Thursday, 22 November 2012

JMB : Episod 1

Haloha...

15-17 November yang lalu, dang terlibat di dalam 1 projek iaitu Program Khidmat Masyarakat: Jalinan Mesra Bakti dibawah subjek Projek Management dan digandingkan bersama dengan OPEMS.. Program ni melibatkan 33 pelajar yang terdiri daripada pelajar ijazah pengurusan operasi dan seorang pensyarah, Miss Raslina.. 

Ini adalah pertama kali dang melibatkan diri di dalam program anak angkat ni.. Dan ini juga pertama kali dang masuk area felda.. Dalam seumur hidup dang, tak pernah nak jejakkan kaki ke felda.. Bila diberi peluang, alhamdullilah, dapat juga mengenal cara kehidupan di felda ni.. Di kalangan warga felda, semuanya memberikan kerjasama yang baik.. Sebab Felda Kerteh 4 ni, selalu jugak menerima kunjungan dari IPTA/IPTS dari luar.. So, senanglah sikit nak bekerjasama... hehehe

Program ni berjalan selama 3 hari 2 malam.. Untuk hari 1, memang segan-segan dengan keluarga angkat.. Lebih-lebih lagi bila nak bahasakan diri dekat keluarga angkat dengan panggilan Ma & Abah... Untuk keluarga angkat dang, mereka bahasakan diri Ma & Abah.. Terbelit-belit jugaklah lidah nak sebutnya.. Yela, selalunya panggil Mak & Ayah je.. itu pun pada keluarga kandung.. Ni bila berangkat-angkat, memang segan la... hohoh... Tak biasa..

Bila sampai kat sini, hanya buat rutin harian je.. Bergaul mesra dengan keluarga angkat dan solat berjemaah di masjid.. Malam tu, tak ada aktiviti lagi.. Sebab bagi ruang untuk mengenal anak-anak UiTM dan keluarga angkat masing-masing... :)


Sebelum perjalanan, dekat 1 jam menunggu bas.. Setibanya di UiTM, bas yang kitaorang kena naik ialah bas sekolah.. Mak aih.. Memang lenguh 1 badan.. Sebab kondisi bas tu tak berapa nak elok.. hohoho

Eton, dang, mira, farhana, edora..
Sesi beramah mesra bersama Ma & Abah.. Lupa plak nak bagi tahu, untuk 1 rumah diperuntukkan 2-6 orang pelajar.. Ikut pada kemahuan keluarga angkat tu.. Macam dang, 1 rumah = 4 orang anak dara pinggitan.. hehehe.. Yang terdiri daripada dang, eton, rozi dan wani.. Kami berempatlah anak angkat kepada keluarga Pak Mat dan Kak Na.. (Ma & Abah)..


Mana keluarga angkat dang?? hehehe.. 
Saja tak nak tunjukkan lagi.. Kalau nak tahu, tunggulah next entry..
Untuk selanjutnya, dengan adik beradik angkat dang tunjukkan sekali.. hehehehe


peace ;p



No comments: