Friday 28 October 2011

H.E.R.O L.A.P.P.Y !!!

Haloha..

Sejak semalam dang tak dapat nak update blog.. Ni sume gara-gara kena virus yang dok serang penghuni FB sekarang ni.. Pernah dengar virus Hi ?? Asyik dok Hi je kat member-member kita tu.. huhuhu.. Virus tu lah menjadi puncanya, tup tup semalam dang kena attack baik punya. Terus laptop tak boleh on dan secara automatiknya, dang kena berhempas pulas untuk mencari kenalan yang boleh selamatkan lappy dang ni. 

Nasib dang baik sebab rakan sekuliah dang boleh selamatkan mana yang patut.. So, hari ini Wan menjadi penyelamat lappy dang.. hohoh.. Terima kasih yer Wan. Bukan apa, dang memang sangat risau bila melibatkan lappy ni, sebabnya ialah semua hasil kerja dang, maklumat dan sebagainya ada dalam simpanan laptop dang ni.. Semalam pun dok dah tersedu-sedu sebab fikirkan perkara ni. Memang merana la if lappy jadi pape.. huhu.. Service hanya separuh hari je.. Jadi dang menunggu dalam debaran la kan kat rumah..

Petang tadi siap lappy dang.. Memang lega gila. Bukan sahaja happy dapat update blog, on FB, tapi yang paling utama ialah lappy dang menjadi ringan macam laptop baru dan segala maklumat dang tersimpan dengan baik.. Memang dang jarang jaga lappy ni..huhu.. Jadi, Wan dah pesan kat dang untuk jaga lappy ni elok-elok dan sentiasa update anti-virus.. So, dang akan ingt pesanan dari Sifu Lappy Dang, Wan.. hihihi

Wan berbaju biru.. 
Terima Kasih sahabat.. :)
Permintaan akan ditunaikan selepas cuti ini.. hihi


peace ;p

No comments: