Monday, 3 December 2012

Kembali Menjadi Seorang Pelajar

Haloha...

Hari ini ialah hari pertama adik dang, Yon menjejakkan kaki ke KUIM iaitu Kolej Universiti Islam Melaka... Yon telah membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam program Diploma Pengajian Islam dan Sumber Manusia.. Ini sememangnya adalah permintaan dia jugak.. Selepas mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan dalam STPM, dia nekad mengambil diploma.. Menapak dari bawah semula.. Selepas STPM, dia kerja kat petronas.. Lama jugaklah dia kerja dekat situ.. Bila ada peluang belajar ni, barulah dia bersedia untuk kembali bergelar sebagai pelajar.. Sebelum-sebelum ni, bukan tak ada tawaran yang datang, tapi memandangkan program yang ditawarkan tu dia tak minat, jadi dengan mentah-mentah dia tolak terus.. Sebagai seorang kakak faham dengan situasi dia, jadi nak melarang pun tak boleh... Hanya memberi sokongan sahaja kepada dia selagi dia masih membuat keputusan yang betul.. 

3 hari yang lepas, dang pulang ke Melaka untuk menguruskan kelengkapan dia.. Bukan apa, dang tak boleh biarkan dia sorang-sorang sediakan semua tu.. Mesti dang akan pantau dan buat list untuk dia.. Nasib baiklah ayah dang turut turun ke Melaka dari Sarawak.. Jadi, dang buat keputusan untuk membantu Yon.. Emak dang tak dapat bersama sebab menjaga adik dang, Deeba dan Asyraaf di Sarawak.. Kalau semua balik ke semenanjung, memang kopak la ayah dang membayarnya.. hohoho

Baru sebentar tadi dang dapat panggilan dari ayah dang.. Ayah dang memberitahu semua pendaftaran Yon berjalan lancar.. Lega hati dang mendengarnya.. Untuk semester 1 ni, Yon terpaksa duduk di kolej... hehehe.. Biar dia merasa sikit kehidupan di kolej tu.. Tapi sebelum dia ke sana, dang dah pesan apa yang selalu berlaku bila hidup dengan kawan-kawan.. Jadi, pandai-pandailah jaga diri tu.. hehehe..

Dang ucapkan semoga Yon belajar rajin-rajin dan sentiasa ceria di sana.. 
If Along ada masa, along akan jenguk Yon di KUIM... hehehe




peace ;p


No comments: