Friday 28 September 2012

Udara Luar...

Haloha...

Cuti hujung minggu ni, tiada apa yang boleh dibuat melainkan hanya menghabiskan masa menghadap segala tugasan yang tertangguh.. Itu pun belum tentu lagi siap.. huhuhu.. Otak dang dah macam tepu dibuatnya.. Dang bercadang esok nak tengok wayang tapi apakan daya, eton dan rozi plak ada group discussion di perpustakaan.. Kalau ikutkan hati nak je pergi sorang-sorang tapi bila difikirkan balik, bahaya pun ada... Ini bermakna, esok pun macam hari ini juga lah plannya.. Memerapkan diri dengan menghabiskan masa-masa yang ada...

Hari-hari yang bakal tiba terasa lambat sangat berlalu.. Hurm..
 Bila la nak cuti panjang ???
Kebosanan yang tahap melampau... :(



peace ;p

Thursday 27 September 2012

Serah Tugas...

Haloha...

Semester ni, akhirnya dang boleh tarik nafas lega sebab dah serahkan tanggungjawab yang dang pikul selama ni... Alhamdullilah, akhirnya semuanya berjalan dengan lancar... Tugas yang dang pikul selama 4 semester ni memang begitu mencabar.. Sebab sifat amanah kena ada dalam diri.. Tugasnya tak lain tak bukan sebagai Bendahari 1 di dalam OPEMS..

Bila dah bertukar tangan untuk jawatan ni, dang harap sangat orang yang memegang tugas ni biarlah orang yang dang dah kenal dan faham cara mereka bekerja... Dan keputusannya ialah, junior yang dang rapat telah berjaya memegang jawatan ni.. Alhamdullilah.. Bobo dan Fik orang yang dang percaya dalam memegang amanah ni.. Lagi pun, cara dorang menjalankan tugas pun dang faham.. Memang cool.. Bila dah jadi bendahari ni, makin cool la..
Sempat lagi dang berpesan bila jumpa dorang,
"Kita perlu jadi ceti.. Tak kisah orang tak suka dan lari tengok kita tapi biar simpanan kita masyuk.. hehehe"

Semoga Bobo dan Fik menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan sentiasa mantain cooool..
hehhehe



peace ;p

Saturday 22 September 2012

1 Pagi Bersama Pensyarah...

Haloha...

Pertama kali kelas untuk subjek Isu diadakan di gerai makan untuk bersarapan..
Sambil-sambil makan, isu-isu yang lain hangat dibincangkan... hehehe
Sarapan pagi, ditaja oleh pensyarah..
Terima kasih TY.. :)




Inilah dia pensyarah untuk subjek Isu, Tengku Yusuff atau lebih dikenali sebagai TY..

peace ;p

Thursday 20 September 2012

Kejutan Yang Tidak Disangka...

Haloha...

Untuk tahun ni sempena hari lahir dang yang lepas, dang menerima hadiah daripada Si Dia dan teman-teman dang... Hadiah pertama sekali yang dang dapat ialah ucapan hari lahir daripada keluarga dang... Tepat pada pukul 12 am (1 September), mak dang dah call... Terharu dang.. hihihi...

Next, hadiah daripada Idan... Idan belanja dang makan GCB Mcd... Malam tu, dang dengan Idan lepak kat Mcd selama 2 jam.. macam-macam diborakkan... Lagi pun, time tu baru nak final intersesi, jadi adalah ruang sikit untuk merehatkan minda... hehehe

Seterusnya, pemberian dari Si Dia... Si Dia menghadiahkan dang bantal busuk.. hehehe.. Bantal ni ditempah dekat kawan dia, merangkap kawan dang juga... Terima kasih Mira sebab buatkan dang bantal ni.. Design ni pula hasil daripada idea Si Dia... Setiap malam memang menjadi teman dang... heheheh


Seterusnya hadiah daripada CK... Sebelum dang bertolak balik ke Dungun, CK hadiahkan dang coklat... Memang kegemaran dang.. hehehe.. Tapi tak sangka plak sebanyak ni CK belikan... Terkejut tu.. hohoho


Akhir sekali ialah bantal couple yang dang tempah... Bantal couple ni sebenarnya untuk Si Dia satu, dan satu lagi untuk dang... Jadi, sama-sama ada bantal.. hehehe... Bila dah hidup berjauhan, dan jarang jumpa.. Bila adanya bantal ni, bolehlah teringkat kat orang tersayang... hihihi... Lagi pun, bulan Ogos yang lalu hari lahir Si Dia, jadi ini juga adalah salah satu hadiah dari dang untuk Si Dia.. 


Dang ucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat kepada dang semasa hari lahir dang yang lalu.. Semoga doa-doa yang korang ucapkan yang baik-baik tu akan menjadi kenyataan.. Amin..
Dan kepada orang tersayang yang memberikan hadiah kepada dang, dang ucapkan ribuan terima kasih... Sebab dah besar-besar ni, dah lama tak dapat hadiah... hihihi.. Bila dapat hadiah rasa teruja sangat.. hehe




peace ;p

Tuesday 18 September 2012

Gathering Ratu-Ratu...

Haloha...

Untuk memenuhi jemputan rumah terbuka Si Adik (nama timangan Cute Mama - baju putih) yang sedang duduk tu, dang dan ratu-ratu hati dang memenuhinya... Dah lama tak menjenguk kawan-kawan jadi, ada rezeki dan masa terluang peluang tidak dilepaskan... Jadi, bolehlah gathering sama-sama... hihihi.. Masing-masing melepaskan rindu.. Kalau nak jumpa, genap setahun baru bersua... Mana taknya, masing-masing merantau, faham-faham je la kan... hohohoho

Yang lain semuanya bujang lagi... Teruja jugak dang bila tengok ada kawan yang sarat mengandung... Macam manalah perasaan jadi seorang mak tu.. Hurm... Tak dapat dibayangkan.. cewah.. hihihi.. Pape pun dang ucapkan tahniah.. Tak lama lagi Si Adik ni akan melahirkan anaknya tu.. Kalau tak silap dang, dalam bulan 10 rasanya due dia.. Hope semuanya berjalan lancar.. Bayi yang dikandungnya ialah Hero..
Lepas ni jadi Hero Malaysia plak... hihihi


Selesai semuanya, masing-masing meneruskan aktiviti yang dirancang... Walaupun masa sekejap dengan ratu-ratu hati ni, tapi dang tetap puas.. Bergambar kenangan adalah perkara wajib taw.. Lepas ni tak tahu lagi bila dapat jumpa... Lagi pun, hari tu adalah hari terakhir dang berada di Shah Alam.. 
Malam nak berangkat ke Dungun semula... hohoho

Dang, maria dan Arin... :)
Ini plak adalah hero-hero malaya yang sanggup mengekor ratu-ratu untuk berjumpa satu sama lain.. Hero Arin tak dapat datang hari tu disebabkan mengalami kecederaan selepas main bola.. Hero yang tengah-tengah tu adalah hero Si maria.. Hero hati dang ??? korang tekalah mana satu... hehehhe

Si Dia, Ip dan CK....
Dalam tengah sibuk-sibuk bergambar tu, rupa-rupanya gelagat kitaorang diperhatikan oleh seseorang yang dang sangat rapat dulu... Dia adalah housemate merangkap roomate dang semasa dang kat kolej dulu time diploma... Dah lama tak jumpa Si Shrah ni... Dang kenal dia semasa sama-sama dalam kegiatan aktiviti UiTM... masih lagi tak berubah... Tetap sama... hihihi.. Rindu Shrah !!! :)
 Kalau bertegur pun kat mana lagi kan, di alam maya je la... FB... hohoho


Hari tu juga adalah rezeki dang rasanya... Semasa singgah di Masjid Shah Alam,dang terserempak plak dengan teman sekatil dang semasa di sekolah teknik dulu... Time tu dang baru je nak ambil wuduk untuk solat Zohor... memang terkejut tak terkira dan excited yang teramat sangat... Ismaliana atau lebih dikenali sebagai Is je.. lama dang tak dengar khabar Si Is ni.... Bila dah solat semestara tunggu Asar, sempat la jugak dang mengikuti perkembangan dia... tak sangka jumpa dia di rumah Allah... Alhamdullilah... :)


Berbalik pada plan awal, sebelum dang berangkat ke stesen bas, masa yang tinggal ada lagi dalam 5 jam untuk bersama dengan Si Dia... Dengan keadaan cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai, destinasi seterusnya ialah ke karoeke.. Jangan salah faham, dang pergi ke sana tidak berdua taw tapi bertiga... hehehe.. Kali ni 1 jam je, sebab lepas tu nak pergi makan plak.. kalau tak kebulurlah dang dalam bas nanti... hohoho

Suka dang tengok gelagat masing-masing menyumbangkan lagu... heheheh.. 
macam-macam lagu ada.. hihihi
Semua dibelasahnya... :)

Si Dia kusyuk menyanyi... hehehe
CK tetap baget cool... heheh



Dang rasa happy time ni... Sambil gathering dengan ratu-ratu hati dang, dang juga dapat bersama dengan Si Dia dan CK.. Teman jiwa dang dan juga teman rapat.. Terima kasih jugak kepada CK sebab sudi menjadi pemandu yang tak berbayar untuk hari itu... jasamu tetap dikenang... heheehe..

Next time, hope dapat jumpa lagi dan buat aktiviti lain plak..


peace ;p

Monday 17 September 2012

Pujuk Dengan DOMINO's...

Haloha...

Baru-baru ni dang merajuk dengan Si Dia (semasa dang turun KL sebelum semester baru mula)... 
Cakap sepatah, dang balas sepatah.. 
Memang susah nak pujuk taw kalau girlfriend merajuk.. hohohoho... Mesti korang pun pernah merajuk kan ??? Jadi, apa yang BF korang buat nak pujuk korang ??? hohoho.. 
Cuba share sikit.. hihihi

Masa tu dang saja je nak test Si Dia.. Tengok apa gelagat Si Dia.. Sebab dang tak pernah merajuk yang ekstrem bila dengan Si Dia... Tapi pada hari tu, dang memang marah sangat-sangat.. Time tu barulah Si Dia tak senang duduk... Bayangkan dari pagi sampai malam, dang tak makan pape pun.. Setakat minum air mineral je.. Dalam hati nangis la jugak tapi sabar je la... huhuhu.. Mana tak nya, lapar tahap babun la.. hoho

Petang tu, lepas je belik tiket, Si Dia pujuk ajak dang untuk makan malam... Dang ikutkan je sebab dah memang lapar.. Perut ni pun dah merayu-rayu minta dipenuhkan... Jadi, pilihan dang ialah Domino's... Si Dia tak kisah dang nak makan apa, jadi ikut nafsu makan dang, memang Domino's la kan.. Alang-alang dah mengidam sebenarnya, time ni la kena dapatkan... Memang berbaloi makan... 

Dalam 6 keping pizza ni, dang makan 4 keping... hehehe.. Tersenyum je time makan.. 
Dah tak ada muncung-muncung itik... hehehhe


Bukan tu sahaja, roti garlic pun order jugak... Sangat gebu roti ni.. memang terangkat.. 
Sedap !!!!.. Dah lapar, semua sedapkan... hihihi




Jadi, kenyang je perut, senyuman mula terukir kembali...
Dang pun tak adalah nak merajuk lama-lama.. Rugi masa je taw.. Merajuk kejap-kejap cukuplah.. 
manja-manja gitu... hahhaha.. 
Jangan ikut perangai dang... hihihi


peace ;p

Hajat Yang Kesampaian...

Haloha...

Dalam 2-3 minggu ni, dang kerap turun ke merata-rata tempat... Biasalah, sebelum tamatnya bulan Syawal (yang sudah pun berakhir), rumah terbuka atau majlis-majlis perkhawinan kerap diadakan.. Dang sebagai tetamu, mana yang sempat dang pergi.. Mana yang tak berkesempatan, kiriman salam diutuskan... hehehehe... Banyak yang dang nak kongsikan dengan semua... Tapi kita mulakan dengan satu persatu dulu ye.. 
Sabarkan separuh daripada iman... hihihi.. 

Entry ni sepatutnya dang post sebelum masuk semester lagi, tapi apa kan daya, masa sangat cemburui dang.. Jadi, dah 2 minggu kuliah baru dang boleh post.. Awal-awal semester hari tu, dang turun KL untuk menunaikan hajat seseorang iaitu CK.. CK ni dah lama sangat berhajat nak belanja dang makan.. Kalau ikutkan, dah 3 atau 4 kali janji terpaksa dibatalkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.. Jadi, kali ni CK cakap kalau batal jugak, tak kan ada lagi tuntutan.. Dan dijadikan cerita memang dah rezeki dang, jadi, hajat Si CK dapat ditunaikan... CK dah janji nak belanja dang chicken chop.. hohoho... Lagi pun, rezeki dang jatuh plak pada hari jadi dang (seminggu lepas time dang turun ke KL)... Jadi, kitaorang buat keputusan untuk makan di Pizza Hut je..

Ni la hidangan dang yang di suggest oleh CK..
Ni 1st time dang makan, not bad la.. cuma kentang lecek tak berapa sedap... hohoho
Ni plak hidangan CK untuk malam tu...
Spegeti yang memuakkan,.. hoho
Ceria bila ada orang belanja... hehehe
Inilah CK.. hohoho

Selain itu, ada 1 lagi hajat yang kesampaian.. iaitu hajat dang untuk berjumpa dengan Liya... Liya ni adalah kenalan dang di FB, merangkap kepada girlfriend kembar CK... Rasanya dah nak dekat 2 tahun dang kenal Liya tapi baru ni lah 1st time dang berjumpa Liya.. hehehe.... Best kawan dengan Liya.. Gila-gila dan sporting... hihihi

Dang dan Liya... :)
Bila hajat masing-masing dah tertunai, tibalah masa untuk pulang... Walaupun masa hanya singkat tapi dang tetap puas dalam pertemuan yang dirancang hanya 2-3 hari sahaja... Lepas ni bolehlah hang-out sama-sama lagi k... Semoga kita berjumpa lagi...

Sayang korang semua... :)


peace ;p

Thursday 6 September 2012

Tersasar dari SASARAN...

Haloha...

Hari ni nasib tidak menyebelahi dang... Dari pagi tadi, sebelum masuk dewan nak jawab final, hati berdebar-debar, menggigil satu badan dan hilang fokus.. Soalan yang ditanyakan tu tak adalah susah mana, semuanya dah buat dalam latihan tapi disebabkan hilang fokus, soalan senang pun boleh ada kesalahan... huhuhu.. Balik je rumah, dapat tahu dari Che, carrymark dah keluar.. Aduh !!! Lagi berdebar dibuatnya.. Buka semester nanti kena tengok... Dapatlah agak-agak keputusan yang akan keluar nanti.. Apa-apa pun, alhamdullilah semuanya dah selesai.. Tak perlu lagi fikir untuk ni, perlu fikir plak untuk masa akan datang...

Hari ni jugak dapat berita dari Si Dia lepas sahaja jawab final, plan hujung minggu ni kemungkinan dalam 50-50 plak... Aduh.. Bagai merentap jiwa dang.. Plan lama dah, last-last jadi macam ni.. Mana tak kecewa.. Nak je mengamuk tapi diamkan je la... Benda nak jadi kan.. Kalau malam ni, keputusannya tetap sama.. Dang tak nak turun KL esok.. Lantaklah tiket dah beli, asalkan dang tak tanggung masalah bila dah sampai sana.. Dang tak suka susahkan orang, bila-bila lagi time-time macam ni.. Biarlah dang duduk dan terperap dalam rumah je.. Nak merajuk dengan semua orang.. :(

Lagi satu kejadian, petang ni sepatutnya dang keluar dengan Idan untuk ke pasar malam.. Plan ok dah, dengan set masa baik punya.. Tapi disebabkan seseorang, plan tu bertukar... Kalau setakat bertukar je, ada backup plan tak apa lagi, tapi ni CANCEL terus... Mak aih !!! Panas betul hati dang... Dang tak kisah kalau ORANG tu bagi tahu awal-awal,ni last minute baru nak bagi tahu... Dang dah siap semua, kalau dang ni tak siap apa-apa lagi, tak apa la jugak.. Geram betul dibuatnya... Jadi, terpaksalah dang minta maaf dengan Idan atas sebab yang tak dapat dielakkan ni...

Dan yang terakhir setakat ni, dang sedang menunggu P untuk bagi tahu updated tentang A yang berhutang dengan dang.. Tapi sampai sekarang haram nak dapat maklumat.. Dang tak kira, hari ni jugak dang nak balik duit dang.. Lantaklah, dorang nak korek celah mana.. Janji mesti ditepati.. Sepatutnya dorang dah kena bayar sebelum raya lagi, tapi sekarang ni dah berminggu-minggu lepas raya... Kembalikan duit Dang !!!!!

Lepas ni tak tahulah apa nak jadi lagi.... Cukuplah hanya ini sahaja dugaan yang dang kena hadapi.. Dalam satu hari, macam-macam yang jadi.. Dah jatuh, ditimpa tangga plak tu.... Nasib badan.. :(


peace 

Wednesday 5 September 2012

Hari Terakhir Kita Bersama... :(

Haloha...

Lepas hari ni dang akan rindu kepada kawan-kawan dang... Masing-masing akan kembali ke kampus semula, dan ada juga yang berpraktikal.. Yang masih lagi di kampus boleh lah jumpa, yang dah tak ada dekat kampus entah tahun bila lagi boleh jumpa pun tak dapat nak cakap... huhuhu.. Begitulah lumrah kehidupan, dalam pertemuan pasti akan ada perpisahan... Esok adalah harinya, saat-saat terakhir bersama mereka... Terasa cepat masa berlalu... huhuhuhu.. 

Dang dan Fatimatul.. budak dungun tapi belajar dekat kampus melaka..
ambil jurusan HR.. :)
Kampus Dungun.... Semester depan boleh lagi jumpa.. :)
Dari kiri yang hujung sekali,
Danial - kampus arau
Che dan rahman - praktikal semester depan..
Fokuskan belajar.. hihihi

Jadi itulah, sesetengah rakan-rakan dang dalam mengharungi detik-detik terakhir sebelum pergi berjuang esok.. Jadi, doakan la ye dang dan rakan-rakan selamat dan berjalan lancar dalam menjawab peperiksaan esok pagi... Ok lah, out dulu... Nak sambung buat revision plak..


peace ;p


Tuesday 4 September 2012

Gendang Gendut...

Haloha...

Hari ni seperti biasa dalam rutin harian, menetap di library.. Tapi hari ni memang lewat dang pergi.. Lepas zohor barulah gerak ke kampus... Pagi tadi, kaki plak jadi bengkak.. Tak tahu sebab apa.. Maybe salah urat kot... Sepatutnya berjanji dengan Fatimatul pukul 10, keadaan tak mengizinkan dang jumpa dia pukul 2 lebih macam tu.. Time tu memang dia dah lemau la untuk study lagi.. Jadi, Fatimatul minta diri dulu sebab dia dah lama sangat duduk dalam library dan tak makan lagi...

Dang tak kisah... Sebab kalau dipaksa belajar pun, tak masuk susah jugak kan... Petang tadi, dang dan Che je lah yang study dekat library.. Seperti biasa jadi tutor mengajar Che topik yang dia tak berapa nak faham.. Pada masa yang sama, dang pun buat latihan mana-mana yang patut.. Sebab nak ingatkan balik mana point-point yang penting.. huhuhu..

Dalam belajar tu, mak aih tahap kelaparan meningkat sampai ke 100 %... Aduh... Memang tak larat sangat dah.. Banyangkan, duduk dekat library sampai nak tutuplah.. Perut memang berbunyi sakan.. Dang wat tak tahu je depan Che.. Lantaklah.. hehehe... Terpaksalah cover baik punya.. hohoho.. Nak balik je, hujan turun dengan lebatnya... Terpaksalah menumpang Si Che.. Nasib baik ada Che, kalau tak memang basah kuyup.. hohoho..

Balik je rumah, terus dang ke dapur... Tak sabar dah nak makan... Tengok apa yang ada, dang siapkan.. Jadi, menu hari ini ialah ikan bilis sambal dan ikan masin.. Memang naik selera makan disebabkan ikan masin.. Dah lama tak makan ikan masin, tu yang jadi lagu tu.. hehehe... Alhamdullilah.. Perut pun dah tak berbunyi lagi... Jadi, bolehlah teruskan aktiviti malam seperti biasa... Jangan fikir lain taw, study lah maksud dang... hehehe..

Esok last dang berdiskusi... 
Sebelum dang berperang pada hari Khamis ni...
Janganlah pening-pening lagi... hohohoo


peace ;p

Monday 3 September 2012

Hidup Library... !!!

Haloha...

Dalam sebulan ni, dang banyak menghabiskan masa di perpustakaan... Bukanlah nak melobi yang dang ni budak skema yang 12 jam menghadap buku je, tapi dah jadi macam rutin harian plak... Tiap-tiap hari pasti akan ke perpustakaan... Kalau dang sorang-sorang, mesti payah jugak nak ke sana.. Tapi disebabkan ada peneman yang sentiasa join, tu yang jadi pelanggan setia perpustakaan kampus ni.. hehehe

Dalam 2-3 hari sahaja lagi, dang akan menghadapi final untuk intersesi ni.. Jadi, kat sinilah ruang yang dang rasa paling berkesan untuk berdiskusi dan mengajar Fatimatul.. Sambil-sambil tu, dang boleh review balik apa yang dang lemah... 

Esok akan berkampung lagi di perpustakaan.. Sebelum tibanya semester baru ni, memang hari-hari muka dang.. Jadi, janganlah jemu ek kalau ternampak dang tu.. hihihi... Ok lah, mau sambung study.. Esok nak jadi tutor plak untuk Fatimatul... Hope semuanya berjalan lancar.. 


peace ;p

Sunday 2 September 2012

Hadiah Pertama Tahun Ini...

Haloha...

Alhamdullilah... Hadiah pertama hari lahir dah selamat dang terima... hehehe.. Senyum kambing dang malam ni taw... Hadiahnya ialah 1 set GCB dan ais krim McFlurry.. Hadiah hari lahir ni dihadiahkan oleh sahabat dang, Idan.. Plan ni pun secara kebetulan je.. 

Pada mulanya dang saja je nak gurau-gurau tuntut hadiah dari dia.. Tup-tup, Idan offer nak belanja makan.. Jadi, alang-alang dang ngidam nak makan GCB, dang tuntut je la dekat tawaran yang telah tersedia ada.. heheh.. Apa-apa pun terima kasih ye Idan sebab sudi belanja dang... hehehe.. Semoga Allah mencurahkan rezeki lagi kepada Idan.. Amin..

Maaflah ye, gambar tak sempat dang nak rakamkan... Biasalah, bila keluar kadang-kadang lupa nak bergambar semua.. Nampak makanan, terus serbu je.. hehehe..

Lepas ni, nak tuntut hadiah dari orang lain plak...
Kena ikut giliran dulu.. hehehe
Sebab ramai ni dalam senarai dang nak tuntut....


peace ;p

Saturday 1 September 2012

Anak Kecil Itu...

Haloha...

23 tahun yang lalu, seorang anak kecil telah dilahirkan... Berkat didikan ayah mak, anak kecil itu kini sedang menghabiskan sisa-sisa pembelajaran sebagai satu tanggungjawab ke atas dirinya untuk masa depannya jugak... Bila makin meningkat dewasa, anak kecil itu tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan hidup yang telah dilakarkan di dalam kehidupannya.. Tak semuanya indah seperti dalam cerita-cerita dongeng yang selalu disajikan kepadanya semasa masih muda.. Dan tidak juga semuanya buruk seperti yang selalu diomong-omongkan oleh sesetengah orang.. 

Kini, anak kecil itu semakin berani dan belajar memahami cerita-cerita kehidupan yang terbentang luas ini... Ramai yang berada di sampingnya dan tidak kurang juga mencemburuinya... 
Itulah lumrah dunia yang perlu anak kecil ini tanggung sehingga ke akhir hayatnya... 

Keluarga menjadi pemangkin dalam kehidupannya untuk terus berusaha dan menjadi anak yang sentiasa menghulurkan pertolongan... Membantu adik-adik adalah tanggungjawab utama dalam keluarga...
 Menjadi anak/isteri/ibu yang solehah itu adalah impiannya... 
Hari itu bakal tiba tetapi belum ada lagi rezeki untuk ke peringkat seterusnya... Anak kecil ini tetap menunggu saat-saat bila tibanya hari bersejarah dalam kehidupan..

Alhamdullilah, anak kecil itu masih boleh bernafas sehingga ke hari ini... Syukur dengan keizinanNya, anak kecil itu masih boleh meraikan hari kemenangannya untuk melihat dunia yang penuh pancaroba ini... 

Semoga anak kecil itu sentiasa dilindungi olehNya..
Amin...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-23 Nurhidayah ( Dang Intan Duka)...



peace ;p