Saturday 30 July 2011

Saat Itu... Bakal Tiba..

Haloha.. :)

Seperti yang sedia maklum, bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi... dang pasti semua umat Islam tak sabar menunggu kedatangan bulan ni.. Alhamdullilah, dang, keluarga dan kawan-kawan dapat merasai bulan ini untuk tahun ni.. jadi, perlulah kita mempergunakannya sebaik mungkin.. tingkatkan amal ibadah yang dah lama kita tangguhkan.. dang nasihatkan kawan-kawan, macam tu juga la dang ingatkan diri dang ni yang sentiasa alpa.. dari bulan ni juga, kita dapat menahan diri dari melakukan perbuatan yang tak elok, menahan nafsu, menjaga hati, lidah dan mata.. dang tahu, bukan mudah untuk buat semua tu tapi yang pasti kita mesti kuat melawan semua ni.. betul tak ???

jadi,
 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Umat Islam..
Tingkatkan Amal Jariah.. :)



peace ;p

Ding Dong !!!!

Haloha.. :)

hurm.. hari ni dang terasa boring... myb hujung minggu ni tak ke mana.. dari pagi sampai sekarang duduk rumah.... bukan sebab tak ada masa untuk keluar berjimba, untuk hujung minggu kali ni ayah dang ada kerja yang perlu di buat... jadi, dang terpaksalah duduk rumah.. si Deeba plak, ada lawatan pergi Taman Buaya.. secara tak langsung, Deeba ada juga aktiviti cuti-cuti ni.. hohoho

jadi, kali ni dang nak langsaikan tugas yang tertangguh.. iaitu berkongsi tips untuk berbuka plak.. untuk bersahur tekan ni, Tik Tik.. tak banyak yang dang nak kongsikan sebab dang pasti masing-masing tahu kan apa yang perlu dilakukan bila berbuka nanti..

MAKAN HIDANGAN MANIS 
untuk permulaan, korang semua bolehlah makan benda manis dulu (kurma, kuih-muih, minuman manis).. bukan apa, ni semuanya untuk mengembalikan tenaga yang dah hilang dalam seharian berpuasa.. lepas tu, jangan minum air sejuk dulu, sebab nanti korang akan mengalami kembung perut.. kang tak pasal-pasal buncit terus.. kembung dengan air..

LAMBATKAN MAKANAN BERAT
korang jangan salah faham, bukan dang suruh minum air je cuma kalau nak makan tu, seeloknya selepas solat maghrib.. bukan apa, ni juga penting untuk mengelakkan saluran dalam badan tu terkejut.. kang makan banyak-banyak, terus tak larat nak solat.. terawih pun entah ke mana.. hoho..

BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
untuk bersahur dan berbuka, sudah pasti air kosong penting dalam kehidupan seharian.. jadi jangan lupa amalkan untuk minum dalam kuantiti yang banyak..


peace ;p

KREATIF BERSAMA BEN ASHAARI..

Haloha semua.. :)



dalam blogwalking, dang terjah segmen Bro Ben, sesiapa yang nak join masih lagi terbuka sampai pukul 10 malam ni.. :)

gambar ni dang rakamkan pada tahun 2010.. time tu dang dalam semester 1 (degree).. lokasinya adalah bertempat di ruang jualan dekat Masjid Terapung, Terengganu.. ini adalah pertama kali dang jalan-jalan di Terengganu.. perjalanan dalam gambar ini memberikan seribu langkah kepada dang.. dan juga terjalinnya ukhwah di antara dang dan teman sekuliah.. kalau nak tahu, time ni la baru terjalinnya groupbinding di antara teman kuliah dang.. itu serba sedikit sejarah gambar di atas.. untuk pengetahuan semua, teman sekuliah dang ni semuanya muda lagi dari dang, so nak bergaul dengan pangkat adik-adik ni, kadang-kadang segan juga.. hihi.. 

gambar ni menunjukkan tentang hasil kraf tangan, di antaranya key chain, baju batik dan sebagainya.. gambar ni juga dang rasa nak kongsikan sebab menunjukkan tentang manusia akan tertarik dengan benda yang cantik.. :) betul tak ??? cuba tengok.. tekun jer kawan-kawan dang membelek key chain, sampaikan tgkp ganbar curi pun, dorang tak perasan... hahaha


peace ;p

Friday 29 July 2011

Tik Tok TEKO !!!

Haloha.. :)
kepada semua teman blogger yang masih setia bersama dengan Mr.Bibi.. semoga korang semua sihat yer, jangan jadi macam dang ni.. sebelum puasa, virus-virus cinta (demam) plak yang singgah.. hoho

cuaca pada hari ni dekat Kuching mendung.. hurmm.. semendung dalam hati dang ni.. hohhoho.. ooppss !!! ok3.. berbalik pada tujuan utama entry ni ditaip, pejam celik pejam celik, lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. jadi, kita perlulah meningkatkan amal ibadat.. selain tu, tak lupa juga untuk menjaga kesihatan.. sebab bila tibanya puasa, bermacam-macam penyakit akan muncul.. tak gitu semua ?? hihi.. sebagai contoh macam gastrik, ulser, bibir kering, tekanan darah rendah dan seangkatan dengannya..

jadi dang nak berkongsi dengan apa yang dang baca dalam majalah emak dang ni.. walaupun tak seberapa tapi ia tetap penting dalam kehidupan harian.. hihi.. ketika untuk bersahur, ada beberapa tip yang boleh korang ikut.. di antaranya :

MAKAN MAKANAN PANAS
sebab untuk memudahkan sistem pencernaan korang..
(kalau dang dapat makan sup ayam panas-panas, memang best !!!)

JANGAN AMBIL KAFEIN
sebab boleh tingkatkan kadar peluh yang tinggi dan kemungkinan akan ada masalah dehidrasi..
(kalau dang, mak akan buat milo panas.. hurmm.. nikmat je rasa..)

MAKAN BANYAK SAYUR DAN BUAH
sebab untuk menjaga daya tahan dan kecergasan badan.. selain tu, boleh buat perut sentiasa kenyang dengan lebih lama..
(dang bukan penggemar makan sayur dan buah, dang hanya makan kurma je.. tu pun sebab disuruh oleh ayah dang.. hihihi)

SUSU
jangan lupa untuk minum susu dan makan kurma bila dah selesai bersahur.. sebab adanya nutrien lengkap..
(dang memang alah minum susu, jadi bolehla tukarkan kepada minum coklat atau milo atau air kosong..)

jadi, korang semua bolehlah buat persediaan yang rapi untuk menyambut bulan puasa kali ni.. akan lebih terurus dan mudah.. :)


nantikan tip untuk berbuka pula dari dang.. :)


peace ;p














Thursday 28 July 2011

Semua Demam BOLA.. DANG ??

Haloha.. :)

kepada semua peminat bola sepak malam ni, selamat menyaksikan pasukan Harimau Malaya bertarung dengan sengit.. dang ucapkan semoga berjaya dan melakarkan sejarah yang tersendiri.. hoho.. memang tak salah kalau dang cakapkan korang semua Demam Bola.. so, malam ni akan terubat la.. :) 

tapi, lain plak bagi dang.. orang lain sibuk Demam Bola, dang plak sebaliknya... kena Virus DEMAM.. huhuuh.. ingatkan dah kebah semalam, rupa-rupanya makin teruk.. hurm.. redha dan terima dengan sabar..


ok la, mahu rehat dulu.. 
Happy Blogging !!!!


peace ;p



Wednesday 27 July 2011

Terjah !!!

Haloha semua.. :)

kini, dang nak kongsikan sambungan pengembaraan dang dan keluarga.. dalam asyik berjalan, rupa-rupanya ada Karnival yang dijalankan kat Kuching ni.. memang tak kan melepaskan peluang yang ada, memang singgah sebentar.. untuk jenguk-jenguk apa yang ada.. seperti biasa kalau dah namanya karnival kraf dari sarawak plak tu, so barang-barang yang dijual memang terbeik dari ladang.. hasil pembuatan tangan yang asli dan menceriakan.. :) karnival ni berlangsung dari 22-31 Julai ni.. so, kepada yang berkesempatan untuk terjah, amat la digalakkan.. 


koleksi manik.. cantik semuanya.. :)
hasil buluh.. TABUNG.. :)
selesai meronda satu Kuching, tu pun tak habis jalan.. terus pergi isi perut.. makan plak nasi ayam panggang.. memang terangkat menunya.. peluh jantan pun kuar.. hoho.. before makan, acara wajib bergambar dulu.. nanti dah makan, memang tak ada la nak bergambar sakan.. dah fokus pada makanan kan.. hihih




peace ;p

CONTEST : Aku Dan Baju Kurung..

Haloha.. :)

selepas di tag oleh kawan dang lama iaitu Haslinda, jadi dah tiba masa untuk melunaskan kewajipan untuk memberikan sambutan dalam contest ni.. hohoho


dang jarang ada gambar yang berbaju kurung.. huhu.. jadi ni je la yg termampu dang pose kan untuk sesi berbaju kurung.. yg paling simple dan senang.. lagi pun, ini gambar terbaru bersama teman dang.. jangan buang masa paste je.. haha


dang tagkan kepada:
Deeba
Aren
Iega


peace ;p


Tuesday 26 July 2011

Gegarkan KUCHING..

Haloha semua teman-teman blogger.. :)

Hari ni dang nak kongsikan aktiviti dang sepanjang cuti hujung minggu yang lepas.. nak update aktiviti, asyik tertangguh je.. sori la yer lambat berkongsi.. hohoho.. ahad yang lepas dang dan keluarga berkesempatan round dekat bandar Kuching.. dengan cuaca yang panas terik tanpa segan silu menyambar-nyambar, kitaorang tetap menjalankan plan yang dah dibuat.. kali ni, dang berhajat untuk tengok-tengok muzium yang ada kat sarawak ni.. kalau korang nak tahu, banyak sebenarnya muzium yang ada tapi dang sempat pergi dalam 3 4 buah muzium je seperti muzium seni, muzium rama-rama, muzium etnologi dan sebagainya.. bukan apa, penat dah menguasai diri.. hoho

setiap muzium ada cerita yang tersendiri.. ada satu muzium tu, dang dapat tahu lebih lanjut lagi tentang suku kaum yang ada dekat sini.. teringat la plak time sekolah-sekolah dulu belajar sejarah.. hihi.. lepas jalan-jalan kat muzium, ambil feel plak kat taman bunga yang bersebelahan dengan muzium.. kali ni dang dan Deeba je merayap.. mak, ayah dan adik lepak2 minum.. dalam jenguk-jenguk tu, ada la kawasan tanah perkuburan untuk pahlawan dulu-dulu.. memang pecut la dang dan deeba dari situ... tak sempat nak pergi dekat menara, hanya separuh jalan je.. hoho










ok la.. nak out dulu.. nanti sambung round-round yang lain plak.. hihihi
jadi, kepada teman-teman boleh la melancong dekat sarawak ni, banyak tempat yang menarik.. so, boleh la kita berkongsi bersama kan.. hihi


peace ;p

Nombor Bertuah.. 123 :)

Haloha.. :)

Saat ni genaplah followers dang seramai 123 orang... 
cantik betul nombor tu kan.. jadi jom kita terjah empunya nombor bertuah ni..

hihihi..



peace ;p

The New MR.BIBI..

Haloha.. :)

Selamat petang dang ucapkan kepada semua teman blogger.. semoga korang semua sihat sejahtera yer.. hihi.. kepada yang bekerja, mantapkan kualiti kerja tu.. dan yang duduk rumah 24 jam macam dang ni, ringan-ringankan tulang.. hahaha.. ringan ker ?? ooppsss !!! hoho

untuk hari ni, dang nak mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang sudi mengkritik Mr.Bibi dang yang tak seberapa ni.. banyak yang dang ambil perhatian untuk memantopkan Mr.Bibi ni.. dengan kerjasama yang diberikan oleh adik dang, DEEBA malam tadi, kitaorang dah bertungkus lumus untuk membuat perubahan yang sepatutnya... ni sajalah yang termampu dang lakukan.. :) dang harap, dengan perubahan kecil ni, membuatkan kawan-kawan selesa berkunjung di Mr.Bibi dang.. hihi

sebagai salah seorang yang dikritik hebat, dang ambil kritikan tu untuk menjadi lebih baik.. untuk menaikkan taraf blog dang.. hoho.. ini juga penting kalau kita tengok balik di dalam kehidupan.. perubahan yang kecil pun pasti akan memberikan kesan yang mendalam kepada sesuatu benda.. tu baru kecil, kalau perubahan yang besar macam mana plak ??? so, pandai-pandailah korang fikirkan... 

tiada kaitan dengan entry.. :)
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Dang budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan....


peace ;p

Ukhwah Masih Utuh..

Haloha.. :)

Sungguh tak sangka, persahabatan selama 7 tahun yang lalu terbukti masih lagi kekal tersemat.. ini terbukti apabila dang telah berjumpa kembali dengan sahabat dang semasa di tingkatan 1 dahulu.. mula rapat bila naik form 4 sebelum dang berhijrah ke sekolah teknik Sepang.. hihihi.. kalau korang nak tahu, dang berkawan dengan LINDA ni dari penang lagi.. ni semua gara-gara join segmen dari Bro Ben yang kritik blog.. 

rupa-rupanya dalam blogwalking yang dibuat oleh Linda, dia terjumpa blog dang.. so, memang terharu sangat.. huhuhuhu.. jadi, nak kenal lebih rapat sapa kawan lama dang ni, jenguk la blog dia.. kat bawah ni, dang ada link kan tentang dia menceritakan tentang pertemuan tak disangka ni.. :)




peace ;p

Monday 25 July 2011

SEGMEN: MARI CARI KEMBAR BLOGGER..

Haloha.. :)


selesai je buat pembedahan dekat Mr.Bibi dang, terus nak join segmen ni, KLIK-KLIK.. 

dang selamat dilahirkan pada 1 September 1989.. 
lebih senang untuk diingati, 1.9.89...
simple and nice.. :)


peace ;p

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Haloha.. :)


untuk hari ni punya segmen, JOIN

kepada blogger-blogger yang ingin mengkritik Mr.Bibi dang, diharap kritik dengan ikhlas.. jangan risau, dang tetap cool je.. :) ni untuk kebaikan bersama kan.. kalau tak best, bukan senang dan mudah korang nak jenguk-jenguk Mr.Bibi dang ni.. betul tak ?? hihih


peace ;p

PANAHAN Udang Sambal Petai..

Haloha... :)

Gara-gara dah lama tak makan ulam petai, 4 hari yang lepas jiran dang ada bagi lauk udang sambal petai.. bila tengok je lauk tu terus semakin bernafsu untuk menjamah.. hoho.. bukan tak pernah makan sambal, cuma dah lama tak makan petai, jadi bila dah depan mata terus nnggaappp!!! sampai tak ingat dunia.. semua petai dang sapu.. huhuhu.. bila dah settle, wat rutin harian gogok gigi.. nanti kang mulut berbau plak kan.. so, better cegah dulu.. hahhaha.. boleh dikatakan rezeki tapi tetap ada natijahnya dari perbuatan dang tu...



sampai ke hari ni sejak makan lauk petai tu, tekak dang semakin perit.. gatal-gatal... bukan apa, dang sebenarnya pantang dengan ulam petai ni... dang tak boleh makan banyak-banyak sebab nanti dang akan sakit tekak dan akan pening.. sekarang dah kena habuan, terpaksa la dang terima.. sakit ni dah tahap suara pun dah jadi macam penyanyi rockers yang ada dekat CM tu.. huhuhu

bila la nak baik sakit ni... hope cepat la sembuh.. :( masih lagi berfikiran positif, pasti ada hikmah nya.. huhu.. jadi peringatan kepada semua, jangan makan terlalu mengikut nafsu nanti jadi macam dang ni.. hohoho


peace ;p

Saturday 23 July 2011

Jagung !!! Jagung !!! Jagung !!!

Haloha... :)

selamat malam semua teman-teman blogger dang... untuk entry yang terakhir pada hari ni ialah dang nak kongsikan tentang JAGUNG.. pernah makan ?? tengok ?? hihihi.. bila dok kat Kuching ni, boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada sahaja jagung dekat rumah dang ni.. nak cakap ada kebun, memang jauh sekali la kan.. ni semua gara-gara harga jagung dekat sini lagi murah dan bilangan nya pun banyak bila beli.. bila keluarga dang dah jumpa jagung ni, memang macam-macam dibuatnya.. antaranya ialah cekodok jagung dan jagung rebus.. peminat jagung la katakan.. dang ni kurang sikit makan buah-buahan.. hahaah... tak caya?? tanya la kawan-kawan rapat dang.. hoho.. kat sarawak ni, memang terkenal dengan jagung sebab rata-rata setiap rumah mesti ada pokok jagung.. tipula kalau tak ada.. memang dikatakan makanan ruji orang kat sini la.. dang pun pada mulanya tak percaya gak, tapi bila dah tengok sendiri dan melawat, memang penuh pokok jagung ditanam dekat rumah-rumah terutama sekali area kampung... :)

baru balik kebun kedai.. haha
goreng cekodok.. yum2 !! :)



jadi, selamat banyak-banyak makan jagung... hihihi.. 


peace ;p

Kenduri Lagi sebelum tibanya RAMADHAN..

Haloha... :) 
baru ada masa untuk update Mr.Bibi ni.. bila penat, memang blogwalking je la yang dapat dang lakukan.. so, teruskan membaca aktiviti-aktiviti terbaru dari dang.. hihihi

Jumaat yang lalu, dang dan keluarga (mak, deeba dan asyraaf) berkesempatan untuk menerima jemputan kenduri doa selamat yang diadakan dekat rumah Auntie Ani, kawan mak dang dan juga merupakan salah seorang penjaga dang masa dang kecil dulu.. time sekolah tadika.. rumah auntie pun tak jauh, dalam kem ni gak... lebih kurang 5 mminit je kalau naik kereta.. kalau jalan kaki lebih kurang 10 minit.. hihi.. korang fikir la sendri kan, betapa dekatnya rumah dang dan juga rumah auntie.. hihihi..

sebelum Ramadhan tiba, kenduri doa selamat akan dilakukan seperti biasa.. bukan la wajib tapi bila ada rezeki lebih, semua orang tak akan melepaskan buat kenduri ni kan.. walaupun hanya secara kecil-kecilan sahaja.. auntie Ani jemput orang perempuan sahaja.. so, dang memang sah-sah la dialu-alukan.. hihi... semuanya berjalan lancar walaupun hujan turun dengan lebatnya.. sampaikan letrik terputus jugak la.. dengan petir sambar menyambar.. takut gak dang... tapi tak lama pun letrik terputus, kejap je.. Alhamdullilah.. 

selepas selesai bacaan yassin, mulalah dengan sesi menjamu selera.. menu untuk hari tu ialah LAKSA SARAWAK.. ni kali kedua dang makan.. not bad !! hohoho... seperti biasa, dang, deeba dan anak-anak auntie Ani iaitu FIFI dan MIMI kena serve dulu tetamu-tetamu yang hadir... memang kerja tuan rumah kan.. dang dan deeba membantu dorang je... tolong menolong kan membawa berkat.. hihi... kemudian, bila keadaan dah cool sikit, barulah turn orang dapur menjamu selera... makan-makan !!! :)

dang dan Fifi.. sebaya dengan dang.. teman masa tadika... :)

Mimi (kakak kepada Fifi), dang dan Fifi... :)
kepada mana-mana keluarga kawan-kawan dang, sempat lagi untuk buat kenduri.. buat dekat surau pun dah ok, asalkan niat yang betul... :) selamat beramal semua.... !!!! jangan lupa jemput dang... hihihi


peace ;p


TERIMA KASIH sudi FOLLOW.. Macam dapat DURIAN RUNTUH JER !!

Haloha semua teman-teman.. :)

hari ni dang rasa terharu sebab blogger terkenal dan dang kira salah seorang otai dalam dunia blog ni KLIK-KLIK, sudi untuk follow Mr.Bibi dang ni.. beliau followers dang yang ke-96.. :) walaupun beliau dah terkenal, tapi beliau masih lagi sudi untuk follow blog yang baru-baru nak meningkat ni... yang masih lagi setahun jagung.. hohoho.. lepas ni, memang mantain la dang berblogging.. hope, kepada teman-teman blogger dang pun tingkatkan skill penulisan dalam dunia blog ni.. hihi.. chaiyok-chaiyok !!!! 



peace ;p

BEN ASHAARI CARI BLOGGER KREATIF.. AKU UMPAMA !!

Haloha.. :)

untuk menjanakan idea kreatif ?? jom join segmen ni... hihi



dang menggambarkan diri dang sebagai GUNUNG BERAPI.. sebab dang seorang blogger yang sentiasa diam, nampak tenang dan banyak memerhati.. pada masa yang sama jika ada apa-apa isu yang tak kena, dang juga bukan seorang yang mudah untuk di hentam atau menghentam.. tanya terus kepada dang, jangan tanya kepada orang yang tak sepatutnya atau mendengar dari sumber-sumber yang tak betul.. selidik dulu... hoho.. jadi, jangan cari masalah dengan dang.. hoho.. kalau tak nak tengok dang meletup macam GUNUNG BERAPI tu.. hihi.. lawka je la..


peace ;p






Friday 22 July 2011

Tidur Awal.. Sebelum tu kena LAYAN dulu..

Haloha.. :)


peringatan untuk semua..
basuh kaki, ambil wuduk dulu... lepas tu baca doa tidur.. baru tidur dengan nyenyak.. :)

see u all tomorrow.. 


peace ;p

Thursday 21 July 2011

Irama Hatiku.. :)

Haloha.. :)

Just nak share dengan teman-teman blogger.. 
untuk lagu kedua kali ni, Usah Lepaskan cover by Amar Syaufi.. :)



enjoy the song.. hihihi


peace ;p

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER..

Haloha semua teman blogger.. :)


Untuk sekian kalinya, dang join segmen dari blogger terunggul, BRO OTAI.. dang pasti korang semua kenal kan?? dah lama tak join dari segmen Bro Otai, so dang tak kan melepaskan peluang untuk join kali ni.. hihi

setiap orang ada hak dan pendapat masing-masing dalam buat blog.. tak kurang juga untuk menjadi followers kepada blog yang disukai.. bagi dang mengapa blog dang harus di terjah, senang je sebabnya.. dang suka kongsikan aktiviti yang dang ceburi kepada teman-teman blogger.. tak semua berpeluang untuk mengikuti aktiviti kan?? tak kisah la aktiviti bersama keluarga atau pun kelab yang dang join.. kalau blogger lain mempunyai minat yang sama dengan dang (bidang fasilitator), lagi dang alu-alu kan untuk turut berkongsi pengalaman... selain tu, blog dang ni menceritakan kisah-kisah kehidupan seharian.. tak terlalu formal.. memperkenalkan tempat-tempat percutian kalau dang berpeluang pergi... hihih... petua pun ada sekali sekala dang kongsikan.. hihi..

Salam perkenalan kepada blogger baru.. :)


jadi, bila kita nak follow blog orang, follow la untuk mencuri dan belajar pengalaman dan info-info yang di kongsikan.. bukan semata-mata untuk meningkat trafik atau pun tersenyum dengan bilangan follower yang meningkat.. :)



peace ;p



SAYA NAK JOIN BLOGLIST FAHMI DI SINI..

Haloha.. :)


Hari ni dang berpeluang lagi untuk join segmen dr tuan tanah kedaung ni.. sapa lagi kalau bukan FAHMI.. setiap tuan tanah, mesti ada syarat-syaratnya kan.. 

MENGAPA KORANG NAK JOIN SEGMEN NI??

dari lubuk hati dang yang suam-suam kuku ni, dang nak join segmen ni sebab dang suka berkongsi crita dan aktiviti bersama teman-teman blogger.. selain tu, kalau ada pape petua ke, dang pun suka berkongsi gak.. hihihi.. untuk jumpa kawan-kawan baru, memang itu adalah sebab utama.. hoho.. dan kalau bernasib baik, jumpa semula dengan kawan-kawan lama yang telah lama hilang berita.. so, ni jugak adalah salah satu platform untuk bermesra kembali.. hihi.. betul tak?? :)

request dari FAHMI gak, dia nak tahu:

NEGERI ASAL 
dang ialah Selangor.. tapi hidup selalu merantau.. :)

WARNA BAJU RAYA 
tahun ni, putih dan berbunga tulip.. 



peace ;p



Wednesday 20 July 2011

BAKAT MUDA.. Terjah!!!

Haloha.. :)


malam ni dang nak kongsikan dengan korang semua dengan sorang insan seni yang bakal la kot dalam meningkat naik... hihihi... nama dia Amar Syaufi.. banyak lagi lagu-lagu yang dia nyanyikan dan dah pos dekat Youtube... jadi, korang boleh je search, ok??... amar ni salah seorang junior dang time sekolah teknik dulu.. so, enjoy the video sebelum tidur... :)

" GOOD NIGHT..... "


peace ;p

Air Kelapa.. Sedap dan Berkhasiat.. TAHU??

Haloha.. :)

petang-petang ni kalau dapat minum air kelapa pasti akan menyegarkan badan yang tengah lesu kan.. dah lama dang tak minum air kelapa, tetiba teringin plak.. tapi dah kat kuching ni payah sikit nak cari air kelapa.. sepanjang dang dekat sini, tak nampak plak air kelapa ada dijual.. kalau ada pun dang tak pasti kesahihan air tu sendiri.. takut terminum air lain je... hahha.. jadi memang akan kempunan la nak minum wat masa terdekat ni.. huhuhu.... bila cuaca panas terik, kalau minum air kelapa pasti rasa nikmat.. hingga tak terkata... tipu la kalau korang cakap tak minum air kelapa.. sebab paling kurang, korang mesti pernah makan jeli kelapa kan?? maknanya secara tak langsung, korang pernah la jugak menjamah air kelapa tu.. hihihi

tapi korang tahu tak yang air kelapa ni boleh hilangkan jerawat yang ada kat muka korang tu... jadi lepas ni kepada sape-sape yang nak save budget, boleh la pergi borong air kelapa tu.. kalau tak jumpa, pergi je kat pasar malam, mesti ada jual.. tak pun tunggu je bulan puasa yang bakal tiba, gerenti bersepah-sepah orang jual.. hihi.. sebenarnya, dang pun baru je tahu tentang hal ni.. dang belum cuba lagi sebab sekarang ni muka tak ada jerawat kan.. hihi.. perasan plak.. hahaha... ok3.. dang kongsikan sedikit petua dengan korang untuk hilangkan jerawat..

pertama sekali korang kena campurkan segelas air kelapa dengan 25 gram serbuk kunyit cap apa-apa pun takpe dengan sedikit kayu cendana merah.. kalau tak tahu kayu cendana merah tu apa, tanya mak korang ok.. lepas tu, korang biarkan sehari suntuk.. sebelum tu, kacau dulu bagi sebati.. dan seterusnya simpan elok-elok selama 3 hari.. kemudian, dah 3 hari, korang tapis adunan tadi tu dan sapukan dekat muka korang.. buat sebanyak 2 kali sehari sampailah jerawat yang ada kat muka tu hilang..

sumber dari cik google..
so, apa tunggu lagi.. senangkan petua yang dang berikan.. jadi, bila muka dah licin tu, jangan lupa ucapkan alhamdullilah... ni juga adalah salah satu cara untuk berusaha.. betul tak?? 


peace ;p

Firdaus Life: Berkawan Dalam Kumpulan

Haloha.. :)


Jom join segmen ni.. tak mahu cakap banyak... follow jer.. hihihi

" Mari Kita Sama-sama Berkawan.... "



peace ;p

Tuesday 19 July 2011

Berakhirnya penantian..

Haloha.. ;)

tepat pada pukul 430 petang hari ini, penantian dang telah berakhir.. sebab apa?? ayah, mak dan asyraaf telah selamat tiba dekat rumah.. semuanya selamat.. Alhamdullilah.. 

jadi, tak ada la dang risau-risau lagi.. seperti biasa, roti gardenia tetap menjadi salah satu barang makanan yang diborong oleh mak dang.. berpeket-peket roti.. bleh buka kilang roti dekat rumah... hihi


peace ;p

Sabar Menanti..

Haloha... :)

Sudah lama dang menyepikan diri ini dari bertemu dengan Mr.Bibi dang ni.. maaflah yer dengan keadaan yang sibuk ni, agak sukar dang untuk update di sini... masa yang diperuntukkan hanya sempat untuk blogwalking sahaja dekat kawan-kawan punya blog.. so, korang jangan risau... dang tak hilang pun, ada je.. :)

bukan apa, sejak beberapa hari ni dari hari khamis yang lalu, dang hanya tinggal berdua dengan adik dang, deeba.. jadi, kerja-kerja rumah, bahagian masak-memasak dan sebagainya dang la yang kena uruskan.. kira jadi bibik terhormat la, macam biasa... bila dah penat buat kerja rumah semua, penat tu memang tak payah nak cakap la kan.. tu yang hanya BW je.. tak larat nak menaip semua.. hihi

hari ini adalah kepulangan ayah, mak dan asyraaf dari semenanjung... sepatutnya mereka dah sampai kat kuching ni, tapi disebabkan flight delay, so lambat lagi la nak ada di rumah ni.. jangan sampai tergendala sampai esok, dah la... nasi plak banyak dang masak untuk hari ni... huhuhu.. rindu tu memang terasa sangat la.. mesti macam-macam crita yang mak dang nak kongsikan.. biasa la kan, sekali skala balik semenanjung, pastu sempat plak ziarah saudara-mara, memang banyak la story morry nya nanti.. hihi.. tak sabar nak korek ni... hihihi.. cepat la balik semua... :( hope semuanya berjalan lancar.. jangan sampai dang yang terbang, jadi superwomen.. hahha

sumber cik google.. :)


cuaca kat kuching sekarang mendung je.. macam mana plak dengan KL?? hurm......


peace ;p

Thursday 14 July 2011

Ole-Ole Buat Orang Semenanjung.. :)

Haloha.. :)

Pernah dengar tentang KEK LAPIS SARAWAK ????? dang pasti semua teman-teman blogger kenal dan pernah makan kek ni... hihihi.. sesetengah orang minat dengan kek ni, ada yang cakap sedap sangat, ada yang boleh habiskan 2 ketul kek ni terus dan tak kurang juga ada yang kurang minat... hihi.. dang tergolong dalam kurang minat makan kek lapis ni.. hihi.. kalau kawan-kawan dang tahu mesti dorang akan cakap kat dang, memang rugi sebab tak makan kek ni... tapi dang tetap wat tak tahu je.. hahha... sebab kek ni kalau dijual kat semenanjung memang mahal, itu tak dinafikan... jadi, rezeki dang duduk dekat sarawak ni, so hari-hari boleh makan kek lapis ni cuma dang je tak mahu makan.. :) kepada kawan-kawan yang suka makan kek tu jangan marah ek... hihihi

kali ni, untuk orang semenanjung memang beruntung sangat-sangat sebab mak dang akan bawa ole-ole kek lapis ni untuk orang sana, lebih-lebih lagi dekat saudara mara dang yang ada kat selayang tu.. bukan la mak dang nak bagi semua penduduk semenanjung tu... jangan salah faham ek.. hihih.. tiap kali balik sana, mesti tak tinggal la kek ni... memang 1 kotak yang pasti akan bawa ke sana bezanya kotak besar atau kecik je.. kali ni, mak dang bawa kotak besar punya.. hahha.. mana tak nya, semalam mak dang berhabis shopping kek lapis kat sini, gara-gara nak bawa ke semenanjung hari ni.... hihi.. mak dang jenis tak kisah asalkan bahagia.. hoho

untuk pengetahuan semua, kek lapis ni ada macam-macam perisa taw.. ada yang mint dan ada yang biasa je.. perisa oren, strawbery, cheese, coklat, milo, masam-masam manis, ati pari dan banyak lagi la.. dang pun tak ingat sangat nama kek ni.. hihihi... sekarang ni ada plak kek lapis sisik ikan.. korang jangan salah anggap plak, bukan ada sisik ikan yang betul-betul tu, cuma nama dan corak dia tu macam sisik ikan.. kat bawah ni la kek lapis.. ni untuk rasa.. :)



tengok tu, banyak kan kek lapis mak dang beli... semalam 21 ketul mak dang beli.. mak aih!! tak pernah-pernah dibuat orang.. memang kotak besar semalam dang angkat.. hahha... 


jadi, kepada yang datang sarawak tu, cari la kek lapis yer.. :) murah-murah je kat sini...


peace ;p

Selamat Tiba !!!!

Haloha.. :)

selamat pagi dang ucapkan kepada semua teman-teman blogger.. jarang sungguh dang mengupdatekan diri time pagi ni.. hihii.. bukan apa, selalunya bz je time-time macam ni... kalau lapang pun, menghala ke petang.. barulah dang muncul.. hohoho...

pagi ni, bermulalah kehidupan duduk rumah sorang-sorang sehingga selasa depan.. adik dang yang si deeba tu sekolah.. jadi petang baru balik rumah.... mana mak dang?? ayah?? asyraaf kan?? huhuhu.. pagi ni mak, ayah dan asyraaf akan berlepas ke semenanjung atas urusan keluarga dan kesihatan... sekarang ni ada la dekat air port kuching tu.. dang tak hantar mereka ke air port sebab Cik Azlan nanti ada kerja, jadi malas nak ganggu.. Cik Azlan ni bukan sape-sape pun, pekerja ayah dang juga... dia la yang menghantar family dang ke sana... 

hari ni mati kutu dang terus... tak kan la nak menghadap tv 25 jam kan?? boleh jadi tak betul dang sorang-sorang.. huhuhu.. so?? sape nak temankan dang?? meh2 datang sarawak... hihihi.. 

 " Semoga Perjalanan Keluarga Dang Tiba Dengan Selamat Dan Berjalan Lancar..... "


peace ;p

Monday 11 July 2011

SARIKIN.. Tak sah kalau tak singgah..

Haloha.. :)

hujung minggu ini adalah masa untuk diluangkan bersama keluarga yang tersayang.. jadi, peluang ini tak kan dang lepaskan.. untuk hujung minggu kali ni, dang dan keluarga telah pergi ke Sarikin, salah satu tempat yang ada di sarawak ni.. dari rumah dang lebih kurang 1 jam setengah gak perjalanan ke sana.. kalau semenanjung, diibaratkan macam dari melaka ke seremban.. :) jadi, korang mesti dapat mengagakkan perjalanan dang macam mane.. jalan semua lalu dekat kawasan kampung.. tak ada highway, ok?? hihi... dekat sini, macam-macam yang di jual.. lebih-lebih lagi barang-barang kraf tangan dari sarawak sendiri dan juga barang dari negara Indonesia, iaitu bandung.. :) kalau sampai kat kuching ni, kalau tak singgah sini, memang tak sah.. kira tak complete la perjalanan ke sini.. hihihi

dekat sini, masa terlalu awal berbanding semenanjung, jadi dang sampai kat Sarikin ni pun dalam pukul 11 lebih jadi matahari dah terpacak tegak dekat kepala.. dah macam pukul 12 tengah hari.. dalam berpeluh semua tu, tinjauan tetap di buat.. semua ditempuh dengan penuh ceria.. memang berpeluh sakan semuanya, lebih-labih lagi bila tengah membelek barang-barang, mengalir peluh.. memang betul2 terhidrat.. hoho... jadi, sebelum korang semua nak berkunjung ke sini, pastikan bawa topi, payung, sapu tangan, kipas, dan pkai la cermin mata.. ok?? ini adalah amaran keras.. hihihi... yang menjadi barang belian ialah,

TUDUNG SAJI BUATAN TANGAN.. mak dang yang punya..
KAIN ELA.. dari bandung, sbb ada nya sulaman yang cantik.. mak dan dang juga..
BEG.. menjadi milik deeba dan dang..
dan sebagainya.. banyak sangat nak senaraikan.. ni jela yang termampu nak bagi tahu...



dari pagi tak makan pape, jadi bila dah nak hampir ke petang plak baru balik dari Sarikin, memang semua kelaparan la kan.. dalam kereta mak dang dah bagi tahu, dapur cuti.. jadi, ayah dang terus bawa pergi makan ke Restoran RJ Ayam Penyet... restoran ni salah satu yang menghidangkan ayam penyet yang best.. ni 1st time dang cuba makan kat sini.. family dang dah pernah makan kat sini, jadi dorang la cadangkan singgah kat sini.. memang tak terkira sedapnya... yum2.. paling suka ayam berempah dia.. ppeerrghhhh!! sampai menjilat jari semuanya.. :) restoran dia pun cantik.. ala-ala klasik gitu...


muka berminyak sempat lagi bergambar.. hihi

inilah dia RJ Ayam Penyet.. nama menu ni.. :)
jadi, kalau korang singgah dekat sini, jemputlah datang ke restoran ni... :)


peace ;p

Tempahan yang berbaloi.. MARI-MARI.. :)

Haloha... :)

RINGKAS DAN PADAT !!!!

hari ni dang nak war-warkan kepada sesiapa yang ingin menempah 
keychain hp, keychain beg atau apa-apa sahaja..
 bolehlah pm dang, ok kat sini.. 

semuanya diperbuat hasil buatan tangan sendri.. hanya menggunakan tanah liat.. jadi, jangan malu-malu untuk menempah.. aksesori ini sesuai dijadikan goody beg, atau hadiah hari jadi dan sebagainya.. harga juga berpatutan sekitar RM 8-12 untuk 1 kuantiti.. itu tak termasuk penghantaran.. untuk membuat corak/ logo yang lain juga boleh... asalkan hanya bagi contoh kartun apa yang ingin dibuat untuk ditempah..... :)

sebarkan kepada kawan-kawan yang lain.. :)

salah satu contoh keychain hp, Angry Bird..  dalam proses siap.. (50%)

bila-bila masa sahaja.. just pm kan kat dang.. :)

peace ;p