Sunday, 28 August 2011

Salam Aidilfitri..

Haloha..


Dang ucapkan kepada keluarga dang dan juga kepada keluarga sebelah pihak lelaki.. Saudara mara dang yang berada di Semenanjung tu.. 
Jangan lupa, duit raya masuk bank... hihi..

Tahun ni, dang dan keluarga tidak dapat beraya bersama di sana.. 
Mohon maaf segala salah dan silap yang telah dilakukan secara langsung atau pun tidak.. :)


Kepada sahabat handai, teman-teman blogger, dan sesiapa yang mengenali dang.. Dang tidak akan lupakan korang.. Terima kasih kerana sentiasa bersama dang.. Kepada sesiapa yang berada di sarawak tu, mai la datang rumah dang.. Terbuka untuk semua..

Semoga syawal yang bakal tiba ini akan membawa seribu satu keberkatan di dalam setiap perjalanan hidup kita..


Dan tidak lupa juga kepada Mr.SH dang yang jauh di mata tapi dekat di hati.. 
Semoga syawal tahun ini akan memberikan kita Hidayah dan memberikan ketenangan jiwa.. 
Semoga hubungan yang terjalin di bulan yang mulia ini berkekalan.. 
Jika ada salah dan keterlanjuran bahasa, sayang ingin memohon maaf..



peace ;p

Friday, 26 August 2011

Ayah !!!!!!!!!!

Haloha... 

Seperti mana yang sedia maklum, hari ini adalah Hari Lahir ayah dang.. 
Mesti korang ada baca entry tu kan.. Kalau ada yang terlepas, 
boleh la terjah di sini..


Dang dan adik-adik ingin mengucapkan 

Selamat hari Lahir kepada ayahanda yang tercinta.. 
Terima kasih di atas segala penat lelah ayah untuk menjaga segala keperluan kami adik beradik.. 
Semoga ayah panjang umur dan sentiasa dirahmati oleh Nya..


peace ;p


p/s: dang segan nak cakap depan-depan, pagi tadi time ayah pergi kerja, dang hantar mesej.. hihi
apa punya anak la.... hohoho

Thursday, 25 August 2011

T.E.R.S.E.N.T.A.P

Haloha..


" Lepas ni, kalau sayang nak on9 ker, nak wat apa pun.. Buatlah...
 Abang tak kisah.... "


Apakah ??


peace ;(

GiveAway From MOSCOW by Miszlullaby..

Haloha.. 

Hari ni, dang telah di tag untuk join contest dari salah seorang blogger yang sekarang ni sedang menamatkan pengajiannya di Moscow.. Kira sekarang ni tahun terakhir akak Misz ni la.. hihi.. Bilalah giliran dang untuk ke luar negara plak kan.. Aih !! Tak habis-habis berangan..

Hadiahnya lumayan.. Sebab datangnya hanya dari tempat akak Misz ni je.. Tak kan boleh cari kat tempat lain sebab jauh.. Plan dang nak melancong ke Ireland atau Denmark, tapi sekarang ni dapat buah tangan dari Moscow pun ok gak pe.. hihi.. 



So, apa tunggu lagi ??

Di tag:


peace ;p

5 - 2 ???

Haloha..

Hari ni time untuk berbuka, dang dan adik-adik dang sahaja (Deeba dan Asyraaf).. Hanya bertiga.. Selalunya berlima tapi kali ni kurang sikit korumnya.. hoho.. Mak dan ayah dang berbuka di tempat kerja ayah dang... Ada jamuan berbuka.. Di samping tu, ada orang penting datang sini jadi kenalah sambut sekali... Selama 2 hari ni, kitaorang akan berbuka bertiga je.. Kitaorang okey-okey je.. Sebab dah biasa dan faham..

Terdetik dalam hati dang.. Walaupun nampak macam biasa je, tapi tetiba terasa gak kehilangan bila berbuka dengan adik-adik je.. Dalam berbuka tadi, dang dan adik-adik semua makan sepinggan sorang.. Selalunya, kalau time berbuka WAJIB tambah 2 pinggan sorang.. Lauk-lauk yang simple dan fav pun akan jadi tak best bila makan bertiga.. Tu la perbezaan kalau kita berbuka tanpa mak ayah.. Kalau ada mak ayah, kitaorang boleh dikatakan berlumba-lumba untuk tambah paling banyak.. Memang semua berselera... 

Cube korang bayangkan kalau korang tinggal dengan adik-adik je.. 
Nauzubillah !! Dang memang tak dapat bayangkan... Memang sunyi je la..
huhuhuhu


peace ;p

Wednesday, 24 August 2011

Utusan Raya..

Haloha..

Alamak !!! Dah pukul 12 lebih sekarang ni... Rasanya tak terlewat lagi ni nak pergi pejabat pos.. Walaupun ramai orang ke, atau kena beratur sampai luar pejabat pun, dang tak kisah.. Apa yang dirancang mesti kena wat gak.. Sempat atau tak je.. ??? huhuhu.. 

***** Beberapa jam kemudian...... *****

Fuhhh !!! Lega gila... hihi.. Nasib menyebelahi dang... Poskad raya yang dang kirimkan dekat mak, minta dipos dah settle.. Jadi, bolehlah malam ni dang tidur dengan aman.. Bukan apa, kalau lambat-lambat pos poskad, nanti poskad raya tu dah tak meriah.. Bak kata orang, feel tu dah kurang... hihihi.. 

Tahun ni, dang hanya hantar poskad je.. Tak banyak yang dikirim.. Itu pun ternampak kat pejabat pos, gara-gara asyik pos barang je bulan ni.. Sebabkan murah, ringkas dan cantik.. Lagi pun siap setem, senang la sikit kerjanya.. Jadi dang beli gak.. Memang rambang mata time-time macam ni.. 

Kepada rakan-rakan yang tak dapat poskad raya tu, janganlah marah atau terkecil hati taw.. Dang ni bukanlah kerja cop duit, jadi hanya termampu je... Bukan apa, nanti korang akan dapat mesej raya.. hihi.. Tunggu !!!! 


Salam Syawal....

peace ;p

Monday, 22 August 2011

3 Serangkai..

Haloha.. 

Tahun ini, kita akan menyambut tiga perkara secara tak langsung.. 
Betul tak ?? Pertama ialah sekarang ni, menyambut bulan Ramadhan.. Kedua, bakal tiba ini ialah Hari Kemerdekaan negara kita dan yang terakhir ialah menyambut Hari Raya yang akan menjelang tak lama lagi.. 3 Serangkai kan.. hihi

Bagi keluarga dang pula, 3 Serangkai juga disambut setiap tahun.. Ini kerana adik-adik dang iaitu, Yon (adik kedua) dan Asyraaf (bongsu) bersama ayah akan menyambut hari kelahiran.. Unik kan?? Dalam keluarga dang, yang lelaki semua lahir pada bulan yang sama iaitu Ogos.. Bulan yang penuh makna.. 

Walaupun dah terlewat untuk dang ucapkan Selamat Hari Lahir kepada kedua-dua adik dang, tapi mereka tetap dalam ingatan dang.. 
Pada tanggal 11 Ogos 1992, Yon telah dilahirkan.. Kini, dah jadi bujang trang tang tang lagi.. hohoho.. Tahun ni, dia nak ambil STPM.. Semoga berjaya dang ucapkan.. Risau plak dang.. Tahun ni jugak, kitaorang tak beraya bersama dengan Yon.. Dia beraya dekat Semenanjung dan dang sekeluarga beraya di Kuching.. Bila diajak beraya kat sini, dia menolak.. Mesti korang cakap kejam kan ?? Bukan apa, lepas je raya ni, dia terus ada trial.. Jadi, takut tak ada masa nak tengok-tengok mana yang patut.. Itu adalah sebabnya.. Lagi pun, lepas beraya dekat sini, dang akan balik ke semenanjung.. Jadi, ada masa untuk jenguk Yon sekejap sebelum dang pulang ke Dungun nanti.. 

Adik bongsu dang, Asyraaf dilahirkan pada 14 Ogos 2001.. Bila bongsu, korang faham-faham la yer.. Manja dengan mak memang nombor 1.. Siap kitaorang bagi gelaran lagi dekat dia, ANAK MAK.. hihi.. Bila dia dengan Deeba, adik dang ketiga tu, memang macam anjing dengan kucing.. Tak pernah nak ngam langsung.. Kadang-kadang tu, si Deeba boleh merajuk gara-gara bercekau dengan Asyraaf.. Sekarang ni pun sambil dang update blog, ngah bercekau.. hahha.. Dang dekat situ, gelak kan je.. Sebab tahu, masing-masing memang suka menyakat.. hahha.. Lawak pun ada bila tengok gelagat adik-adik ni.. Dia dengan dang agak serasi.. Sampaikan, kerja sekolah dia pun dang akan buat terutama sekali dalam subjek pendidikan seni.. Dia ni plak pandai " Jet "... Jadi, nak tolak tu, mak aih !!!! Memang tak sampai hati la.. haha.. Subjek lain, dang pantau je.. Sebab dalam bab mengajar nie, dang memang garang.. Siap boleh meleleh dia dang kerjakan.. hahha.. 

Hari Lahir yang bakal tiba tak lama lagi ialah ayah dang.. 
Beliau lahir pada 26 Ogos 1963.. Dulu, time dang kecik-kecik, memang garang gila.. Mengalahkan singa lapar la.. Sekarang ni tegas tu tetap ada, tapi ada sedikit cool.. Biasalah, bila umur dah lanjut ni, garang ayah tu kurang sikit.. Tapi, kitaorang adik beradik tetap takut.. hahha.. Tapi bila bab merapu, memang kitaorang boleh ngam dengan ayah.. Kira sama-sama masuk air la.. hihihi.. Dang doakan semoga ayah dang diberikan kekuatan dan kesejahteraan dalam hidup.. :)

Gambar raya tahun lepas dekat rumah melaka.. Tahun ni, gambar raya takde.. 
Sebab tak cukup korum.. huhu..

Ayah bersama Yon..


Si bujang dan Bongsu.. hihihi.. Bajet je.. 



p/s: 
Untuk penutup sambutan hari lahir dalam keluarga ialah...... 
TUNGGU !!! hihihi


peace ;p