Monday, 14 January 2013

Finally. Done, do my BEST.

Haloha...

Hari ini berakhirnya perjuangan dang untuk semester ini menempuh alam peperiksaan.. Petang tadi dah last paper.. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar.. Tapi kepada rakan-rakan dang, mereka masih lagi berhempas pulas untuk paper seterusnya.. 

Sekarang ni dang hanya mampu bertawakal dan berdoa untuk menunggu keputusan yang bakal keluar bulan Februari ni nanti.. Dang sangat-sangat berharap lulus dengan cemerlang... hohoho

Malam ni, bolehlah dang tidur dengan nyenyak.. 
Dah lama sangat dang rasa, tak cukup tidur.. hehehe



peace ;p

Thursday, 10 January 2013

Done - 2nd Paper

Haloha...

Alhamdullilah.. Selesai sudah paper yang kedua petang tadi.. Dang tengok semuanya keluar dewan dengan senyuman puas.. Dang juga salah seorangnya tu.. hehehe.. Bukan apa, setakat ni subjek yang yakin sikit jawab ialah paper kedua ni, Project Mgt.. Harap-harap markah yang diperolehi mencapai tahap maksimum... hohoho..

Terima kasih kepada Miss Ras, selaku pensyarah dang untuk subjek ni... Tidak lupa juga kepada Dr.Kardina selaku pensyarah Strategic Mgt dan Madam Ruzaidah kerana telah memberikan khidmat pesanan ringkas kepada dang sebelum berjuang paper final mereka... Dang sangat-sangat hargainya.. hehehe

Lepas ni, dang akan tempuh 2 subjek yang bagi dang memang killer paper.. Satu paper Production Planning and Control (PPC) dan satu lagi Quality Mgt.. Paper PPC ni dang ambil untuk kali kedua... Hope kali ni lepaslah dengan keputusan yang baik.. Pesanan dari Madam supaya dang score A.. hohoho.. Insyaallah, dang hanya mempu berusaha dan selebihnya bertawakal..

Ok la, tinggal 2 paper je lagi untuk dang menamatkan semester ni.. Tak sabar rasanya..
Lepas ni, dang akan berjuang lagi di medan peperangan (exam) pada 13 dan 14 Januari 2013.. 
Tarikh pun sebelah-sebelah je... hohho..
Doakan yang terbaik ye kawan-kawan..



peace ;p

Monday, 7 January 2013

Done - 1st Paper

Haloha...

Akhirnya 1st paper berjalan dengan lancar petang tadi.. Walaupun cuaca berangin dan menyatakan Sonamu bakal terjadi di Dungun ni, samalah juga keadaan ketika menjawab 1st paper tadi.. Keadaan yang sejuk membeku, dang dapat menjawab dengan baik.. Dang tidaklah terlalu yakin dapat menjawab 100 % dan tidak mahu terlalu confident... Ini kerana belajar dari pengalaman yang lalu.. 

Sekarang ni tiba hanya untuk bertawakal dan berdoa semoga 1st paper yang dah berlalu ni, lulus dengan cemerlang.. Jika mendapat keputusan yang baik pun dang dah bersyukur sangat-sangat. Asalkan pointer kali ni meningkat.. 

Sekarang ni strungle untuk next paper plak yang bakal dang hadapi 10 hb ni.. Hope dapat mengingat formula-formula dan hadam dengan mudah.. 

Doa banyak-banyak dan sentiasa istiqamah.. :)


peace ;p

Sunday, 6 January 2013

Wish Me Good Luck - 1st Paper Final

Haloha...

Esok adalah 1st paper dang dalam minggu exam semester ni.. Dang hope semuanya berjalan lancar dan semua yang dang hadam dalam kepala otak yg kecil ni akan mencurah-curahkan idea plus input yang disimpan.. heheheh.. 

Doakan dang ye kawan-kawan semua..
Restu family, lectures, Si Dia dan rakan-rakan seperjuangan dah dapat..

Strategic Management
2.15 - 5.15 petang
7hb Januari 2013


peace

Friday, 4 January 2013

Bye 2012, Welcome 2013

Haloha...

Selamat tahun baru semua !!!!
Mood tahun baru masih lagi terasa.. Dang mulakan tahun baru ini dengan menyibukkan diri dengan buku-buku kuliah.. Sebab apa ?? Sebab dang akan menjalani final exam, tak sampai lagi 3 hari.. 
Dang ada paper pada 7hb, 10hb, 13hb, dan 14hb Januari ini.. 

Jadi, sebab itulah dang sangat sibuk sehingga tidak dapat menjenguk Mr. Bibi dang ni.. 
So sorry.. :(

Lepas ni, dang akan kongsikan aktiviti-aktiviti dang yang tertangguh tu.. Hurm.. dah berkepam asyik simpan dalam draft tu je.. Tapi pape pun, dang tak kisah.. hehehe

Kepada kawan-kawan seperjuangan, semoga berjaya di dalam final exam yang bakal tiba ini.. 
Hope kita berjaya hingga ke puncak..



peace ;p

Monday, 3 December 2012

Konvokesyen UiTM Kali ke-77, UiTM Kampus Dungun

Haloha...

Ole-ole untuk senior dang...
Madi dan Nazri.. :)
Hari ini adalah hari terakhir Majlis Konvokesyen yang berlangsung di UiTM Kampus Dungun.. Majlis yang dijalankan selama 3 hari bermula dari 1-3 Disember 2012.. Kenapa plak dang beria-ria nak berkongsi cerita tentang konvo ni kan ?? Bukannya dang yang konvo tapi senior-senior dang yang konvo.. Senior-senior ni merangkap kawan seusia dang... hehehehe... Dorang ni semua dah konvo pada 2 Disember, iaitu semalam.. Tahniah dang ucapkan... Maaflah, dang tak dapat jenguk pun dorang konvo sebab ada tuntutan kuliah yang perlu dihadiri.. 

Walaubagaimanapun, hari ini nak dijadikan rezeki, dang berpeluang untuk berjumpa dengan senior-senior dang... hehehe.. Memang dalam hati berhajat sangat nak jumpa dorang ni.. Alang-alang dorang tak balik lagi, dang pun buatlah temu janji berjumpa di dalam kampus.. Walaupun kejap je tapi kepuasan tu penting.. hehehe.. 

Pada mulanya segan jugak nak jumpa.. Yela, sebab senior kan.. Lagi pun dengan salah seorang yang dang jumpa ni pernah berlaku kisah-kisah ehem.. hahahah.. Tak perlulah nak diceritakan kan.. Biarlah rahsia.. Tepat pada jam yang dijanjikan, bermulalah detik pertemuan jejak kasih yang tak berapa nak rasa.. hahaha.. Dang sebenarnya tak tahu nak cakap apa, tapi bila difikirkan balik entah bila lagi dapat berjumpa jadi dang pun jumpa la jugak.. Sepatutnya dang nak angkut sekali Rozi dan Eton, tapi memangdangkan dorang ni malu-malu kucing, terpaksalah dang sorang sahaja yang jumpa senior-senior ni.. 

Bila berjumpa, memang tak ada apa-apa perubahan pun... Mereka tetap sama je.. Cuma perwatakkan tu dah berusia la kan.. hehehe.. Pandai-pandai je dang kritik orang.. heheh.. Eh... ? Asyik cakap senior je kan, nama dorang dang tak bagi tahu pun.. hahaha.. Ok2.. Dorang ni selalu berdua je kalau time belajar dulu.. Sekarang ni pun masih tetap berdua.. Dang rasa dorang ni kawan baik.. Nama dorang ialah Madi dan Nazri.. Tadi jumpa tak sempat nak ambil gambar untuk kenangan.. Lagi pun dorang nak cepat sebab nak balik kelantan.. hoho.. Jadi, dang nak tunjukkan gambar pun time dang menghadiri makan malam OPEMS dahulu.. Ok la tu jugak kan... Layannnn kan je.... hehehe
Jom kita tengok siapakah mereka...

1. Gambar atas kiri: Dang dan Nazri
2. Gambar atas kanan: Dang dan Madi
3. Kami bertiga... (Madi, dang, nazri)

Dang doakan semoga dorang ni cepat-cepat dapat jodoh.. Jadi bolehlah dang merasa nasi minyak dorang dahulu... hehehe... Semoga sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi... Ada rezeki berjumpa lagi..



peace ;p


Kembali Menjadi Seorang Pelajar

Haloha...

Hari ini ialah hari pertama adik dang, Yon menjejakkan kaki ke KUIM iaitu Kolej Universiti Islam Melaka... Yon telah membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam program Diploma Pengajian Islam dan Sumber Manusia.. Ini sememangnya adalah permintaan dia jugak.. Selepas mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan dalam STPM, dia nekad mengambil diploma.. Menapak dari bawah semula.. Selepas STPM, dia kerja kat petronas.. Lama jugaklah dia kerja dekat situ.. Bila ada peluang belajar ni, barulah dia bersedia untuk kembali bergelar sebagai pelajar.. Sebelum-sebelum ni, bukan tak ada tawaran yang datang, tapi memandangkan program yang ditawarkan tu dia tak minat, jadi dengan mentah-mentah dia tolak terus.. Sebagai seorang kakak faham dengan situasi dia, jadi nak melarang pun tak boleh... Hanya memberi sokongan sahaja kepada dia selagi dia masih membuat keputusan yang betul.. 

3 hari yang lepas, dang pulang ke Melaka untuk menguruskan kelengkapan dia.. Bukan apa, dang tak boleh biarkan dia sorang-sorang sediakan semua tu.. Mesti dang akan pantau dan buat list untuk dia.. Nasib baiklah ayah dang turut turun ke Melaka dari Sarawak.. Jadi, dang buat keputusan untuk membantu Yon.. Emak dang tak dapat bersama sebab menjaga adik dang, Deeba dan Asyraaf di Sarawak.. Kalau semua balik ke semenanjung, memang kopak la ayah dang membayarnya.. hohoho

Baru sebentar tadi dang dapat panggilan dari ayah dang.. Ayah dang memberitahu semua pendaftaran Yon berjalan lancar.. Lega hati dang mendengarnya.. Untuk semester 1 ni, Yon terpaksa duduk di kolej... hehehe.. Biar dia merasa sikit kehidupan di kolej tu.. Tapi sebelum dia ke sana, dang dah pesan apa yang selalu berlaku bila hidup dengan kawan-kawan.. Jadi, pandai-pandailah jaga diri tu.. hehehe..

Dang ucapkan semoga Yon belajar rajin-rajin dan sentiasa ceria di sana.. 
If Along ada masa, along akan jenguk Yon di KUIM... hehehe




peace ;p