Monday, 22 August 2011

3 Serangkai..

Haloha.. 

Tahun ini, kita akan menyambut tiga perkara secara tak langsung.. 
Betul tak ?? Pertama ialah sekarang ni, menyambut bulan Ramadhan.. Kedua, bakal tiba ini ialah Hari Kemerdekaan negara kita dan yang terakhir ialah menyambut Hari Raya yang akan menjelang tak lama lagi.. 3 Serangkai kan.. hihi

Bagi keluarga dang pula, 3 Serangkai juga disambut setiap tahun.. Ini kerana adik-adik dang iaitu, Yon (adik kedua) dan Asyraaf (bongsu) bersama ayah akan menyambut hari kelahiran.. Unik kan?? Dalam keluarga dang, yang lelaki semua lahir pada bulan yang sama iaitu Ogos.. Bulan yang penuh makna.. 

Walaupun dah terlewat untuk dang ucapkan Selamat Hari Lahir kepada kedua-dua adik dang, tapi mereka tetap dalam ingatan dang.. 
Pada tanggal 11 Ogos 1992, Yon telah dilahirkan.. Kini, dah jadi bujang trang tang tang lagi.. hohoho.. Tahun ni, dia nak ambil STPM.. Semoga berjaya dang ucapkan.. Risau plak dang.. Tahun ni jugak, kitaorang tak beraya bersama dengan Yon.. Dia beraya dekat Semenanjung dan dang sekeluarga beraya di Kuching.. Bila diajak beraya kat sini, dia menolak.. Mesti korang cakap kejam kan ?? Bukan apa, lepas je raya ni, dia terus ada trial.. Jadi, takut tak ada masa nak tengok-tengok mana yang patut.. Itu adalah sebabnya.. Lagi pun, lepas beraya dekat sini, dang akan balik ke semenanjung.. Jadi, ada masa untuk jenguk Yon sekejap sebelum dang pulang ke Dungun nanti.. 

Adik bongsu dang, Asyraaf dilahirkan pada 14 Ogos 2001.. Bila bongsu, korang faham-faham la yer.. Manja dengan mak memang nombor 1.. Siap kitaorang bagi gelaran lagi dekat dia, ANAK MAK.. hihi.. Bila dia dengan Deeba, adik dang ketiga tu, memang macam anjing dengan kucing.. Tak pernah nak ngam langsung.. Kadang-kadang tu, si Deeba boleh merajuk gara-gara bercekau dengan Asyraaf.. Sekarang ni pun sambil dang update blog, ngah bercekau.. hahha.. Dang dekat situ, gelak kan je.. Sebab tahu, masing-masing memang suka menyakat.. hahha.. Lawak pun ada bila tengok gelagat adik-adik ni.. Dia dengan dang agak serasi.. Sampaikan, kerja sekolah dia pun dang akan buat terutama sekali dalam subjek pendidikan seni.. Dia ni plak pandai " Jet "... Jadi, nak tolak tu, mak aih !!!! Memang tak sampai hati la.. haha.. Subjek lain, dang pantau je.. Sebab dalam bab mengajar nie, dang memang garang.. Siap boleh meleleh dia dang kerjakan.. hahha.. 

Hari Lahir yang bakal tiba tak lama lagi ialah ayah dang.. 
Beliau lahir pada 26 Ogos 1963.. Dulu, time dang kecik-kecik, memang garang gila.. Mengalahkan singa lapar la.. Sekarang ni tegas tu tetap ada, tapi ada sedikit cool.. Biasalah, bila umur dah lanjut ni, garang ayah tu kurang sikit.. Tapi, kitaorang adik beradik tetap takut.. hahha.. Tapi bila bab merapu, memang kitaorang boleh ngam dengan ayah.. Kira sama-sama masuk air la.. hihihi.. Dang doakan semoga ayah dang diberikan kekuatan dan kesejahteraan dalam hidup.. :)

Gambar raya tahun lepas dekat rumah melaka.. Tahun ni, gambar raya takde.. 
Sebab tak cukup korum.. huhu..

Ayah bersama Yon..


Si bujang dan Bongsu.. hihihi.. Bajet je.. 



p/s: 
Untuk penutup sambutan hari lahir dalam keluarga ialah...... 
TUNGGU !!! hihihi


peace ;p

7 comments:

H.J said...

penutup tu nampak macam sepesel betul..haha

haslinda said...

wah... my abah lahir 28 ogos.. hehe... :)

happy birthday buat mereka... :)

Wanz Mejuez said...

raya yg best yee tahun ni... smua birthday bulan sama...

abglan said...

uuuuu.. Campur semua dah jd 6 sambutan dalam bulan nie, berangkai-rangkai jadinye hu hu..

Dang Intan Duka said...

H.J:

taw xpe..
suam-suam kuku je..
hahhah


peace

Dang Intan Duka said...

haslinda:

ow.. really??
hihihi
selamat hari lahir gak..
krm slm..hihi


peace

Dang Intan Duka said...

wan mejuez:

tiap thun sama mcm tu..
hihi


peace