Sunday 28 August 2011

Salam Aidilfitri..

Haloha..


Dang ucapkan kepada keluarga dang dan juga kepada keluarga sebelah pihak lelaki.. Saudara mara dang yang berada di Semenanjung tu.. 
Jangan lupa, duit raya masuk bank... hihi..

Tahun ni, dang dan keluarga tidak dapat beraya bersama di sana.. 
Mohon maaf segala salah dan silap yang telah dilakukan secara langsung atau pun tidak.. :)


Kepada sahabat handai, teman-teman blogger, dan sesiapa yang mengenali dang.. Dang tidak akan lupakan korang.. Terima kasih kerana sentiasa bersama dang.. Kepada sesiapa yang berada di sarawak tu, mai la datang rumah dang.. Terbuka untuk semua..

Semoga syawal yang bakal tiba ini akan membawa seribu satu keberkatan di dalam setiap perjalanan hidup kita..


Dan tidak lupa juga kepada Mr.SH dang yang jauh di mata tapi dekat di hati.. 
Semoga syawal tahun ini akan memberikan kita Hidayah dan memberikan ketenangan jiwa.. 
Semoga hubungan yang terjalin di bulan yang mulia ini berkekalan.. 
Jika ada salah dan keterlanjuran bahasa, sayang ingin memohon maaf..



peace ;p

Friday 26 August 2011

Ayah !!!!!!!!!!

Haloha... 

Seperti mana yang sedia maklum, hari ini adalah Hari Lahir ayah dang.. 
Mesti korang ada baca entry tu kan.. Kalau ada yang terlepas, 
boleh la terjah di sini..


Dang dan adik-adik ingin mengucapkan 

Selamat hari Lahir kepada ayahanda yang tercinta.. 
Terima kasih di atas segala penat lelah ayah untuk menjaga segala keperluan kami adik beradik.. 
Semoga ayah panjang umur dan sentiasa dirahmati oleh Nya..


peace ;p


p/s: dang segan nak cakap depan-depan, pagi tadi time ayah pergi kerja, dang hantar mesej.. hihi
apa punya anak la.... hohoho

Thursday 25 August 2011

T.E.R.S.E.N.T.A.P

Haloha..


" Lepas ni, kalau sayang nak on9 ker, nak wat apa pun.. Buatlah...
 Abang tak kisah.... "


Apakah ??


peace ;(

GiveAway From MOSCOW by Miszlullaby..

Haloha.. 

Hari ni, dang telah di tag untuk join contest dari salah seorang blogger yang sekarang ni sedang menamatkan pengajiannya di Moscow.. Kira sekarang ni tahun terakhir akak Misz ni la.. hihi.. Bilalah giliran dang untuk ke luar negara plak kan.. Aih !! Tak habis-habis berangan..

Hadiahnya lumayan.. Sebab datangnya hanya dari tempat akak Misz ni je.. Tak kan boleh cari kat tempat lain sebab jauh.. Plan dang nak melancong ke Ireland atau Denmark, tapi sekarang ni dapat buah tangan dari Moscow pun ok gak pe.. hihi.. 



So, apa tunggu lagi ??

Di tag:


peace ;p

5 - 2 ???

Haloha..

Hari ni time untuk berbuka, dang dan adik-adik dang sahaja (Deeba dan Asyraaf).. Hanya bertiga.. Selalunya berlima tapi kali ni kurang sikit korumnya.. hoho.. Mak dan ayah dang berbuka di tempat kerja ayah dang... Ada jamuan berbuka.. Di samping tu, ada orang penting datang sini jadi kenalah sambut sekali... Selama 2 hari ni, kitaorang akan berbuka bertiga je.. Kitaorang okey-okey je.. Sebab dah biasa dan faham..

Terdetik dalam hati dang.. Walaupun nampak macam biasa je, tapi tetiba terasa gak kehilangan bila berbuka dengan adik-adik je.. Dalam berbuka tadi, dang dan adik-adik semua makan sepinggan sorang.. Selalunya, kalau time berbuka WAJIB tambah 2 pinggan sorang.. Lauk-lauk yang simple dan fav pun akan jadi tak best bila makan bertiga.. Tu la perbezaan kalau kita berbuka tanpa mak ayah.. Kalau ada mak ayah, kitaorang boleh dikatakan berlumba-lumba untuk tambah paling banyak.. Memang semua berselera... 

Cube korang bayangkan kalau korang tinggal dengan adik-adik je.. 
Nauzubillah !! Dang memang tak dapat bayangkan... Memang sunyi je la..
huhuhuhu


peace ;p

Wednesday 24 August 2011

Utusan Raya..

Haloha..

Alamak !!! Dah pukul 12 lebih sekarang ni... Rasanya tak terlewat lagi ni nak pergi pejabat pos.. Walaupun ramai orang ke, atau kena beratur sampai luar pejabat pun, dang tak kisah.. Apa yang dirancang mesti kena wat gak.. Sempat atau tak je.. ??? huhuhu.. 

***** Beberapa jam kemudian...... *****

Fuhhh !!! Lega gila... hihi.. Nasib menyebelahi dang... Poskad raya yang dang kirimkan dekat mak, minta dipos dah settle.. Jadi, bolehlah malam ni dang tidur dengan aman.. Bukan apa, kalau lambat-lambat pos poskad, nanti poskad raya tu dah tak meriah.. Bak kata orang, feel tu dah kurang... hihihi.. 

Tahun ni, dang hanya hantar poskad je.. Tak banyak yang dikirim.. Itu pun ternampak kat pejabat pos, gara-gara asyik pos barang je bulan ni.. Sebabkan murah, ringkas dan cantik.. Lagi pun siap setem, senang la sikit kerjanya.. Jadi dang beli gak.. Memang rambang mata time-time macam ni.. 

Kepada rakan-rakan yang tak dapat poskad raya tu, janganlah marah atau terkecil hati taw.. Dang ni bukanlah kerja cop duit, jadi hanya termampu je... Bukan apa, nanti korang akan dapat mesej raya.. hihi.. Tunggu !!!! 


Salam Syawal....

peace ;p

Monday 22 August 2011

3 Serangkai..

Haloha.. 

Tahun ini, kita akan menyambut tiga perkara secara tak langsung.. 
Betul tak ?? Pertama ialah sekarang ni, menyambut bulan Ramadhan.. Kedua, bakal tiba ini ialah Hari Kemerdekaan negara kita dan yang terakhir ialah menyambut Hari Raya yang akan menjelang tak lama lagi.. 3 Serangkai kan.. hihi

Bagi keluarga dang pula, 3 Serangkai juga disambut setiap tahun.. Ini kerana adik-adik dang iaitu, Yon (adik kedua) dan Asyraaf (bongsu) bersama ayah akan menyambut hari kelahiran.. Unik kan?? Dalam keluarga dang, yang lelaki semua lahir pada bulan yang sama iaitu Ogos.. Bulan yang penuh makna.. 

Walaupun dah terlewat untuk dang ucapkan Selamat Hari Lahir kepada kedua-dua adik dang, tapi mereka tetap dalam ingatan dang.. 
Pada tanggal 11 Ogos 1992, Yon telah dilahirkan.. Kini, dah jadi bujang trang tang tang lagi.. hohoho.. Tahun ni, dia nak ambil STPM.. Semoga berjaya dang ucapkan.. Risau plak dang.. Tahun ni jugak, kitaorang tak beraya bersama dengan Yon.. Dia beraya dekat Semenanjung dan dang sekeluarga beraya di Kuching.. Bila diajak beraya kat sini, dia menolak.. Mesti korang cakap kejam kan ?? Bukan apa, lepas je raya ni, dia terus ada trial.. Jadi, takut tak ada masa nak tengok-tengok mana yang patut.. Itu adalah sebabnya.. Lagi pun, lepas beraya dekat sini, dang akan balik ke semenanjung.. Jadi, ada masa untuk jenguk Yon sekejap sebelum dang pulang ke Dungun nanti.. 

Adik bongsu dang, Asyraaf dilahirkan pada 14 Ogos 2001.. Bila bongsu, korang faham-faham la yer.. Manja dengan mak memang nombor 1.. Siap kitaorang bagi gelaran lagi dekat dia, ANAK MAK.. hihi.. Bila dia dengan Deeba, adik dang ketiga tu, memang macam anjing dengan kucing.. Tak pernah nak ngam langsung.. Kadang-kadang tu, si Deeba boleh merajuk gara-gara bercekau dengan Asyraaf.. Sekarang ni pun sambil dang update blog, ngah bercekau.. hahha.. Dang dekat situ, gelak kan je.. Sebab tahu, masing-masing memang suka menyakat.. hahha.. Lawak pun ada bila tengok gelagat adik-adik ni.. Dia dengan dang agak serasi.. Sampaikan, kerja sekolah dia pun dang akan buat terutama sekali dalam subjek pendidikan seni.. Dia ni plak pandai " Jet "... Jadi, nak tolak tu, mak aih !!!! Memang tak sampai hati la.. haha.. Subjek lain, dang pantau je.. Sebab dalam bab mengajar nie, dang memang garang.. Siap boleh meleleh dia dang kerjakan.. hahha.. 

Hari Lahir yang bakal tiba tak lama lagi ialah ayah dang.. 
Beliau lahir pada 26 Ogos 1963.. Dulu, time dang kecik-kecik, memang garang gila.. Mengalahkan singa lapar la.. Sekarang ni tegas tu tetap ada, tapi ada sedikit cool.. Biasalah, bila umur dah lanjut ni, garang ayah tu kurang sikit.. Tapi, kitaorang adik beradik tetap takut.. hahha.. Tapi bila bab merapu, memang kitaorang boleh ngam dengan ayah.. Kira sama-sama masuk air la.. hihihi.. Dang doakan semoga ayah dang diberikan kekuatan dan kesejahteraan dalam hidup.. :)

Gambar raya tahun lepas dekat rumah melaka.. Tahun ni, gambar raya takde.. 
Sebab tak cukup korum.. huhu..

Ayah bersama Yon..


Si bujang dan Bongsu.. hihihi.. Bajet je.. 



p/s: 
Untuk penutup sambutan hari lahir dalam keluarga ialah...... 
TUNGGU !!! hihihi


peace ;p

Sunday 21 August 2011

Hajat Tercapai...

Haloha...

Salam petang dang ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa aktif dalam dunia blogging ni.. Sentiasa ceria dalam mewarnai dunia blogging.. Jadi jangan lupa juga untuk pertingkatkan amalan lagi untuk bulan yang baik ini.. 

Macam mana cuti hujung minggu korang ?? Walaupun dalam mood berpuasa, korang mesti ada plan kan.. Jangan disebabkan berpuasa, korang mempunyai pelbagai alasan... Mengakibatkan cuti hujung minggu korang menjadi suram... hihii.. 

Okeylah.. 
Pada hari ni, dang menemani mak dan ayah dang pergi ke Kedai Kek Lapis yang terkenal di Sarawak ni.. Mana lagi kalau bukan 
Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.. :) 
Ni pun baru je balik.. Selesai sahaja solat, terus update Mr.Bibi.. hihi.. Bila dah pergi kat kedai ni, korang faham-faham la yer.. Memang memborong kek lapis la kan.. Dah kata pergi kedai kek... Hari ini, memang ramai sangat pelanggan.. Myb, hari raya yang bakal tiba ni, semua saudara mara nak pos kek ke Semenanjung.. Atau ada yang menempah.. Memang sesak... Macam-macam ragam...

Bagi keluarga dang pula, lain plak ceritanya.. Tujuan membeli kek lapis disebabkan hajat ayah untuk memberikan ole-ole buat adik-beradik belah ayah dang.. Sebab tahun ni, kitaorang sekeluarga beraya di perantauan.. Jadi, sebagai tanda ingatan kek lapis dijadikan perantaraan untuk adik-adik ayah dang.. Bahagian mak dang dah selesai.. Untuk menjadi adil dan saksama, belah mak dang pun, kek lapis juga dijadikan ole-ole.. Minggu lepas dah pos... Settle 1 bab..

Untuk bahagian post-post ni, esok juga kena pos.. Sebab lepas je 22hb ni, pejabat pos dah tak buat untuk mengepos barang.. Biasalah kan, bila dah hujung-hujung puasa ni, memang banyak barang yang akan pihak pos mengepos barang.. Takut nanti barang tak sampai, kita sebagai pelanggan plak yang marah.. hohoho.. Itu dekat tempat dang, tak tahu la korang punya tempat macam mana plak kan.. Kepada sesiapa yang nak post barang, better pergi check secepat mungkin.. Jadi, tak ada la terlewat..

Untuk hari ni, hajat ayah dah tercapai... :) Alhamdullilah...



peace ;p


Saturday 20 August 2011

BLOG PILIHAN SAYA IALAH....

Haloha... :)


Hari ini dang join segmen untuk memenuhi waktu terluang ini.. 
Ni adalah sambungannya, CHECK !!!

Blog mereka menjadi pilihan dang kerana ....... :

1.

Ini adalah penyertaan pertama dari pemilik blog ini dalam menyertai segmen Bro Ben.. Jadi, dang sebagai salah seorang blogger untuk sokong pemilik supaya aktif dalam bersegmen lagi.. Selain tu, blog dia kemas.. Senang dang nak terjah..

2.

Simple dan latar belakang blog tuan tanah ialah warna fav dang.. Itu juga salah 1 kenapa menjadi pilihan dang.. hihi.. Cara penulisan pun sempoi je.. 

3.

Bila korang terjah je blog pemilik ni, terus korang akan jatuh cinta.. Sebab header pemilik dah menjadi tarikan yang tersendiri.. Di samping ada lagu jiwang-jiwang gitu.. Nice Blog !!!

4.

Seperti biasa, warna blog ni jugak warna fav dang.. Dan yang lain, pemilik blog ni belajar kat kawasan pantai timur.. Sama jugak dengan dang.. 

5.

Mudah dan senang difahami.. Staright to the point.. Rasa tenang je bila jenguk blog ni.. Tak serabut, itu yang penting.. hihi

6.

Jarang dang tengok blogger lelaki menggunakan warna ungu sebagai pilihan layout blog.. Itu salah satu keistimewaan pemilik.. Cara penulisan pemilik pun lembut gak.. hihi

7.

Blog ini salah satu yang berinformasi.. Memang dang senang dengan cara pemilik.. Mudah untuk memberikan pandangan.. Blog pun ringan jer..

8.

Seorang yang gila-gila.. Blog paling suci dalam debu dang cakap.. hihi.. Sentiasa uptodate...

9. 

Blogger yang selamba dalam penulisan.. Tapi sentiasa berjaga-jaga supaya tak ada orang yang terasa hati.. Dang sentiasa ikuti blogger ni.. Memang best !!!!

10.

Dang sentiasa terjah blog pemilik ni.. tak kira lambat atau cepat.. :)


Cukup 10... Selesai.. Semua yang dang pilih adalah blogger yang dang belum pernah jenguk lagi.. Semuanya baru-baru.. hihi.. Kecuali  no 9 dan 10.. hohoho

Selamat berblogging....


peace ;p

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA..

Haloha.. 


NAK JOIN ?? Cepat...


peace ;p

Friday 19 August 2011

Posto !! Posto !!

Haloha..

Pejam celik, pejam celik dah hampir untuk menjelang raya.. Setiap dari korang mesti berlumba-lumba untuk membuat persiapan raya kan ?? Tak kiralah dari segi pakaian, kuih raya, duit raya dan sebagainya.. Kalau dah nak tiba raya, mulalah hp korang semua berbunyi-bunyi menandakan mesej raya berduyun-duyun diterima.. Korang ada pos kad raya tak ?? Tteeeettt... hihi

Untuk dang, dalam masa terdekat ni bukan sahaja kad raya yang dang poskan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.. 
Tapi, ada 1 kad yang dang dah poskan.. Korang tahu kad apa ??

Tttaaaadddaaa ........ Inilah dia...


Kad ucapan " Selamat Pengantin Baru ".. 

Kad ni dang buat khas untuk kawan dang iaitu Haizum yang akan melangsungkan perkhawinannya pada 11 September ni di Klang.. Dang tak dapat hadir, jadi melalui kiriman kad dan sedikit hadiah untuk bakal pengantin ni, dang dah hadiahkan.. Bukan apa, sekarang ni ramai kawan-kawan sekolah dah khawin tapi untuk majlis dorang, dang tak dapat hadirkan diri pun.. Bukan tak mahu pergi, cuma keadaan yang tidak mengizinkan.. huhuhu.. 

Untuk kad ni, walaupun ringkas tapi dang tetap buat yang terbaik.. Ini sahaja yang termampu dang buatkan.. Bila buat kad ni, dang teringat dulu-dulu time teknik, bila sahaja ada perayaan atau sambutan pape, mesti dang dan kawan-kawan akan buat kad.. Bermulalah idea kreatif masing-masing.. hihihi

Pape pun kepada Haizum, dang ucapkan...
 Semoga berkekalan sehingga akhir hayat bersama insan yang tersayang dan
 cepat-cepat dapat baby yang comel-comel..
hihihih


peace ;p

Thursday 18 August 2011

Oopppss !! I Did It Again !!!

Haloha... 

Just want to say Good night for everyone..
Sleep tight..


peace ;p

Wednesday 17 August 2011

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER..

Haloha.. 
Buat sekian kalinya, dang join 1 segmen ni.. Berminat ?? KLIK JER


Nama panggilan blogger :
Ala-ala zaman dulu-dulu, jadilah Dang Intan Duka a.k.a DID.. :) Klasik gitu !!!

Tarikh mula berblog :
Merupakan blog kedua Dang, May 2011..

Rakan blogger terkini :
Masih merangka lagi... 143.. Terima kasih kerana sudi follow.. hoho

Target tambah rakan blogger :
333.. Kenapa 333??? Sebab nombor kegemaran Dang... hihih



peace ;p

Tuesday 16 August 2011

Uli-uli Tepung..

Haloha semua.. :)

Sudah lama dang menyepikan diri di bulan ini.. Disebabkan masalah kesihatan, jadi terpaksalah dang mengurangkan aktiviti yang dang selalu lakukan.. Sebagai salah satunya ialag berblogging.. Selama ni dang hanya sempat blogwalking jer.. Pape pun terima kesih kepada yang sudi dan sentiasa mengikuti perkembangan Mr. Bibi dang ni.. hihihi.. Kini, kesihatan dang makin pulih.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan dang untuk kembali pulih seperti biasa.. Sayang korang !!! 

Dah setengah bulan kita menghadapi bulan puasa ni, dang pasti masing-masing berlumba-lumba untuk mempertingkatkan amalan.. :) Mana taknya, bila difikirkan balik, sempat lagi ke kita akan jumpa bulan keberkatan ni pada masa akan datang kan ?? Jadi, fikir-fikirkan..

Eh.. bertazkirah plak dang.. hihi.. Okey2.. Sekarang ni kita fokus apa yang dang nak kongsikan untuk entry kali ni... Setiap kali berbuka kalau tak ada kuih muih mesti tak sah kan ?? Betul tak ?? Kalau korang tak buat, gerenti korang akan beli kat bazar yang kat seberang jalan tu.. Sampai ke hari ni, dang tak pernah lagi menjejakkan kaki ke bazar.. Sebab tak brapa minat dan untuk mengelakkan dari membazir.. Puas mak dang pujuk untuk jenguk-jenguk kat bazar tu tapi hharraamm... hahha.. Memang wat bodoh je la.. Lagi pun dang ni memilih, bukan main beli je.. Boleh dikatakan cerewet dalam bab-bab makanan ni.. Dang lebih rela makan lauk ikan bilis sambal yang mak dang masak kat rumah dari makan ayam percik yang ada kat bazar tu.. hahha.. Dalam bab kuih muih lagi payah.. Memang dang akan perhati betul-betul.. Perhati apa ?? Faham-faham je la yer.. hahha

Jadi, disebabkan itulah dang hari ni dengan rasa berbangga telah membuat kuih buah melaka pada bulan puasa ni.. Bukan la ni 1st time dang buat cuma dah terlalu lama dang tak buat sejak tamatnya Sekolah Teknik Sepang dulu.. Dulu time amali je dang rajin buat kuih dan masak-masak bila kena waktu untuk ke dapur.. Itu pun sebab atas arahan guru.. hihi.. Sekarang ni jarang-jarang la buat kuih.. hihihi.. Alhamdullilah, skill dang tetap macam dulu walaupun saiz kuih tu agak kelakar sikit.. Nak buat kecil-kecil gula plak asyik terkeluar je, jadi terpaksalah buat dalam saiz duit 50 sen.. haha.. Ambik ko !!! Memang besar la jadinya.. Korang bayangkanlah macam mane.. hahha.. Bila dah buat tu, elok disedekahkan.. Jadi bila bagi orang tu, hope ok la.. Segan dowh kalau bagi kuih kat orang, tetiba terasa macam pelik plak kang.. Rupa dah 1 hal.. Malu nanti dang.. hahha... Bila berbuka je, rasa kuih melaka tu... 

Tip Top !!! 
Dah boleh kahwin bak kata mak dang.. hahha.. 
Lepas ni, ingat nak buat cucur badak plak.. Ntah buat, ntah tak.. hahha.. 
TUNGGU !!!!!

sumber google.. 


peace ;p

Tuesday 9 August 2011

Surat Cinta..

Haloha.. :)

Pagi-pagi lagi dang dah terima sepucuk surat cinta dari seseorang.. Nak menangis bila dapat tahu isi kandungan surat tu.. huhuhu.. Kalau korang yang dapat mesti korang pun serupa mcm dang.. Korang mesti tertanya-tanyakan surat cinta apa ?? dari sapa ?? apa isi kandungannya ??

Sudah seminggu dang tangguhkan untuk berjumpa Si Dia.. akhirnya hari ni menjadi saksi.. Dengan arahan dari ayah dang dan tak tertanggung lagi rasa untuk mengetahui apa yg berlaku, dang gagahkan juga untuk melangkah.. Sampai di destinasi, sementara menunggu giliran dang.. Dalam hati risau yang teramat sangat.. Hope semuanya baik-baik aje.. 

dang dikehendaki masuk ke bilik Si Dia.. Dengan senyuman yang terukir di wajahnya, membuatkan dang terasa lega.. Mungkin tak ada pape yang teruk berlaku.. dang hanya menunggu dan menurut sahaja apa yang Si Dia suruh lakukan.. Dang akur.. Selepas 10 minit, Si Dia menulis sesuatu di sekeping surat yang tertera nama dang.. Bila dang membacanya, dang dapat mengagak gerenti banyak yang Si Dia sarankan kepada dang.. Dang tak faham apa yang dituliskan.. Dalam pada itu, Si Dia sempat memberitahu,

 " Paru-paru kiri awak dijangkiti KUMAN.... " 

Daaammm !!! Terkejut yang teramat dang dengar.. hurm.... Keluar dari bilik Si Dia, dang terus menuju ke ruang menunggu untuk mendapatkan harta dang yang Si Dia akan berikan.. Memang banyak harta yang telah diwasiatkan.. Pelbagai bentuk, warna, saiz dan tak kira juga bau.... huhu.. Balik dalam keadaan yang lemah longlai...


p/s:
 Itulah surat cinta yang amat dang takutkan.. dari seorang Doktor... huhu.. 
dah la dang ni takut makan ubat.. :(



peace ;p

Ehem !! Ehem !!!

Haloha... :)

Se...lamat Pagi Cikgu !!! (nada upin ipin) hhihihi

Cuaca Kuching yang suam-suam kuku ni, dang hanya nak ucapkan Selamat Pagi kepada semua rakan-rakan.. lama dah tak jenguk Mr. Bibi ni.. Ni pun curi-curi masa untuk jenguk blog kawan-kawan yang lain.. 

Happy Blogging !!!


peace ;p

Thursday 4 August 2011

Hatiku Di HARAJUKU...

Haloha.. 
Salam Ramadhan dang ucapkan.. 

TERAPI ialah sesuatu yang penting bagi setiap orang. Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk kaedah terapi. Lebih-lebih lagi bila dalam bulan puasa ni, dang pasti terapi yang diamalkan ialah berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya. Selain itu, kerja-kerja harian jangan dilupakan. Hidup mesti diteruskan.

Untuk cuti ni, barulah dang berkesempatan untuk mengembalikan cara terapi yang dang amalkan sejak dulu lagi. hihihi.. Jadi, dang akan kongsikan kali ini walaupun semua dapat mengagak kan.. hoho. Sebelum puasa hari tu, sempat la juga dang ronda-ronda dekat Popular. Niat di hati memang nak membeli bahan bacaan yang boleh dang fokuskan time puasa ni.

Apa lagi kan kalau bukan NOVEL.. Dang memang gila novel lebih-lebih lagi karya dari
Ramlee Awang Murshid.
Bagi dang, karya beliau sangat menarik dan membolehkan membuat kita berfikir secara kreatif dan kritis. Dang suka novel yang triller, di samping itu mempunyai unsur-unsur budaya yang kita boleh pelajari walaupun kita tak pernah pergi pun sesuatu tempat tu.. Cara penulisan beliau pun senang dan mudah difahami.

Dalam usaha mencari di bahagian karya beliau, HATIKU DI HARAJUKU menarik minat dang. Walaupun novel ni dikeluarkan pada tahun 2006, dan dah melalui cetakan yang ke-7 pada 2011 namun dang baru berkesempatan untuk memilikinya. Jadi, peluang yang ada dang pasti tak akan melepaskan. Sekarang ni dah separuh dang habiskan, tak sabar nak tahu apa yang akan jadi pada akhir cerita novel ni. Novel ni yang dang dapat kongsikan ialah tentang seorang insan yang merasakan diri dan hidupnya tidak dirahmati oleh Allah S.W.T membuat sesuatu yang jahil dan akhirnya kembali mencari kebenaran dan kembali ke pangkal jalan. Usahanya hanya mampu dibuat dengan usaha, semangat yang kuat di samping dugaan dalam mencari kasih sayang. Tak mahu cerita pnjang lebar, yang penting pergilah mendapatkan novel ni.. :)

Kalau dapat di lakonkan untuk menjadi filem, dang pasti akan menjadi filem aksi yang paling terbaik. Sebabnya ialah lokasi yang akan ditonjolkan adalah sekitar Jepun. Bayangkan, kalau berlakon di negara Matahari Terbit tu, memang terbaik dengan sinematografinya yang cantik. Selain tu, budaya hidup orang sana dan juga kegiatan yang yang dilakukan. Dalam kepala dang ni, dah macam-macam dang filemkan cuma hanya mampu dengan tidak je.. hihi.. Aih !!! Tetiba boleh berangan plak jadi pengarah filem.. baru baca 1 novel time cuti ni. hahaha..

Tou Aii - Pedang Cinta


Itulah cara dang menjalani terapi untuk menjadi lebih cool dan relaks.. Lepas ni nak cari novel lain plak.. hurrmm... Kisah apa plak lepas ni...


peace ;p