Tuesday 25 October 2011

Hidup Program..

Haloha..

Antara lagu dan melodi tidak dapat dipisahkan..
Begitu jugak lah, program dalam hidup dang tidak dapat dipisahkan.. 
Lebih-lebih lagi bila berjauhan..hihi

Hari ini dah masuk kali ke berapa ntah dang buat meeting untuk update perkembangan anak-anak buah dang.. Setiap progres yang diberitahu akan memberikan banyak perubahan untuk perjalanan program khidmat masyarakat yang bakal dijalankan. Setakat ni alhamdullilah, berada dalam keadaan terkawal. Dalam meeting tadi, semua AJK faham untuk tugas masing-masing. Dang hope sangat bila tibanya hari program, semuanya berjalan lancar. Masanya pun tak lama lagi ni.. Dalam beberapa hari sahaja je lagi.. hohoho

Dari apa yang dibincangkan tadi, semua persiapan sudah siap. Yang tinggal hanya bahagian dokumentasi untuk tag nama, banner dan pamplet. Bukan apa, walaupun program ni nampak simple tapi bila melibatkan orang-orang besar ni, protokol kena ambil berat jugak.. Dah la ni 1st time dang uruskan untuk khidmat masyarakat, jadi banyak ilmu yang dang belajar dalam menguruskan program macam ni. hihihi..


Aihh !!! Ucapan untuk hari program tak buat lagi ni.. hohoho..
Kena cool ni.. :)


peace ;p

No comments: