Monday 30 April 2012

Luangkan Masa Bersama-sama...

Haloha...

Kenangan yang diukir tidak dapat dilupakan... Bila berjauhan akan menjadi satu memori terindah.. Perhubungan jarak jauh antara dang dan Si Dia memberikan satu perhubungan yang berlandaskan kejujuran dan kepercayaan yang tinggi... Sikap yang terbuka antara satu sama lain memberikan satu kebebasan dalam pergaulan namun setiap yang berlaku ada batas-batasnya..

Itulah yang sering diingatkan dalam diri dang dan juga Si Dia.. Bila berpeluang bertemu dan bersama untuk seketika dalam melihat ciptaan Ilahi, dang dan Si Dia meluangkan masa sebaik mungkin..
Kota A'Famosa menjadi satu lambang titik pertemuan pada kali ini.. 


Pameran anjuran Polis Di Raja juga turut diadakan pada hari itu.. 
Sambil jalan-jalan tu dapat juga maklumat untuk masa akan datang.. 





Basikal Tua.. :)

Dang dan Si Dia tidak berdua tapi berempat... Alep dan Mira juga turut serta dalam melihat panorama alam.. hihihi.. Dalam pada masa yang sama, satu perhubungan persahabatan turut terjalin dengan baik..



peace ;p

Thursday 26 April 2012

Lawatan Terakhir... WestPort...

Haloha...

Entry penutup dalam trip dang semester ini ialah di WESTPORT.. hihihi.. Dekat sini, dang berpeluang melihat bagaimana kontena-kontena dari luar atau dalam negara diagihkan.. Selain itu, dang juga mendapat serba sedikit info apa tugas-tugas yang dilakukan di sini.. Jadi, kalau nak buat praktikal pun, boleh juga ni.. hihihi.. Memang luas dan sangat kagum.. Dari tingkat atas syarikat, dang dapat melihat hampir separuh pemandangan di pelabuhan ini.. Memang makin gelaplah jika bekerja di sini.. hihihi

pemandangan atas..
pemandangan dari sebelah kanan.. menghadap laut..
Kontena yang hendak di eksport..

Bergambar di hadapan logo WestPort iaitu Dolphin.. :)

Itu adalah perjalanan terakhir dang dalam melawat kilang-kilang dan juga tempat yang lain.. Banyak pengalaman dan maklumat yang dapat diperlajari.. Selain itu, untuk maklumat yang tidak dapat dikesan terpaksalah berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dan mencari alternatif lain.. huhuhu.. Melihat alam pekerjaan memberikan dang satu semangat yang jitu kerana dalam bidang dang pilih sekarang ini sangat mencabar dang sebagai seorang wanita...

Untuk semester hadapan lagi jauh dang akan pergi.. Ke mana ???
Tunggulah semester hadapan punya entry... hehehe


peace ;p

Wednesday 25 April 2012

Coklat.. Kegemaranku...

Haloha...

Bertemu kembali... hihihi... Masih lagi berada dalam entry yang sama dan mood yang sama... Apa lagi kalau bukan tentang trip.. Kali ni kembali ke dunia yang sangat ceria iaitu ke dunia coklat.. Sebelum masuk, bau coklat dapat dirasai.. Sangat harum.. Memang menaikkan nafsu makan... hihihi..
Kilang yang dimaksudkan ialah Beryl's..

Hari itu, dang berpeluang untuk melihat bagaimana proses coklat dibuat.. Bentuk-bentuk coklat semuanya cantik-cantik.. Sampai sayang dang nak makan.. Tapi kalau tak makan terliur plak rasanya.. hihihi

Seperti biasa, selepas pameran mesti ada jualan.. Jadi dang tidak lepaskan peluang untuk membeli belah.. Tak lain, beli coklat.. hihihi.. Banyak jugak dang beli.. Bajet bawah RM10 je tapi bila dah angkut macam-macam, sampai RM30 lebih harganya... hihi.. Bukan apa, selain untuk dimakan, ole-ole untuk Si Dia dang tidak lupakan juga.. hihihihi






Kilang coklat ni adalah kilang yang kedua terakhir dang lawati.. Lepas ni ada satu lagi tempat yang berada dalam lawatan kelas... Jadi, nantikan kemunculan entry yang terakhir yang berkaitan dengan perjalanan trip dang.. hihihi


peace ;p

Tuesday 24 April 2012

Perpustakaan Yang Menggembirakan...

Haloha...

Pernah tak korang terfikir bila nak buka buku mesti korang rasa nak buat macam-macam alasan... Rasa mengantuk jangan cakaplah kan.. Supaya korang tak buka buku.. Betul tak ??? Dang cakap macam tu sebab dang pun sama.. huhuhu.. Tapi sejak dang pergi ke satu tempat ni, memang enjoy bila nak buka buku.. Kalau otak dah pack dengan buku, boleh jugak membuat aktiviti lain.. Nak buat semua tu tak perlu pergi jauh-jauh, hanya 1 tempat je.. Sebelum masuk je, korang akan rasa satu perasaan yang sangat ceria.. Tak tahulah perasaan tu dang nak gambarkan macam mana, hanya diri sendiri sahaja yang boleh merasainya.. hihihi...

Tak lain dan tak bukan ialah di P.P.A.S.. hihihi



Kat perpustakaan ni ada macam-macam kemudahan yang disediakan.. Area orang dewasa dan budak-budak diasingkan sebab memudahkan untuk pemilihan buku-buku yang disediakan... Lagi pun keadaan sekitar budak-budak lebih ceria taw.. Dang paling suka lepak kat kawasan budak-budak.. hihihi.. 

Untuk tontonan 3D atau lebih dari tu pun ada dekat sini.. Dang berpeluang menonton.. Setiap kali tayangan, cuma 8 orang sahaja yang boleh masuk dalam bilik tayangan ni.. Mula-mula masuk memang tak rasa apa tapi bila merasai sendiri, memang menangis dibuatnya... Ketawa sampai meleleh air mata... Jeritan tu jangan cakaplah kan.. Kalah ehem-ehem kat luar.... haaaha

Bilik tayangan berada di belakang abang ni.. :)
Naik kuda-kuda... Di kawasan budak-budak.. :)
Ada taman taw.. ;p

Jadi, dang syorkan kepada sesiapa yang belum lagi menjejakkan kaki ke PPAS ni, datanglah ye.. Angkut sekali adik beradik, kaum kerabat.. hihihi.. Selain boleh baca buku, untuk buat perbincangan berkumpulan pun boleh.. Jadi, lepas ni tak perlulah lepak cafe dah.. Lepak perpustakaan pun dah ok.. 

Lepas ni, entah bila lagi dang akan pergi ke sini.. Sebab jauhkan.. Tapi ada masa lagi, dang akan pergi lagi bersama adik-adik atau dengan Si Dia.. :)


peace ;p

Monday 23 April 2012

Lawat Kilang Biskut...

Haloha...

Seterusnya, melawat ke kilang biskut.. Noraini Cookies.. hihihi
Bau biskut yang dibuat sangat wangi dan menyelerakan.. Yumyum.. Dang dan rakan-rakan dapat menikmati biskut yang baru sahaja keluar dari pembakar.. Memang menyelerakan.. hihihi

Tapi agak menghampakan, maklumat yang diinginkan tidak sesuai dengan laporan yang akan dibuat.. 
Itu menjadi satu cabaran... hohoho


Semasa dang dan rakan-rakan sampai, production tidak berjalan.. Sebab dalam penyelenggaraan.. Jadi, dapat tangkap ganbar yang biasa je la.. huhuhu



Be continue..


peace ;p

Pati Ayam... Brands...

Haloha...

" For you and your family..... "

Pernah dengar ???
Ini adalah trademark dari Brands.. hihihi.. Minggu lepas, dang dan rakan sekuliah berpeluang melawat kilang Cerebos.. Kalau korang nak tahu, syarikat ni mengeluarkan produk Brands.. Ala, yang pati ayam tu.. Dang pernah rasa.. Dang tak sesuai.. Tapi kepada yang minat, teruskan minum ye.. :) 

Trip kali ni di bawah subjek PPC dan Logistik.. 
Ada 5 tempat yang selamat dilawati.. hihihi
Jadi, kita terjah dulu kilang yang pertama yang selamat dikunjungi..




Bersama PR Brands, Miss Jen.. :)



peace ;p


Ingat Sama Kamu...

Haloha...

Jasad berada di Melaka, 
fikiran berada di Selangor......




peace ;p

Tuesday 17 April 2012

Bye-bye Dungun.. Hallo Puncak !!!

Haloha...


Hari ini adalah minggu terakhir, hari terakhir di Dungun.. hihihi.. Sejak sekian lama dah menapak dekat Dungun ni, sekarang tibalah dang kembali ke Puncak Perdana... hihihi..

Macam mana dang boleh ke sana ???
Tunggu.. hihihi.. Itu akan dang ceritakan bila dang sampai di Puncak ye... 

Esok petang lebih kurang dalam pukul 2, dang akan ke UiTM Kampus Puncak Perdana.. 
Wah... Tak sabar rasanya nak kembali ke sana.. Perasaan rindu semakin membuak-buak... 

Kepada kawan-kawan diploma dulu, tunggukan kehadiran dang di sana.. 
Sampai je nanti, kita lepak minum.. hihihi


peace ;p

Friday 13 April 2012

Aktiviti di Tasik Puteri kali Ke-2..

Haloha...

Masih ingat kepada ENTRY INI ???
Ini adalah sambungannya.. hihih

Kali ini bersama rakan serumah (Eton dan Wani) dan pakej sekali dengan jiran (Rozi).. hihihi.. Di tempat yang sama, waktu yang sama.. Selang 2 hari selepas aktiviti sebelumnya .. hihihi

Pakej.. :D


Hajat kesampaian akhirnya.. Alhamdullilah.. 
Kali ni, dang betul-betul balas dendam.. Semua aktiviti air, dang balun.. Tak kira panas atau basah baju.. hihihi

Ciri-ciri keselamatan kena dilakukan dulu.. hihi


Aktiviti pertama : PADDLE BOAT..



Aktiviti kedua: KAYAK..



Eh.. masuk ni dah 2 kali dorang naik paddle boat.. hihihi.. Sebab hajat dorang nak main kayak tidak kesampaian.. Owner tu cakap bahaya bagi budak-budak.. hihihi


Aktiviti ketiga: SPEED BOAT..




Akhirnya, 

DANG PUAS !!!!!!!!
 hihihihii


peace ;p

Keindahan Panorama Alam..

Haloha...

Baru-baru ini, dang berkesempatan untuk menjejakkan kaki melihat panorama alam.. Tenang je bila sampai di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi.. Pertama kali dang datang ke sini, wah.. Teruja dang dibuatnya.. hihihi.. Dang datang bukan seorang, bukan berdua, bertiga tapi dang datang berpuluh-puluh orang.. hihihi.. Kalau korang nak tahu, dekat sini boleh buat BBQ sekali.. Jadi, tujuan datang ke sini ialah untuk berBBQ sambil mandi manda.. Ini juga adalah aktiviti setiap semester bagi kelas dang.. Mesti akan mengunjungi tempat-tempat yang akan memberikan memori yang tidak dapat dilupakan.. hihihi.. Tapi dang tak mandi, sebab malas dan keadaan tak mengizinkan.. Dang hanya jadi penyibuk je bila time bakar ayam.. Untuk merasa ayam tu dah masak atau pun belum.. Memang perut kenyang mengatah ayam je la.. hihihi

Tempat mandi manda ni, dahulu sebenarnya ialah tempat perlombongan biji besi.. Tapi sekarang dah dibuat tempat air terjun.. Kiranya air terjun buatan.. Airnya tak adalah sejuk sampai menggigil.. Biasa-biasa sahaja..  Tapi, tempat mandi ada yang paras dalam.. Lebih-lebih lagi tang air terjun, boleh dikatakan 10 kaki ke dalam.. huhuh.. Cuak dang dengar... Jadi, kepada sesiapa yang nak pergi ke sini, kenalah pandai berenang ye.. Kalau tak pandai, mandi je dekat tempat budak-budak kecil.. hihihi

Tujuan perkelahan ni ialah untuk merapatkan silaturrahim sesama budak kelas.. Selain tu, merapatkan hubungan pelajar dengan pensyarah.. hihihi.. Madam Nik pun turut serta dalam perkelahan ni.. Madamlah antara salah seorang pensyarah yang sporting dengan pelajar-pelajar.. hihihi



Inilah air terjun buatan... Nampak bestkan.. Tapi kena hati-hati sebab kawasan tu bahaya.. 
Air memang warna hijau.. Cantik sangat.. Dapat bergambar pun, ok dah.. hihii


Aktiviti lain selain mandi manda, bakar ayam iaitu main bola sepak plastik.. hihihi
Ni semua geng-geng tak mandi.. Untuk tidak bosan, kenalah beriadah.. 


Ni plak gambar-gambar yang sempat dang rakamkan dari sudut pandangan yang berlainan.. Bila korang yang nak pergi nanti, dapatlah bayangan keadaan taman rekreasi ni macam mana kan?? Sebab tu dang selitkan gambar ini untuk tatapan pembaca.. hihihi.. Jadi, korang boleh plan apa aktiviti yang korang nak buat.. 

Tapak BBQ.. Kena seberang jambatan untuk ke seberang.. hihi
Kawasan mandian ada 2 bahagian.. Yang tempat panas tu, cetek.. Sesuai untuk budak-budak kecil..
Yang redup tu, kawasan dalam.. Untuk dewasa.. 
Ini pula kawasan dari pandangan atas, air terjun.. 
Selesai aktiviti mandi dan makan ayam bakar, tibalah masa untuk mencuba aktiviti yang lain yang disediakan di sini.. Ada kayak, paddle boat dan speed boat.. Dang tak naik tu suma, bukan tak nak naik cuma masa dan rezeki tak ada.. Lagi pun, dang hanya nak tengok-tengok tempat je.. Tak adalah nak mencuba... Ada rezeki, mesti dapat merasa juga.. hihihi


Segelintir rakan-rakan yang join aktiviti ni.. 
Terima kasih semua rakan-rakan sebab masa yang diperuntukkan sangat berharga... hihihi



Semester depan ke mana plak destinasi yang menjadi pilihan.. hihihi
Mesti lagi best.. :D
Kepada rakan-rakan yang lain, dang nasihatkan korang tak kan rugi kalau datang ke sini..
So, selamat beriadah.. 


peace ;p