibanya hari bersejarah dalam kehidupan..

Alhamdullilah, anak kecil itu masih boleh bernafas sehingga ke hari ini... Syukur dengan keizinanNya, anak kecil itu masih boleh meraikan hari kemenangannya untuk melihat dunia yang penuh pancaroba ini... 

Semoga anak kecil itu sentiasa dilindungi olehNya..
Amin...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-23 Nurhidayah ( Dang Intan Duka)...



peace ;p


2 comments:

haslinda said...

happy birthday anak kecil. heeee :)

semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki yg halal oleh Allah SWT dan semoga sentiasa success dlm apa jua bidang yg diceburi :)

Dang Intan Duka said...

haslinda:

thanks linda.. hehhee
amin.. semoga segalanya dipermudahkan olehNya..hihi


peace