Tuesday 29 May 2012

Cinta Berbunga... Kembang..

Haloha..


Terima kasih kerana sentiasa menemani syg..
Abg telah menjadi sebahagian dari hidup..
 <3 <3 <3


peace ;p




Bersukan Itu Sihatkan Badan..

Haloha...

Aktiviti sebelum cuti...
Sorry la ye sebab lambat update.. hohohoho

FPP mengadakan sukan fakulti yang melibatkan semua program dalam pengurusan perniagaan..
Setiap program ada tema masing-masing.. hihihi
untuk pengurusan operasi - BIRU
finance - HITAM
marketing - MERAH
office - HIJAU
isbaq - KUNING 

Sukan kali ni best.. Untuk kali ini, boleh dikatakan semua acara sukaneka, dang masuk.. hihihi
Jangan salah anggap.. Disebabkan kekurangan peserta, sebab itulah dang join semua acara yang dang rasakan boleh memang.. hihihi
















peace ;p


Saturday 12 May 2012

Kakiku Kakimu...

Haloha...

Selesai sudah hari sukan fakulti pengurusan perniagaan petang tadi.. Semuanya berjalan dengan lancar.. Walaupun tak ramai yang datang dari program dang, namun rakan-rakan yang hadir tetap bersemangat.. Ukhwah pun makin terjalin... Panas terik tak mematahkan semangat dang dan rakan-rakan berjuang dalam merebut segala tempat dalam pertandingan yang dijalankan... Memang sangat penat.. Di tambah dengan kaki yang mula membengkak... huhuhu

Untuk tatapan gambar, nanti dang akan upload lain kali.. Maybe selepas entry ni.. Bukan apa, sekarang ni just nak intro je dulu.. hehheehhe.. Harap bersabar ye... 



peace ;p

Berubah Semuanya...

Haloha...


Bila seseorang itu berubah ada kalanya membawa kepada kebaikan pada sekeliling dan begitu juga sebaliknya...




Adakah dang boleh menerima perubahan itu ???



peace ;p

Friday 11 May 2012

NAK MAKAN !!!!

Haloha...

Pagi-pagi ni terasa lapar perut dang.. Adoi... Berkeroncong macam lagu zapin dibuatnya... Kalau dapat makan time-time macam ni, memang terbaiklah.. hohoho... 

Tiba-tiba teringat pula time balik melaka hari tu.. Dapat makan sedap-sedap... Mana tak nya, makan dengan ayah dan adik-beradik memang lain rasanya... Dah lama tak berkumpul.. Bila dapat berkumpul, memang rasa bahagia sangat.. Cuma tak cukup korum time tu, sebab mak dan Asyraaf ada di sarawak...

Bila ayah balik, memang dah janji nak makan ikan bakar... Memang terliur dang dibuatnya... Sebab makan ikan bakar adalah salah satu makanan kegemaran dang.. Lebih-lebih lagi makan kat melaka.. Peerrgghh!!! Memang sehingga menjilat jari.. aih.... Laparnya.. hihihi


Muka kekenyangan.. hihihi


peace ;p

Tuesday 8 May 2012

TUNDA...

Haloha...

Berita terbaru... Test ENT di tunda ke minggu hadapan... hohoho.. Nasib menyebelahi kali ini.. Bukan apa, khamis ini ada juga Test untuk PPC punya subjek.. Yang ni lagi risau... Takut otak penat, tak dapat nak fokus lebih... Hope boleh menerima dan hadam dengan baik..


Chaiyok !!! Chaiyok !!!


peace ;p

Monday 7 May 2012

MENJADI SANG KURA-KURA...

Haloha...

Masa sangat mencemburui dang... Minggu ni penuh jadual harian.. Setiap hari ada sahaja tugasan yang perlu dilaksanakan.. Kadang-kadang rehat pun rasa macam tak rehat.. Bila penat otak, mulalah jem semua... Itu belum lagi bercerita penat tubuh badan... huhuhu..

Minggu ni juga ada 2 test yang perlu dang hadapi... 1 test pada hari rabu (malam) dan 1 lagi pada hari khamis (pagi).. Serabut pula terasa... Walaupun senyuman terukir di wajah tapi dalam hati, tak tahulah nak gambarkan macam mana.. huhuhu

Bukan apa, ada 1 subjek ni yang bagi dang sangat-sangat mencabar.. Sampaikan dang tak tahu nak fahamkan macam mana lagi untuk terima ilmu bagi subjek tu.. Kemungkinan kurangnya latihan tapi bila buat latihan macam tu jugak.. huhuhu

Cabaran betul semester ni.. Dengan aktiviti besar yang perlu diuruskan lagi.. Entahlah...
Hanya boleh usaha untuk melancarkan apa yang dah termaktub semester ni dan berbanyakkan bertawakal..

Ok lah, nak out dulu..
Nak fokus pada test akan datang ini..
Doakan dang dapat menjawab test dengan baik dan cemerlang..


peace ;p