Tuesday, 25 October 2011

Hidup Program..

Haloha..

Antara lagu dan melodi tidak dapat dipisahkan..
Begitu jugak lah, program dalam hidup dang tidak dapat dipisahkan.. 
Lebih-lebih lagi bila berjauhan..hihi

Hari ini dah masuk kali ke berapa ntah dang buat meeting untuk update perkembangan anak-anak buah dang.. Setiap progres yang diberitahu akan memberikan banyak perubahan untuk perjalanan program khidmat masyarakat yang bakal dijalankan. Setakat ni alhamdullilah, berada dalam keadaan terkawal. Dalam meeting tadi, semua AJK faham untuk tugas masing-masing. Dang hope sangat bila tibanya hari program, semuanya berjalan lancar. Masanya pun tak lama lagi ni.. Dalam beberapa hari sahaja je lagi.. hohoho

Dari apa yang dibincangkan tadi, semua persiapan sudah siap. Yang tinggal hanya bahagian dokumentasi untuk tag nama, banner dan pamplet. Bukan apa, walaupun program ni nampak simple tapi bila melibatkan orang-orang besar ni, protokol kena ambil berat jugak.. Dah la ni 1st time dang uruskan untuk khidmat masyarakat, jadi banyak ilmu yang dang belajar dalam menguruskan program macam ni. hihihi..


Aihh !!! Ucapan untuk hari program tak buat lagi ni.. hohoho..
Kena cool ni.. :)


peace ;p

Monday, 24 October 2011

Uji Pendengaran..

Haloha..

Senyap.. Teliti.. Fokus..
Itu yang utama untuk skill pada malam ni..

Hope dapat dengar dengan baik..



peace ;p

Sunday, 23 October 2011

Quality Explorace Vs Quality Challenges..

Haloha..

Hari ini baru ada kudrat untuk update aktiviti yang dang join semalam. Untuk pengetahuan, yang dang mandi hujan semalam disebabkan terlibat dalam explorace.. Bayangkan dalam hujan yang lebat plus renyai tetiba, dang dan group main redah je. Selamba badak yer.. hahah.. Dah lama tak terlibat dalam aktiviti macam ni, krem gak ar kaki-kaki ni.. Urat kaki mengembang, bak kata orang dulu.. Tu la, selalu sangat buat senaman atas katil macam ni la jadinya.. hihihi..

Aktiviti semalam terbahagi kepada 2 game.. 1 untuk explorace dan 1 lagi untuk challenges. Dang secara beralahnya masuk explorace sebab ramai sangat nak masuk challenges jadi sape je yang nak masuk exploracekan.. Betul tak ?? Ni under subjek dibawah kelolaan Madam Nik, jadi secara rasminya budak part 5 la yang menguruskannya..

Kenapa dalam aktiviti ni ada nama QUALITY ?? 
Kalau nak tahu, ni salah satu subjek yang budak-budak operation belajar.. 
So, memang sesuai sangat la buat setiap aktiviti diletakkan Quality di awalnya.. 

Dalam Quality Explorace, kalau tak jogging ke, lari-lari anak ke memang tak sah yer kawan-kawan.. So, boleh dikatakan 1 kampus gak la meronda. Korang bayangkan, ada 9 check point yer.. Memang terbaik !!! Cabaran yang paling dang tak boleh lupa kena buat kelim karipap. Memang besar kecik besar kecik la kan kelim tu jadi. Dulu mak suruh buat karipap lari, sekarang baru rasa penangannya.. Makan je dang tahu la.. hahah..

Untuk Quality Challenges plak, ada 3 bahagian iaitu design cup cake, jahit manik dan juga bina menara dari straw.. Cuba bayangkan kalau dang masuk, memang kelakar sangat yer.. Bukan tak minat buat tu sume, tapi lebih afdal kalau tak masuk.. Better bagi budak-budak kelas dang yang lagi power dalam bab-bab ni.. hihi

Malas dah nak taip panjang-panjang, turn to candid time.. !!!


Salah satu check point..
Group 6.. The Best !!!

Group 6 dan 8.. :)




Bersama penasihat, Madam Nik..
DEJAVU kembali bersama..

Cup cake yang menjadi hamparan.. hihi
masing-masing dengan hadiahnya.. hihih

Minggu depan ada lagi aktiviti yang bakal dijalankan..hihi
Minggu-minggu yang sangat padat dan sibuk..


peace ;p

Giveway By Marliyana Mk..

Haloha..

Selepas di tag olah adik dang, Deeba.. terpaksalah dang mengjoinkan diri ni.. 
Bagi sokongan terhadap blogger-blogger yang buat GA ni..

 


Tag kepada :

Areen
Eton
Ieqa


peace ;p

Saturday, 22 October 2011

Short Entry..

Haloha..

Best dapat mandi hujan, 
lari-lari macam dalam filem hindustan.. 
Cuma tak sempat guling-guling je.. hihi.. 
Apa yang terjadi ??


peace ;p

Friday, 21 October 2011

Kritikkan @ Komen

Haloha..

Semester ni, dang amik subjek untuk presention skills.. Semestinya, kawan-kawan dang yang tengah belajar pun, mesti dah amik atau pernah amik subjek ni. Yang dang nak ceritakan adalah kritikkan yang membina yang telah disuarakan oleh pensyarah dang iaitu Miss Syam..

Setiap minggu kitaorang akan buat presention selama 2 minit. Walaupun hanya dalam masa 2 minit je, tapi dang tetap jugak gabra semacam. Siap sejuk beku la. hihihi.. Masuk minggu ni, dah 2 kali dang kena present. Minggu pertama dulu, present tentang My Self, itu pun cakap dah terketar-ketar.. Berterabus habis.. Yela, 1st time bercakap kat depan Miss Syam.. Mana tak cuak kan..

Title Presention : Wayang Kulit
Macam minggu ni, topik bebas. jadi, dang pilih topik berkenaan Wayang Kulit. Untuk kali ni, Miss Syam lebih fokuskan pada eye contact.. Jadi, memang menghafal la dang.. Untuk rangkap pertama smooth je cakap, masuk baris yang 6 7.. Mulalah dah berterabur.. Tak ingat ayat nak cakap.. haha.. time tu, terus usha-usha notes.. Selesai present, Miss Syam terus komen tentang presention dang untuk bahagian eye contact.
Miss Syam cakap,
" pada permulaan dang ok.. Bagus dalam eye contact, bila dah pertengahan, eye contact tu dah takde sebab myb tak hafal.. dan mula tgk note.. "

Sekarang ni, dang dah tahu mana yg tak kena..
Jadi, dang akan tingatkan segala serbi sebelum kena buat
presention 1 bagi mark 40 %..
banyak tu..


p/s: next week, present selama 2 minit gak tapi tajuk dah diberi.
Yang berbezanya, kena masukkan penggunaan kata plak..
(metafora, simili, anafora dan sebagainya)


peace ;p

Monday, 17 October 2011

Aktiviti Hujung Minggu: Mandi manda Di Menderu, Kerteh

Haloha..

Cuti kali ni memang memberikan semangat berpasukan yang mantap.. Sebab apa dang cakap macam tu. Inilah sebabnya. Dengan bertolaknya 6 buah kereta dari Dungun terus meluncur laju ke Kerteh. Tempat yang dituju ialah air terjun Menderu. hihihi... Dah lama dang mengidam nak mandi air terjun, lepak-lepak dekat sungai.. Biasalah orang bandar yang jarang dapat menikmati keindahan alam ni memang "perak" sikit kalau berpeluang pergi ke tempat-tempat macam ni.. Dang lah salah seorang darinya.. Tempat ni memang bersih.. Masih lagi terjamin dari kekotoran yang biasa. Boleh lagi dibuat minum air sungai ni. Jernih sangat sebab boleh nampak ikan dalam sungai yer.. Air sungai sejuk rasanya sampai ke tulang.. :) Keadaan time tu memang menyegarkan dan menyamankan.. Rindunya nak pergi lagi ke tempat tu.. 

Seramai 30 orang lebih kurang macam tu yang join perkelahan ni. Semuanya ialah budak-budak kelas dang. Memang tak sangka dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Tapi ada la 2 3 ketul yang tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. 

Menu utamanya untuk perkelahan ialah ayam bakar, bihun goreng, laksa, sosej bakar dan keropok-keporok semuanya memang terhidang.. Masak-memasak memang diserahkan kepada tugas budak perempuan la kan. Tapi dang terkecuali. hihi.. Kenapa?? Itu biarlah rahsia.. haha.. 


sebelum nak nyalakan api, 1 lagu dlu.. haha
cepat je api dah nyala.. memang terbaek..

my soulmate..
eton, rozi, erin dan dang..

yang menjayakan trip kali ni.. hihi
Rindunyer..
Selesai berkelah, terus menuju ke MM.. Cadangnya hanya untuk makan je. Tup-tup pergi plak karok. Memang best la kan.. Apa lagi bila kepala gila dah datang, cadangan plak dang yang utarakan, memang da bom la jawabnya.. haha.. Semua orang sumbang beberapa lagu, sampai serak la suara-suara yang ada ni. Next plan, bowling plak.. hahha.. 7 orang je yg main sebab yang lain dah balik.. Tinggal orang-orang terpilih je untuk membuang masa dekat MM ni lagi.. :p

Settle 1 plan, rancang terus plan lain..
Bowling time.. :)

Walaupun dang tewas dalam perlawanan bowling, tapi dang tetap menang pada hari itu. Sebabnya hasrat dang tercapai untuk bersama-sama budak-budak kelas dan dapat mandi di air terjun..

Nasib baiklah tak ada pape yang berlaku, 
kalau tak jenuh gak dang nak cover..
Pergi tanpa pengetahuan family..
Sori yer mak ayah..
Tak ada niat nak rahsia tapi ni tipu sunat.. 
hohoho


peace ;p