Thursday, 6 September 2012

Tersasar dari SASARAN...

Haloha...

Hari ni nasib tidak menyebelahi dang... Dari pagi tadi, sebelum masuk dewan nak jawab final, hati berdebar-debar, menggigil satu badan dan hilang fokus.. Soalan yang ditanyakan tu tak adalah susah mana, semuanya dah buat dalam latihan tapi disebabkan hilang fokus, soalan senang pun boleh ada kesalahan... huhuhu.. Balik je rumah, dapat tahu dari Che, carrymark dah keluar.. Aduh !!! Lagi berdebar dibuatnya.. Buka semester nanti kena tengok... Dapatlah agak-agak keputusan yang akan keluar nanti.. Apa-apa pun, alhamdullilah semuanya dah selesai.. Tak perlu lagi fikir untuk ni, perlu fikir plak untuk masa akan datang...

Hari ni jugak dapat berita dari Si Dia lepas sahaja jawab final, plan hujung minggu ni kemungkinan dalam 50-50 plak... Aduh.. Bagai merentap jiwa dang.. Plan lama dah, last-last jadi macam ni.. Mana tak kecewa.. Nak je mengamuk tapi diamkan je la... Benda nak jadi kan.. Kalau malam ni, keputusannya tetap sama.. Dang tak nak turun KL esok.. Lantaklah tiket dah beli, asalkan dang tak tanggung masalah bila dah sampai sana.. Dang tak suka susahkan orang, bila-bila lagi time-time macam ni.. Biarlah dang duduk dan terperap dalam rumah je.. Nak merajuk dengan semua orang.. :(

Lagi satu kejadian, petang ni sepatutnya dang keluar dengan Idan untuk ke pasar malam.. Plan ok dah, dengan set masa baik punya.. Tapi disebabkan seseorang, plan tu bertukar... Kalau setakat bertukar je, ada backup plan tak apa lagi, tapi ni CANCEL terus... Mak aih !!! Panas betul hati dang... Dang tak kisah kalau ORANG tu bagi tahu awal-awal,ni last minute baru nak bagi tahu... Dang dah siap semua, kalau dang ni tak siap apa-apa lagi, tak apa la jugak.. Geram betul dibuatnya... Jadi, terpaksalah dang minta maaf dengan Idan atas sebab yang tak dapat dielakkan ni...

Dan yang terakhir setakat ni, dang sedang menunggu P untuk bagi tahu updated tentang A yang berhutang dengan dang.. Tapi sampai sekarang haram nak dapat maklumat.. Dang tak kira, hari ni jugak dang nak balik duit dang.. Lantaklah, dorang nak korek celah mana.. Janji mesti ditepati.. Sepatutnya dorang dah kena bayar sebelum raya lagi, tapi sekarang ni dah berminggu-minggu lepas raya... Kembalikan duit Dang !!!!!

Lepas ni tak tahulah apa nak jadi lagi.... Cukuplah hanya ini sahaja dugaan yang dang kena hadapi.. Dalam satu hari, macam-macam yang jadi.. Dah jatuh, ditimpa tangga plak tu.... Nasib badan.. :(


peace 

2 comments:

HazafaRazeif said...

sabar2...semua ni ada hikmah ni...

Dang Intan Duka said...

hazafarazeif:

yup..
itu memg dah terbukti...
hohoho


peace