Friday, 28 October 2011

PROGRAM CS.. HARI PENENTUAN TELAH TIBA !!!

Haloha..


Hari ini,
suatu program akan dijalankan..
Hari ini,
segalanya bakal bermula..
Hari ini,
semua ikatan bakal terjalin..
Hari ini,
semangat berpasukan akan terbukti..

Adakah hari ini akan mengubah segala-galanya ???



peace ;p

H.E.R.O L.A.P.P.Y !!!

Haloha..

Sejak semalam dang tak dapat nak update blog.. Ni sume gara-gara kena virus yang dok serang penghuni FB sekarang ni.. Pernah dengar virus Hi ?? Asyik dok Hi je kat member-member kita tu.. huhuhu.. Virus tu lah menjadi puncanya, tup tup semalam dang kena attack baik punya. Terus laptop tak boleh on dan secara automatiknya, dang kena berhempas pulas untuk mencari kenalan yang boleh selamatkan lappy dang ni. 

Nasib dang baik sebab rakan sekuliah dang boleh selamatkan mana yang patut.. So, hari ini Wan menjadi penyelamat lappy dang.. hohoh.. Terima kasih yer Wan. Bukan apa, dang memang sangat risau bila melibatkan lappy ni, sebabnya ialah semua hasil kerja dang, maklumat dan sebagainya ada dalam simpanan laptop dang ni.. Semalam pun dok dah tersedu-sedu sebab fikirkan perkara ni. Memang merana la if lappy jadi pape.. huhu.. Service hanya separuh hari je.. Jadi dang menunggu dalam debaran la kan kat rumah..

Petang tadi siap lappy dang.. Memang lega gila. Bukan sahaja happy dapat update blog, on FB, tapi yang paling utama ialah lappy dang menjadi ringan macam laptop baru dan segala maklumat dang tersimpan dengan baik.. Memang dang jarang jaga lappy ni..huhu.. Jadi, Wan dah pesan kat dang untuk jaga lappy ni elok-elok dan sentiasa update anti-virus.. So, dang akan ingt pesanan dari Sifu Lappy Dang, Wan.. hihihi

Wan berbaju biru.. 
Terima Kasih sahabat.. :)
Permintaan akan ditunaikan selepas cuti ini.. hihi


peace ;p

Wednesday, 26 October 2011

Sakit Badan mula menghantui diri..

Haloha..

Badan mula sakit-sakit...
Sengal-sengal dah terasa..
Pinggang menjadi tempat utama di attack dengan baik..
Jenuh malam ni, tak dapat beradu dengan baik :(


peace ;p

Sedapnya..... Bestnya.......

Haloha..

Dingin membeku di waktu ini
Terasa bahagian jika dapat memanaskan badan ini..
Hurmmm....
Sedapnya.... Bestnya......
Bila....
Selimut melingkari badan...
hihihi


peace ;p

T.W.I.N.S :)

Haloha..


K.E.M.B.A.R..

Dang suka kembar.. 
Lepas je blogwalking dekat 1 blog ni, dang terus tertarik dengan empunya diri.. Dan semestinya, ia adalah kerana empunya diri tu kembar.. Bukan apa, sejak 2 menjak ni, dang memang berkawan dengan kembar.. Dan mempunyai ramai kawan yang kembar.. Time dulu-dulu pernah la sangkut dengan pasangan kembar.. hahaha.. Dan sekarang menjadi kawan baik..

Kini, buka kitab lain.. hahaha
Tapi kan, bila jenguk blog dan terjumpa dengan kembar ni, dang tertarik dengan salah seorang dari dorang.. Memang kontroversi la kan.. Tak pernah kenal tapi boleh tertarik plak kan.. hahha.. Ajaib betul.. Salah satu sebab dang tertarik sebab cara penulisan kembar ni sangat simple dan dang suka dengan entrynya..

Tetiba,
Jatuh Hati Pada Pasangan Kembar...
hihihi


peace ;p

Tuesday, 25 October 2011

Hidup Program..

Haloha..

Antara lagu dan melodi tidak dapat dipisahkan..
Begitu jugak lah, program dalam hidup dang tidak dapat dipisahkan.. 
Lebih-lebih lagi bila berjauhan..hihi

Hari ini dah masuk kali ke berapa ntah dang buat meeting untuk update perkembangan anak-anak buah dang.. Setiap progres yang diberitahu akan memberikan banyak perubahan untuk perjalanan program khidmat masyarakat yang bakal dijalankan. Setakat ni alhamdullilah, berada dalam keadaan terkawal. Dalam meeting tadi, semua AJK faham untuk tugas masing-masing. Dang hope sangat bila tibanya hari program, semuanya berjalan lancar. Masanya pun tak lama lagi ni.. Dalam beberapa hari sahaja je lagi.. hohoho

Dari apa yang dibincangkan tadi, semua persiapan sudah siap. Yang tinggal hanya bahagian dokumentasi untuk tag nama, banner dan pamplet. Bukan apa, walaupun program ni nampak simple tapi bila melibatkan orang-orang besar ni, protokol kena ambil berat jugak.. Dah la ni 1st time dang uruskan untuk khidmat masyarakat, jadi banyak ilmu yang dang belajar dalam menguruskan program macam ni. hihihi..


Aihh !!! Ucapan untuk hari program tak buat lagi ni.. hohoho..
Kena cool ni.. :)


peace ;p

Monday, 24 October 2011

Uji Pendengaran..

Haloha..

Senyap.. Teliti.. Fokus..
Itu yang utama untuk skill pada malam ni..

Hope dapat dengar dengan baik..



peace ;p