Haloha...
Bulan baru, semangat pun baru... Macam mane puasa setakat ni ??? Dang doakan semoga semuanya berjalan lancar ye.. Dah nak dekat raya ni, dang gerenti ramailah berpusu-pusu ke pusat beli belah dan mana-mana sahaja untuk melengkapkan persiapan raya kan.. Dang dah selesaikan tu semua minggu lepas lagi, time family dang berada di Melaka... hihihi.. Sebab itulah dang tidak dapat nak update Mr.Bibi dang ni.. Di samping line internet tak berapa nak ok dekat dungun ni.. hohoho
Ok, kita tinggalkan tentang cerita beli-beli ni semua..
Memandangkan dang dah lama tak menaip, hari ni dang nak kongsikan hari-hari bahagia insan yang tersayang dang.. Untuk pengetahuan, hari ini 12 Ogos adalah hari ulang tahun kelahiran buah hati dang, Si Dia.. Genaplah umur Si Dia 2++ tahun.. hihihi.. Dengan ucapan,
" Semoga abg menjadi insan yang boleh memimpin sayang menjadi insan yang solehah di sisiNya...
Dan sayang harap hubungan kita akan sentiasa mekar dan kekal hingga akhir hayat..
Insyaallah.... "
Dan semalam, 11 Ogos ialah hari ulang tahun adinda dang, Yon yang baru menginjak ke alam 20-an... Dah bujang adik dang ni rupa-rupanya... heheheh.. Along ucapkan:
" Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh dan dilimpahkan rezeki di dunia dan di akhirat...."
Untuk hari yang bakal menjelang pula pada 14 Ogos dan 26 Ogos, adalah hari ulang tahun adik bongsu dang, Asyraaf dan ayah dang, En. Azman... hihihi.. Tahun ni tak dapatlah dang sambut bersama mereka sebab masing-masing berada di perantauan... huhuhu... Tapi apa-apa pun, dang tetap mengingati hari-hari ceria ini... hehehe.. Kepada Asyraaf, along ucapkan:
" Belajar pandai-pandai dan dengar cakap mak ayah.. Kurangkan main tu... hihihi..
Semoga panjang umur.."
Dan kepada ayah dang, along ucapkan:
" Terima kasih diatas pengorbanan ayah selama ni.. Semoga ayah dilimpahkan rezeki yang baik dan kesihatan yang berpanjangan... Sayang Ayah !!!! "
Dan untuk yang terakhir ialah, hari ini juga merupakan ulang tahun ke 2 tahun persahabatan dang bersama Azlan.. Dialah kenalan FB dang yang telah menjadi BFF dang.. Jumaat ni dang akan berbuka puasa bersama Azlan.. Tak lupa juga dengan Si Dia... hihihi.. Dang ucapkan:
" Semoga persahabatan kita akan tetap utuh hingga akhir hayat...
Nak nikah nanti jangan lupa jemput.. "
hihihiihi...
Itulah hari-hari bahagia yang dang telah kongsikan.. Setiap orang ada hari tersendiri.. Itu tak dapat dinafikan... Jadi, hargailah setiap hari-hari kita yang mendatang dan jangan dilupakan hari-hari yang telah berlalu... hihihi
peace ;p
6 comments:
tQ sayang ... (^:^)
yay... happy birthday buat semua mereka2 yang bakal atau telah menyambut ulang tahun hari kelahiran!!!
tak tahu nak komen macam mana, ramai sangat.
hehhe.
anyway, happy birthday untuk semua ye.
selamat berpuasa.
maslan hasim:
ur welcome.. hihihi :D
haslinda:
tu la...thanks bg pihak2 semua.. heheh
lepas ni tgu my turn plak..hehhe
peace
syazwan che deraman:
hihihi
taw xpe..
sume lelaki dlm fmly dang lahir bulan 8.. bulan merdeka... tu yg wish secara pukal je ni.. hehhehe
thanks 4 ur wish to them..
peace
Post a Comment