Tuesday, 18 September 2012

Gathering Ratu-Ratu...

Haloha...

Untuk memenuhi jemputan rumah terbuka Si Adik (nama timangan Cute Mama - baju putih) yang sedang duduk tu, dang dan ratu-ratu hati dang memenuhinya... Dah lama tak menjenguk kawan-kawan jadi, ada rezeki dan masa terluang peluang tidak dilepaskan... Jadi, bolehlah gathering sama-sama... hihihi.. Masing-masing melepaskan rindu.. Kalau nak jumpa, genap setahun baru bersua... Mana taknya, masing-masing merantau, faham-faham je la kan... hohohoho

Yang lain semuanya bujang lagi... Teruja jugak dang bila tengok ada kawan yang sarat mengandung... Macam manalah perasaan jadi seorang mak tu.. Hurm... Tak dapat dibayangkan.. cewah.. hihihi.. Pape pun dang ucapkan tahniah.. Tak lama lagi Si Adik ni akan melahirkan anaknya tu.. Kalau tak silap dang, dalam bulan 10 rasanya due dia.. Hope semuanya berjalan lancar.. Bayi yang dikandungnya ialah Hero..
Lepas ni jadi Hero Malaysia plak... hihihi


Selesai semuanya, masing-masing meneruskan aktiviti yang dirancang... Walaupun masa sekejap dengan ratu-ratu hati ni, tapi dang tetap puas.. Bergambar kenangan adalah perkara wajib taw.. Lepas ni tak tahu lagi bila dapat jumpa... Lagi pun, hari tu adalah hari terakhir dang berada di Shah Alam.. 
Malam nak berangkat ke Dungun semula... hohoho

Dang, maria dan Arin... :)
Ini plak adalah hero-hero malaya yang sanggup mengekor ratu-ratu untuk berjumpa satu sama lain.. Hero Arin tak dapat datang hari tu disebabkan mengalami kecederaan selepas main bola.. Hero yang tengah-tengah tu adalah hero Si maria.. Hero hati dang ??? korang tekalah mana satu... hehehhe

Si Dia, Ip dan CK....
Dalam tengah sibuk-sibuk bergambar tu, rupa-rupanya gelagat kitaorang diperhatikan oleh seseorang yang dang sangat rapat dulu... Dia adalah housemate merangkap roomate dang semasa dang kat kolej dulu time diploma... Dah lama tak jumpa Si Shrah ni... Dang kenal dia semasa sama-sama dalam kegiatan aktiviti UiTM... masih lagi tak berubah... Tetap sama... hihihi.. Rindu Shrah !!! :)
 Kalau bertegur pun kat mana lagi kan, di alam maya je la... FB... hohoho


Hari tu juga adalah rezeki dang rasanya... Semasa singgah di Masjid Shah Alam,dang terserempak plak dengan teman sekatil dang semasa di sekolah teknik dulu... Time tu dang baru je nak ambil wuduk untuk solat Zohor... memang terkejut tak terkira dan excited yang teramat sangat... Ismaliana atau lebih dikenali sebagai Is je.. lama dang tak dengar khabar Si Is ni.... Bila dah solat semestara tunggu Asar, sempat la jugak dang mengikuti perkembangan dia... tak sangka jumpa dia di rumah Allah... Alhamdullilah... :)


Berbalik pada plan awal, sebelum dang berangkat ke stesen bas, masa yang tinggal ada lagi dalam 5 jam untuk bersama dengan Si Dia... Dengan keadaan cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai, destinasi seterusnya ialah ke karoeke.. Jangan salah faham, dang pergi ke sana tidak berdua taw tapi bertiga... hehehe.. Kali ni 1 jam je, sebab lepas tu nak pergi makan plak.. kalau tak kebulurlah dang dalam bas nanti... hohoho

Suka dang tengok gelagat masing-masing menyumbangkan lagu... heheheh.. 
macam-macam lagu ada.. hihihi
Semua dibelasahnya... :)

Si Dia kusyuk menyanyi... hehehe
CK tetap baget cool... heheh



Dang rasa happy time ni... Sambil gathering dengan ratu-ratu hati dang, dang juga dapat bersama dengan Si Dia dan CK.. Teman jiwa dang dan juga teman rapat.. Terima kasih jugak kepada CK sebab sudi menjadi pemandu yang tak berbayar untuk hari itu... jasamu tetap dikenang... heheehe..

Next time, hope dapat jumpa lagi dan buat aktiviti lain plak..


peace ;p

2 comments:

Marya Hana said...

kemain karaoke lagi kau eh !

ajak kawan2 lain undi cik "MARYA HANA" hokay dalam "Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh 2012".

http://apps.myc.com.my/kotex/cariangadiskonfiden2012/?page=tops

Arigato gozaimasu ! (:

Dang Intan Duka said...

marya hana:

karoeke la sgt.. hohoho
bereh !!


peace