Friday, 24 August 2012

Coret-coret Lebaran 2012

Haloha...

Salam Lebaran semua blogger.. hihihi.. 
Dan yang pastinya mood masing-masing masih lagi dalam mood raya.. Dang plak mood raya kali ni kejap je, sebab lepas ni terus masuk kuliah balik.. Biasalah, ambil intersesi kan.. Raya tak boleh lama-lama.. Nanti hilang fokus.. hehehe..

Tahun ni raya memang membawa 1001 kelainan.. Sebab apa ???
Kerana, dang kali ni beraya berdua je dengan Yon, adik dang yang ke-2.. Ayah, mak dan Asyraaf beraya di Sarawak.. Deeba plak beraya di Perak.. Tahun ni, memang raya rojak.. Semua campur-campur.. Tapi, pape pun dang tetap bersyukur sebab dang dapat rasa tibanya Syawal tahun ni.. Tak kiralah, beraya di mana pun.. Bukan apa, masing-masing hidup merantau, tu yang beraya semua di perantauan.. Kali ni dang dan Yon beraya bersama keluarga Pak Uda, iaitu adik mak dang... 

Merasalah dang beraya kat kampung kali ni... Tahun-tahun sebelum ni, memang raya di rumah je.. Tahun ni lain sikit.. Perasaan raya kat kampung memang tak dapat digambarkan.. Bukan sahaja makanan yang terhidang tu sedap-sedap, tapi suasana kampung tu memang lain.. Dengan mercunnya, bunga api, dan macam-macam lagi la.. Kali ni dang merasa berebut-berebut bilik air sebab nak mandi.. Kena ikut turn.. hihihi.. Teringat zaman-zaman dang dulu-dulu, time kat kampung belah Perak.. Time tu ada lagi arwah atok.. Dang baru perasan, dah lama dang tak balik kampung... Hurm... Ada rezeki tahun depan dang ingat nak balik Perak plak... Beraya dekat sana.. Insyaallah..

Raya pertama, selepas solat raya, masing-masing menziarahi kubur arwah Wan dan Atok belah mak dang... Perasaan ketika tu, tak dapat nak digambarkan.... Kemudian, balik ke Klang.. Beraya kat sana.. Memang jalan sakan beraya di rumah sedara-sedara...

Raya kedua, sebelum balik ke Selayang, raya dulu di sekitar Keramat... Dan raya ketiga, dang dan Yon balik ke Melaka.. Sebab raya keempat, Yon dah kerja balik.. Dan dang, bermulalah tugas mengemas mana-mana yang patut sebelum dang berangkat ke Terengganu.. 

Dah macam iklan keluarga plak.. hihihi
Yon, Dina dan dang...

Raya keempat, Auntie Liza sekeluarga dan Deeba datang beraya di Melaka.. Raya ni tak ada rendang, hanya dang hidangkan yang dang reti masak je.... Yang tak mahir, dang tak buat..hehhehe... Dan kali ini juga, Si Dia dan kawan-kawan, datang beraya di Melaka.. Pertama kali dalam sejarah, dang menerima kunjungan Si Dia... hohoho.. Bila ada Auntie, baru dang berani mengajak.. Kalau tak, jangan haraplah nak bagi masuk rumah.. bahaya... !! hehehhe.. 

Itulah serba sedikit coret-coret lebaran dang kali ni.. Walaupun ringkas je sambutannya, tapi dang tetap merasa kehangatan lebaran tu sendiri..



peace ;p

2 comments:

Marya Hana said...

purple jugak makcik ..... !hehe.

btw selamat hari raya maaf zahir dan batin, andai ada terkasar bahasa.. weh bile nak dtg puncak lagi? :D

Dang Intan Duka said...

marya hana:

hohoho..
xplan pun.. warna tu mak aku yg pilih thn ni.. tup2 terus siap je.. haha

ok.. sama la kita..
aku pun nk ucpkan salam lebaran..
kosong-kosong la ye.. hehe
insyaallah..
dtg puncak tu, xtaw ble lagi..
tp trun KL tu, memg kdg2 turun..
hehehe


peace ;p