Friday, 9 September 2011

Hasil karya Amatur..

Haloha..

Hari ni dang nak kongsikan bersama korang seorang blogger yang sentiasa aktif dalam melukis doodle dari pic kita sendiri.. Lepas Deeba request dari Acik, dang pun berminat plak.. Bukan apa, berminat nak tengok hasil dari pic dang plak.. Dah lama si Acik ni buat (25 Ogos 2011), sekarang baru dang berpeluang nak tunjukkan.. hihi..

Bila tengok hasilnya, teringat dang masa time diploma dulu.. Actually, dang pun pernah belajar jugak buat semua ni.. Tapi disebabkan kurang fokus (ayat coverline) hihihi, dang kurang mahir.. Lebih-lebih lagi, dengan lebih tepat dah banyak yang dang lupa dalam skill ni semua.. hahha.. 

Hasil dari coretan Acik..
Dang Intan Duka..

Jadi, kepada sesiapa nak request kat Acik ni, dialu-alukan..
Silalah..
Selamat Mencuba !!!



peace ;p

Salam Jumaat..

Haloha..

Waktu-waktu macam ni, semua lelaki yang beragama Islam berduyun-duyun mendekatkan diri ke masjid untuk solat jumaat.. Jangan melencong plak.. hihi.. Bagi perempuan yang bergelar isteri, bertungkus lumus untuk menyiapkan makanan tengah hari.. Mesti tak sabar untuk menjamu nanti.. Setiap orang ada rutin harian yang tersendiri.. 

Bagi dang, waktu macam ni dang hanya menunggu dirumah.. Memang hari-hari dok rumah.. Kat sini jarang keluar, sebab utama tak ada member.. Sebab lain, bagi dang duduk rumah memberikan ketenangan.. Kawan-kawan dang semua pelik, sebab dang boleh tahan dengan terperap dekat rumah je.. hahha.. Untuk hari ini tak ada sesi masak-memasak.. Kadang-kadang tabiat M tu muncul.. Sekarang ni dang hanya berehat sambil tengok tv.. Yon pun dah pergi masjid.. Makan tengah hari kali ni, makan roti je.. Kena saving.. Sebab nak balik dungun lagi, duet lagi.. Sebelum PTPTN masuk ni, kena berjimat dengan duet yang ada..

Makan malam nanti, nak makan ape yer ??? Hurmmm...



peace ;p

Korang Ada ???

Haloha..



Selamat malam..


peace ;p

Thursday, 8 September 2011

Putus Di Pertengahan Jalan..

Haloha..

Dalam cuaca yang mendung sekarang ni di Melaka, begitu banyak perkara yang berlaku.. Dang jugak tak terlepas dari terkena panahan cuaca ini.. Maksud yang lebih tepat ialah perasaan yang dang alami.. Hurmm.. Ingatkan panas sepanjang hari, rupa-rupanya tetap hujan yang turun.. Semua yang berlaku hanya sekelip mata.. Sangat pantas dan cepat..

Sepatutnya hari ni, genap sebulan perkenalan dang dengan seseorang yang berjaya mencuri hati dang.. Cukuplah hanya sekadar korang taw, Mr. SH.. Tapi disebabkan tuduhan yang tak sepatutnya yang telah dilemparkan dekat dang, maka perhubungan ini telah terputus ketika usia yang masih muda.. Bukan ini yang dang minta, tapi bila ini yang terjadi.. Dang terpaksa terimanya.. 

Walaupun susah untuk dang melepaskan insan yang dang sayang, tapi bila Mr.SH dah buat keputusan melepaskan dang.. Dang sangat terkejut dan tak sangka benda ni jadi.. Kalau dah lepaskan, takpe.. Tapi yang dang tak puas hati, kenapa perlu ada maki-makian yang tak sepatutnya dang terima.. Bukan dang tak cuba untuk mempertahankan perhubungan ni, tapi Mr.SH tak bagi peluang langsung dekat dang untuk memberitahu penjelasan dang.. Betul kata orang, masa bercinta semua sedia terima seadanya.. Namun,bila ada masalah, yang jadi mangsa hanya seorang.. Bila dah jujur, benda lain plak yang jadi.. Dugaan.. Dugaan.. Aiiihhh.. Dang hanya ambil kata positif, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Dia bukan yang terbaik untuk dang.. Itu je yang dang pegang..

Prinsip dang senang.. 
Bila seseorang itu dah mengkhianati, dang tak kan terima semula.. 
Dang tak sanggup lagi disakiti.. 

Memang susah dan malu nak luahkan, sebab sakit tanggung sorang-sorang.. Tapi, nasib baiklah dang ada teman yang sentiasa bersama dang walau dalam apa keadaan sekali pun.. Hani, CK, dan MN.. terima kasih dang ucapkan sebab sentiasa bersama dang.. Sanggup dengar luahan sebak dari hati dang.. huhu

Hari ini juga, dang bermula dengan satu azam yang baru... 
Tidak akan sesekali menyesal dengan apa yang terjadi..
Chaiyok2 !!!


peace ;p


p/s: 
Maria dan Arin.. 
Sori beb.. Dang tak dapat nak kenalkan korang dgn teman dang.. 
Putus Di Pertengahan Jalan lagi.. :'(

Perangai macam pepijat.. HISAP DARAH !!!

Haloha..

Tepat pukul 6.15 pagi tadi, dang dah selamat berangkat ke Semenanjung bersama sahabat dang, Fifi.. Setibanya di LCCT, terus menuju ke kaunter bas untuk beli tiket plak.. Destinasinya adalah Melaka Bandaraya Bersejarah.. hhihi.. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.. Yang dang nak kongsikan ialah kejadian yang berlaku kat Melaka Sentral..

Untuk pulang ke rumah, terpaksalah naik teksi.. Disebaban kawan Fifi tak dapat nak ambil.. Korang tahu, memang cekik darah betul bayaran yang dikenakan.. Untuk sampai ke rumah dang yang selalunya tambang RM 30, naik menjadi RM 40.. Memang tak masuk akal langsung..

Dang terus je cakap, 
" Bukan selalunya pergi ke terendak permai, hanya RM 30 je ke ?? "
Pak cik teksi, 
" Ala... Tiket kapal terbang bolah bayar ratus-ratus.. Tak kan RM 40, tak boleh.. "
Dang, 
" Mahal sangat la.. Student la pak cik.. "
Pak cik teksi, 
" RM 32.. Last... RM 2 sebab duet parking pak cik.. "
Dang, 
" Yela... "

Hampeh betul.... Geram gila naik teksi macam tu... Apa kena mengena tiket flight dengan teksi ?? Tak paham betul dang...


peace ;p

Tuesday, 6 September 2011

Terima Kasih Teman..

Haloha..

Fuhhhhh !!!! Fuuuhhh !!! Berhabuk gila Mr.Bibi ni.. Sori la yer, dang dah lama tak jenguk... Hanya dapat peluang untuk blogwalking je.. Banyak yang dang nak kongsikan dengan kawan-kawan.. So, sentiasa bersama dang.. hihihi.. Terima kasih jugak dang ucapkan sebab sentiasa sudi terjah-terjah blog ni.. :)



Comel tak ??? 

Untuk pengetahuan semua, ini adalah hadiah yang dang dapat dari teman lama dang time sekolah menengah dulu kat Penang iaitu Linda.. Dia lukiskan doodle untuk dang sempena hari lahir dang pada 1 Sept yang lepas.. Memang teruja dang tengok hasil doodle dia.. Dia pun masih lagi baru belajar untuk buat semua ni.. 
Pape pun, syabas dang ucapkan kepada Linda sebab hasilnya cukup cantik.. hihi.. Dang siap komen lagi, minta dia lukiskan doodle couple.. hihi.. So, tunggukan kemunculannya.. hihi

Dang ucapkan terima kasih kepada Linda kerana sudi menghadiahkan doodle yang sweet ni.. 
Walaupun hadiah hanyalah di alam maya, tapi tetap membuatkan hati dang tersentuh.. 

" Sahabat Selamanya... "


peace ;p

Thursday, 1 September 2011

Dalam menyambut Aidilfitri, HARI TUA juga turut diraikan..

Haloha.. 

Baru masuk hari ketiga raya ni, perut dah macam nak meletup dibuatnya.. Rumah terbuka berturut-turut sampailah hari Sabtu ni.. Memang penuh jadual untuk menaikkan berat badan yang dah lama mantain slim ni.. hihi.. 

Bukan apa, bila dah jauh dari keluarga dan sanak saudara, dengan kawan-kawan la kita patut berkumpul kan.. Begitu jugak la dengan dang dan keluarga.. Dekat sini, dang banyak menziarahi rumah kawan-kawan ayah dang.. Sebabnya, hanya kami-kami sahaja yang tinggal di Kuching ni dan tak balik ke Semenanjung.. hoho..

Pada raya kali ini juga, sambutan Hari Lahir dang turut diraikan.. hihi.. Macam budak kecil je kan.. hihi.. Bukan apa, sebagai penutup dalam ahli keluarga yang tua bulan, apa salahnya sambut.. Lagi pun dang teringin nak makan kek coklat (Secret Recipe), so alang-alang tu bodek la ayah dang untuk beli time birthday dang ni.. hihi.. Kejam kan ?? Dan untuk kelainannya, dang juga sambut di rumah terbuka kawan ayah dang.. Sebab apa ?? Kalau nak tahu, untuk hari ini, turn kawan ayah dang buat rumah terbuka.. Jadi, kawan ayah dang tu jugak buat doa selamat.. So, dang pun tumpanglah sekaki.. :)

Sebelum pergi, kena posing dulu bersama kek.. hihi

Baru balik dari beli kek.. berposing terus.. hahha
meleleh air liur.. hahha
merangkap orang gaji.. packing ole-ole untuk budak-budak.. hihi

Selesai sahaja doa selamat, dang terus terjah kat bahagian kek.. Sesi memotong kek.. 
Takde nak nyanyi-nyanyi.. Makan terus je.. hihi

dang dan fifi.. ;p
penuh kusyuk.. hihi

Credit kepada Asyraaf, memang terbaik tangkap pic candid.. haha



peace ;p