Friday 15 February 2013

Kampung Budaya, Sarawak

Haloha...

Destinasi kali ini ialah ke hujung dunia Sarawak iaitu menghala ke Santubung... Mana lagi kalau bukan ke salah satu tempat pelancongan, Kampung Budaya Sarawak... Dalam perjalanan ke sini, korang semua boleh melihat pemandangan Gunung Santubong yang berdekatan dengan Kampung Budaya ni.. Untuk mendaki gunung ni, ada satu laluan yang membolehkan kita sampai ke puncaknya.. Beroperasi pada pukul 7 pagi dan kena turun dari puncak sebelum  pukul 6 petang.. Sebab sini cepat malam.. Jadi, faham-faham la ye.. hehehe.. Naik ke sana ada pembayaran perlu dibuat sebanyak RM6 untuk per kepala..

Itu serba sedikit latar belakang nak mendaki gunung santubung.. Dang belum lagi berkesempatan nak mendaki, maybe satu hari nanti dang akan sampai ke sana juga.. hehehe.. Sekarang dang nak kongsikan pula apa yang ada di Kampung Budaya ni... Dang berpeluang untuk masuk ke sini.. Bukan apa, sekali masuk ke kampung budaya ni kena bayar RM 60 per kepala.. Tak kisah lah budak kecil ke, dewasa ke.. Jadi bila ada peluang masuk dengan harga RM 5 sahaja, memang tak lepas peluang yang ada.. Seharusnya masuk ke sini bersama keluarga... hehehe.. Itu memang tak boleh dielakkan.. Wajib.. hehehe

Sticker bila masuk ke Kampung Budaya.. :D
Apa yang korang fikirkan yang ada di kampung ni ??? Kalau korang nak tahu dalam kampung ni terdapat beberapa buah rumah yang di bina yang terdiri daripada rumah-rumah kaum yang ada di Sarawak ni.. Boleh dikatakan setiap rumah kaum yang ada di Sarawak ada.. Jadi, korang berpeluang untuk lihat dengan mata sendiri macam mana kaum lain tinggal.. 

Di antara rumah-rumah yang dang dan keluarga sempat  melawat ialah Rumah Iban, Melayu, Penan, Orang Ulu, Melanau, Cina dan sebagainya... Di setiap rumah yang dilawati akan ada persembahan yang akan disediakan.. Selain itu, ada juga pameran barang-barang setiap kaum itu di rumah tersebut seperti baju-baju tradisional dan aksesori kaum-kaum.. Dan yang paling penting ialah ada sesetengah rumah tu, terhidangnya makanan yang dijual... Makanan yang dorang jual ialah kuih muih yang selalu di makan dan dibuat bagi setiap sesebuah kaum.. Kuih muihnya ialah bahulu, sagu dan sebagainya.. Dang nak listkan pun susah, sebab tak berapa nak ingat sangat.. hehehe.. Oppss !! Terlupa plak... hoho.. Yang paling best, semua kuih tu, time-time tu juga baru dorang sediakan.. Jadi, memang fresh.. Yumyum... :)


Selepas persembahan...



Buatan kraf tangan dan baju tradisional.... :D
Aksesori yang di pamerkan... :)


Jangan risau, korang juga berpeluang untuk menyumpit macam adik dang ni... hehehehe.. Kalau dapat sumpit 3x berturut-turut dengan tepat, dapat spender.. hahahaha.. Bak kata abg ni.. Abg ker ?? Teett.. Abg tu bergurau manja plak... hehehe



Tempat pemujaan..


Setelah penat berjalan di sekitarnya, tibalah masa untuk menyaksikan persembahan tarian semua kaum-kaum yang ada di Sarawak di dewan teater yang disediakan... Persembahan yang berlangsung mengambil masa lebih kurang dalam 45 minit - 1 jam... Persembahan akan dilakukan sebanyak 2 kali sahaja, sesi 1 pada pukul 1130 pagi dan sesi 2 pada pukul 430 petang.... Tak rugi untuk menyaksikan persembahan ni.. Memang layan..... Maaf, video yang dang rakamkan tak dapat nak dikongsikan.. Almaklumlah, line dekat sini slow sikit jadi nak download memang lama... huhuhu





Akhir kata itulah tempat-tempat pelancongan yang dang boleh kongsikan bersama semua.... Actually banyak lagi tempat yang menarik tapi tak sempat lagi dang nak jenguk.. Tempat-tempat yang korang boleh lawat ialah Orang Utan Village, Taman Buaya dan macam-macam lagilah... hehehe.. Mana taw, korang datang ke sini, jadi korang berpeluanglah menjenguk ke tempat-tempat yang dinyatakan... 

Jadi, dang di sini ada lagi masa selama 2 minggu sahaja lagi... Aktiviti memang dah dirancangkan setiap minggu.. Lepas ni kita buat aktiviti bersukan plak.. Tapi in-door je la... hehehee... 



peace ;p


Thursday 14 February 2013

Pasar Serikin, Sarawak

Haloha...

Korang pernah pergi Wang Kelian ?? Padang Besar ?? Rantau Panjang ?? Bukit Kayu Hitam ??
Nama-nama di atas dang pasti korang pernah beli belah kat sana kan... Semua tu ada di Semenanjung... Tapi kalau di Sarawak, tak lain tak bukan adalah Pasar Serikin.. Pasar ni kalau korang nak tahu terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan.. Tengah-tengah garisan khatulistiwa lebih tepat lagi.. Jadi, selepas pukul 11 pagi tu, memang dah panas membahang.. Al-maklumlah tengah-tengah garisan kan.. Jadi, dang sarankan sesiapa yang berpeluang ke Sarawak, datanglah ke sini tapi kena datang pukul 8 pagi la.. Sebab tak berapa panas dan orang pun tak ramai lagi.. hehehe

Pasar ni dibuka hujung minggu je.. Dari pukul 730 pagi hingga 2 petang... Kebanyakkannya peniaga yang ada ialah datangnya dari Indonesia.. Dan barang-barang yang korang boleh dapati ialah barangan dari Indonesia dan Sarawak.. Harga berpatutan.. Tapi jangan lupa, bab tawar menawar ek.. hehehe.. Itu adalah wajib bagi kita sebagai pembeli... hehehe.. Kalau sesiapa nak buat buah tangan ke, apa ke.. Dang cadangkan pergilah ke sini.. Macam-macam boleh dijadikan hadiah.. heheh...

Dang juga dah 2 kali ke sini... Itu pun bila ada cuti panjang macam ni.. Kali ni dang pergi hanya temankan mak dang memborong pinggan mangkuk dan peralatan dapur je.. Kain batik harus.. hehehe.. Dan untuk hadiah bakal pengantin yang dang dah terima jemputan untuk ke kenduri, dang beli dekat sini juga.. Murah.. hehehe.. Hadiahnya kenalah rahsia dulu... hehehe





Jadi, kepada sesiapa yang belum lagi melawat pasar serikin ni, bolehlah jalan-jalan kat sini bila dah sampai ke Sarawak.. Sebab pasar ni adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi bila ke sini.. So, jangan lepaskan peluang taw.. hehehehe


peace ;p

The Spring, Sarawak

Haloha...

Cuti CNY baru-baru ini, adalah cuti yang panjang untuk luangkan masa bersama keluarga.. Seperti biasa, aktiviti window shopping la kan.. Kali ni, dang dan keluarga bergerak ke The Spring.. The Spring adalah salah satu shopping complex yang ada di Sarawak ni.. Boleh dikatakan agak terkenal la..

Dalam masa yang sama, dang memang nak mencari sesuatu untuk menggantikan barang dang yang lama.. Barang apa ??? Jeng....... Jeng............ Jeng......... hehehe



Inilah dia, beg dompet jenama Elle.. Biasa-biasa je.. Masa ni tengah sale kan, jadi dang tidak lepaskan peluang.. Tapi terlebih budget plak.. Nasib baiklah mak dang tambah sikit.. hehehe.. Beg dompet ni ringkas dan tak lapuk dek zaman la... Harga ?? Rasanya tak perlulah nak di khabarkan.. Hanya kemampuan seorang pelajar je.. heheeh



Seterusnya ialah seutas rantai labuh.. 
Untuk tambah koleksi aksesori yang dang ada.. hehe


Next destinasi ???
Tteeeettttttt....... heheehe


peace ;p

Friday 1 February 2013

Plaza Merdeka - Kuching Sentral @ Sarawak

Haloha...

Hujung minggu yang lepas, dang bersama keluarga telah menerjah 1 plaza baru yang dibuka di Kuching ni... Plaza ni dinamakan Plaza Merdeka... Betul-betul berhadapan dengan satu padang dan bersebelahan balai polis.. Actually plaza ni nampak macam dah siap sepenuhnya tapi bagi dang plaza ni masih lagi dalam proses nak siap.. Bagi dang dalam 95% dah siap.. Kenapa ??? Sebab bila adik dang nak pergi tandas, hanya bahagian bawah sahaja yang buka.. Tandas setiap tingkat masih lagi belum boleh digunakan.. Then, kedai-kedai yang ada kat situ boleh tahan.. 80% lagi kedai yang sudah dibuka...

Bila dah pusing 1 plaza, dari tingkat atas sampai bawah baru dang sekeluarga puas.. hehehe.. Bukan apa, saja nak tengok apa yang ada di plaza ni... Apa kelebihan yang ada dari mall yang lain.. Tapi bagi dang tak berapa best.. Maybe baru lagi.. Sebab wayang dan bowling masih lagi tak ada.. Sebab bagi dang, kalau wayang atau pun bowling tak ada maka kuranglah pengunjung yang akan datang, lebih-lebih lagi kalau golongan belia... hehehe

Kemudian, kami terus ke Pizza Hut.. Lunch dekat sana.. Biasalah, kena tunaikan orang yang mengidamkan.. Sapa lagi kalau bukan Si Asyraaf tu, adik bongsu yang montel.. hahaha.. Rupa-rupanya setiap hari Sabtu, adalah hari cuti bagi mak dang dari memasak.. Bermakna, setiap hari Sabtu keluarga dang akan makan di luar.. hehehe.. So, untung juga pada dang.. Lagi pun, kena juga bagi mak dang cuti.. Mana tak nya, dari hari Isnin-Jumaat, 24 jam memang menjadi suri rumah tangga.. Full Time.. So, Sabtu macam hari cuti la.. haha.. Kelas gitu Mak dang taw... hehehe

Budak montel & ayah..  :D
Dang dan mak.. :D
Selesai isi perut, terus terjah ke Kuching Sentral plak.. hehehe.. Ni pun 1st time dang jejakkan kaki ke sana.. Lebih kurang macam Melaka Sentral plak.. Tapi ni up sikit la.. Sebab apa dang cakap macam tu.. Kalau korang nak tahu Kuching Sentral ni tempat untuk semua bas berkumpul dari setiap kawasan.. So semua bas berpusat di situ.. Itulah kisahnya.. hahaha..

Dalam keluar masuk kedai kat KS, dang tertarik dengan satu kasut ni.. Memang dari KL nak mencari kasut untuk di pakai pergi kuliah dan sebagainya.. Tapi, alih-alih kat Sarawak juga yang jumpa.. hohoho.. Sambil-sambil tunggu mak dang mencari kasut untuk makan malam dia, jadi dang pun tumpang sekaki juga.. Lagi pun sale, apa tunggu lagi.. Rebutlah peluang yang ada.. hehehe

Terima kasih mak dan ayah.. Sebab belanja kasut.. hehehe.. Lepas ni nak beli aksesori la plak.. Untuk pakai time keluar jalan-jalan.. Boleh kan ?? hehe

Menjadi pilihan....
Hujung minggu ni plak, plan nak pergi The Spring... 
Jom, pergi sana... Jumpa di sana.. :D


peace ;p