Haloha...
Fuhh.. fuhh.. Fuhh... Peerrgghh... Berhabuk sakan Mr Bibi ni.. hoho
Hari ni baru dang berkesempatan untuk menaip semula.. Sejak 2-3 minggu ni, dang sangatlah sibuk sehingga masa untuk blogwalking dan juga mengupdate blog terpaksa dibatalkan a.k.a dihentikan buat sementara waktu.. Niat dihati bukan nak melupakan terus Mr. Bibi ni, tapi dang perlu fokus kepada yang lebih mustahak lagi..
Sejak semester bermula, macam-macam yang dang perlu handle.. Selain tugasan harian sebagai pelajar, dang juga perlu menguruskan pelbagai program yang telah diaturkan untuk semester ni.. Tambah-tambah lagi, semester ni dang memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha 1 untuk satu program khidmat masyarakat dan juga untuk satu lawatan.. Memang tak menang tangan dibuatnya.. Tapi nasib baiklah dang mempunyai rakan sejawatan yang masing-masing membantu dan tolak ansur antara satu sama lain.. Tugas pun dah dibahagikan dengan saksama. Jadi tekanan sebagai setiusaha tu tak adalah terasa sangat.. Terima kasih kepada teman sejawatan dang iaitu Nad dan Eton sebab sama-sama menjalankan tugas.. hehehe
Lepas ni, kemungkinan besar adalah entry-entry terbaru dang yang dang nak kongsikan bersama.. Terutama sekali tentang aktiviti-aktiviti dang sepanjang program nanti.. Dalam hati tak sabar nak turun berprogram ni.. Dah lama sangat dang tak rasakan tu semua.. Sebelum-sebelum ni kalau cuti semester sahaja, memang muka dang muka program.. Macam-macam dang join.. Tak kisahlah persatuan dari mana pun.. tapi tu semua hanya tinggal kenangan...
Jadi, lepas ni jangan tak jenguk ye Mr. Bibi dang ni.. Lepas ni, macam-macam entry akan dang update..
Insyaallah..
Ok lah, selamat pagi semua... hehehe
peace ;p
No comments:
Post a Comment