Haloha...
Ole-ole untuk senior dang... Madi dan Nazri.. :) |
Hari ini adalah hari terakhir Majlis Konvokesyen yang berlangsung di UiTM Kampus Dungun.. Majlis yang dijalankan selama 3 hari bermula dari 1-3 Disember 2012.. Kenapa plak dang beria-ria nak berkongsi cerita tentang konvo ni kan ?? Bukannya dang yang konvo tapi senior-senior dang yang konvo.. Senior-senior ni merangkap kawan seusia dang... hehehehe... Dorang ni semua dah konvo pada 2 Disember, iaitu semalam.. Tahniah dang ucapkan... Maaflah, dang tak dapat jenguk pun dorang konvo sebab ada tuntutan kuliah yang perlu dihadiri..
Walaubagaimanapun, hari ini nak dijadikan rezeki, dang berpeluang untuk berjumpa dengan senior-senior dang... hehehe.. Memang dalam hati berhajat sangat nak jumpa dorang ni.. Alang-alang dorang tak balik lagi, dang pun buatlah temu janji berjumpa di dalam kampus.. Walaupun kejap je tapi kepuasan tu penting.. hehehe..
Pada mulanya segan jugak nak jumpa.. Yela, sebab senior kan.. Lagi pun dengan salah seorang yang dang jumpa ni pernah berlaku kisah-kisah ehem.. hahahah.. Tak perlulah nak diceritakan kan.. Biarlah rahsia.. Tepat pada jam yang dijanjikan, bermulalah detik pertemuan jejak kasih yang tak berapa nak rasa.. hahaha.. Dang sebenarnya tak tahu nak cakap apa, tapi bila difikirkan balik entah bila lagi dapat berjumpa jadi dang pun jumpa la jugak.. Sepatutnya dang nak angkut sekali Rozi dan Eton, tapi memangdangkan dorang ni malu-malu kucing, terpaksalah dang sorang sahaja yang jumpa senior-senior ni..
Bila berjumpa, memang tak ada apa-apa perubahan pun... Mereka tetap sama je.. Cuma perwatakkan tu dah berusia la kan.. hehehe.. Pandai-pandai je dang kritik orang.. heheh.. Eh... ? Asyik cakap senior je kan, nama dorang dang tak bagi tahu pun.. hahaha.. Ok2.. Dorang ni selalu berdua je kalau time belajar dulu.. Sekarang ni pun masih tetap berdua.. Dang rasa dorang ni kawan baik.. Nama dorang ialah Madi dan Nazri.. Tadi jumpa tak sempat nak ambil gambar untuk kenangan.. Lagi pun dorang nak cepat sebab nak balik kelantan.. hoho.. Jadi, dang nak tunjukkan gambar pun time dang menghadiri makan malam OPEMS dahulu.. Ok la tu jugak kan... Layannnn kan je.... hehehe
Jom kita tengok siapakah mereka...
1. Gambar atas kiri: Dang dan Nazri 2. Gambar atas kanan: Dang dan Madi 3. Kami bertiga... (Madi, dang, nazri) |
Dang doakan semoga dorang ni cepat-cepat dapat jodoh.. Jadi bolehlah dang merasa nasi minyak dorang dahulu... hehehe... Semoga sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi... Ada rezeki berjumpa lagi..
peace ;p
No comments:
Post a Comment