Friday 16 September 2011

Bile Ceti Mula Bersuara..

Haloha..


Semester baru bakal masuk untuk minggu kedua. Begitu juga tanggungjawab yang dipikul dari semester lepas tetap diteruskan sementara menunggu tampuk kepimpinan yang baru mengambil alih. Untuk semester ini juga, maka bakal berakhirlah jawatan yang disandang oleh dang untuk sesi 2010/2011 sebagai Bendahari, Persatuan Opems.. 
Iaitu salah satu kelab yang dang ceburi dalam kos dang ni.. 

Selama dang memegang jawatan ni, banyak risiko yang dang kena hadapi. Salah satunya, budak-budak Opems akan melarikan diri dari dang.. 
Atau yang lebih tepat, buat-buat tak kenal dang.. 
Sebab apa ?? Takut dang akan kutip yuran kelab dekat budak-budak ni.. 

Selain tu, risiko yang kedua ialah duit yang dikutip akan menjadi tanggungjawab dang sepenuhnya.. Ada pembantu pun, macam tak ada je.. Alih-alih, dang jugak yang wat kerja tu sendiri.. Lagi pun dang susah nak percaya dekat orang lain, takut ada penyelewengan plak.. hoho

Seterusnya, untuk buat report kewangan akan membuatkan dang pening kepala.. Bukan sebab kerja last minit yer untuk kira duit.. Tapi sebab ramai lagi budak-budak yang tak bayar hutang kelab.. Dah puas menagih macam dang plak yang berhutang dengan dorang.. Dorang macam biasa akan buat alasan.. Suka sangat tangguhkan bayar hutang..

Untuk sebab itu, dang nak kongsikan sikit tentang hutang ni..

Dari sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, 
" berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari ".

- Riwayat al-Baihaqi -

Masing-masing dah besar, jadi pandai-pandailah fikir, ok ?? 
Jadi, kepada yang ada berhutang tu, cepat-cepatlah langsaikan nya.. 
Peringatan ni untuk diri dang jugak.. hihi


peace ;p

2 comments:

chEntA said...

org kalau bab duit ni biasa la..
mmg akan selalu menimbulkan masalah..=)
anyway,sabar la..

Dang Intan Duka said...

chenta:

yup..
memang dah terlebih sabar dah..
huhu


peace