Thursday 14 February 2013

Pasar Serikin, Sarawak

Haloha...

Korang pernah pergi Wang Kelian ?? Padang Besar ?? Rantau Panjang ?? Bukit Kayu Hitam ??
Nama-nama di atas dang pasti korang pernah beli belah kat sana kan... Semua tu ada di Semenanjung... Tapi kalau di Sarawak, tak lain tak bukan adalah Pasar Serikin.. Pasar ni kalau korang nak tahu terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan.. Tengah-tengah garisan khatulistiwa lebih tepat lagi.. Jadi, selepas pukul 11 pagi tu, memang dah panas membahang.. Al-maklumlah tengah-tengah garisan kan.. Jadi, dang sarankan sesiapa yang berpeluang ke Sarawak, datanglah ke sini tapi kena datang pukul 8 pagi la.. Sebab tak berapa panas dan orang pun tak ramai lagi.. hehehe

Pasar ni dibuka hujung minggu je.. Dari pukul 730 pagi hingga 2 petang... Kebanyakkannya peniaga yang ada ialah datangnya dari Indonesia.. Dan barang-barang yang korang boleh dapati ialah barangan dari Indonesia dan Sarawak.. Harga berpatutan.. Tapi jangan lupa, bab tawar menawar ek.. hehehe.. Itu adalah wajib bagi kita sebagai pembeli... hehehe.. Kalau sesiapa nak buat buah tangan ke, apa ke.. Dang cadangkan pergilah ke sini.. Macam-macam boleh dijadikan hadiah.. heheh...

Dang juga dah 2 kali ke sini... Itu pun bila ada cuti panjang macam ni.. Kali ni dang pergi hanya temankan mak dang memborong pinggan mangkuk dan peralatan dapur je.. Kain batik harus.. hehehe.. Dan untuk hadiah bakal pengantin yang dang dah terima jemputan untuk ke kenduri, dang beli dekat sini juga.. Murah.. hehehe.. Hadiahnya kenalah rahsia dulu... hehehe





Jadi, kepada sesiapa yang belum lagi melawat pasar serikin ni, bolehlah jalan-jalan kat sini bila dah sampai ke Sarawak.. Sebab pasar ni adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi bila ke sini.. So, jangan lepaskan peluang taw.. hehehehe


peace ;p

2 comments:

cik chinta said...

ntah bile nk spi ni (:

Dang Intan Duka said...

cik chinta:

Insyaallah.. myb in the future..
heheehheh