Friday 11 November 2011

Kisah Kaki Pembuli..

Haloha..

Sudah beberapa hari ni dang jarang mendengar suara Si Pembuli.. 
Sihatkah dia ?? Terlalu bz ke ?? 
Sampaikan langsung tak mesej atau menghantar khabar berita.. 
Tapi tadi bila sahaja Si Pembuli ni telefon memang hati berbunga-bunga macam bunga mawar sedang elok mekar.. hihihi.. 

Dengan Si Pembuli ni macam-macam dang kongsikan.. Saling bertukar cerita, pengalaman dalam bidang bekerja dan yang paling utama Si Pembuli ni suka menyanyi.. Suara memang sedap.. Dang suka dengar.. Secara jujurnya, dang tak pernah jumpa dengan Si Pembuli ni.. Dang kenal pun melalui alam maya, apa lagi kalau bukan MUKA BUKU.. Jangan risau, bukan orang lain pun.. Si Pembuli ni juga salah seorang kenalan dang merangkap kawan Ex-bf dang.. 

Sejak 2 menjak ni, Si Pembuli sangat bz.. Jadi, barulah dang tahu mengapa dia jarang menghantar berita. Selalu sangat out-station. Si Pembuli ni merengek jugak sebab kerja tak tentu masa tapi bila Si Pembuli ni meluahkan apa yang dia rasa, dang hanya menjadi pendengar yang setia.Kalau dang nak menyampuk, dang akan cakap benda yang realiti je dan terus terang. Dengan Si Pembuli ni tak boleh cakap lapik-lapik, nanti dia tak paham.. hihi.. 

Dengan Si Pembuli, dang senang bersama dengan dia. Antaranya, Si Pembuli ni jadi diri sendiri, terus terang dengan apa yang dia rasa, suka menyakat dang (PEMBULI), dan secara tak langsung mudah menasihati dang..  hihihi... 

Buat masa ni, dang hanya anggap Si Pembuli sebagai teman yang boleh berkongsi apa sahaja.. Korang jangan fikir bukan-bukan plak yer.. Si Pembuli ni hanya boyFRIEND sahaja.. hihihi.. 

Bila teringat kat Si Pembuli, dang akan dengar lagu ni.....

v
v
v
v
v
v


Sebabnya, dalam lagu ni banyak tentang Si Pembuli ni.. 
Secara tak langsung, dang faham akan dia.. hoho.. 

Kenapa dang gelarkan dia SI PEMBULI ??
Bila dalam telefon je, dang yang akan selalu kena BULI dengan dia. Selain tu, Si Pembuli ni jugak akan mencari sebab mengenakan dang.. Tak payah la nak cerita apa yang dia buat, sebab tak terkira.. huhu.. Dalam persahabatan ni, tak silap dang dah 2 kali rasanya Si Pembuli ni buat dang menitiskan air mata.. Bukan sebab kena dera tapi di BULI DENGAN KEJAM !!! Korang sendiri boleh bayangkan.. huhu.. 

Kini, terubat sudah bila mendengar suaranya..
hihihi
Boleh tidur dengan nyenyak.. hahahaa


peace ;p

2 comments:

SHAWLiSTA said...

eeuuww. gedik. hahahaha

Dang Intan Duka said...

adibahazman:

hahahhaha
mana ada....
sopan la..haha



peace