Friday 30 November 2012

1st Anniversary

Haloha...


~ 30.11.12 ~
Pejam celik pejam celik.. Rupa-rupanya sudah genap setahun perhubungan dang dengan Si Dia... Dalam perhubungan ni, dang tak sangka akan sampai sejauh ini.. Alhamdullilah, bertahan.. Ini semua ikhlas dalam perhubungan antara satu sama lain.. Harapan dang dalam perhubungan ini biarlah sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat.. 
Amin..


peace ;p


ANAK ANGKAT !!!

Haloha...

Kenangan terakhir bersama keluarga angkat.. :D



peace ;p

JMB: Episod 3

Haloha...

Sambungan untuk aktiviti yang terakhir bagi program penutup untuk bulan November ni.. hehehe.. Seperti biasa, sukaneka bersama penduduk felda dah jadi macam salah satu acara wajib bila buat khidmat masyarakat ni.. Betul tak ??? Sape setuju dengan dang ??? Sila angkat kaki ye.. hehehe..

Pelbagai acara ada.. Tapi semuanya lebih kepada permainan yang biasa dilakukan di setiap sukaneka.. Acara untuk kali ni terbahagi kepada budak-budak, remaja dan juga golongan dewasa.. Memang happening sukaneka ni.. Dang malas mahu tulis, terjah je semua gambar ye.. Layan !!!! hehehe








Selepas selesai sukanekan tu, petang tu sudah tiba masanya untuk membuat persiapan penutup dan penyerahan balik anak angkat kepada pensyarah.. huhuhu.. Sudah 3 hari 2 malam bertapak di felda, jadi tibalah masa untuk kembali ke kampus masing-masing.. Bak kata pepatah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan.. Layan..... huhuhu





Persembahan dikir barat dari wakil komiti.. Dang masuk habis lingkup bahasa.. hahaha




Kenangan terakhir,... :)
Selesai program anak angkat.. Pengalaman pertama yang tidak dapat dilupakan.. Memang gembira bila ada keluarga angkat.. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan... hehehe


peace ;p


Saturday 24 November 2012

JMB: Episod 2

Haloha...

Bagi hari kedua, dang dan bersama-sama yang lain ada aktiviti gotong-royong... Gotong -royong ni bermula pada pukul 8-1130 pagi.. Kitaorang dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil iaitu:
Team 1 - bersihkan kawasan dan sekitar dewan (3 buah)
Team 2 - bersihkan masjid
Team 3 - bersihkan sekitar jalan raya

Dang sepatutnya terlibat di dalam Team 4 iaitu membersihkan kubur.. Tapi kubur tu jauh sangat jadi team 4 terpaksa dibubarkan.. Jadi, kami ni kenalah dipecahkan untuk masuk team-team yang available.. Dang memilih untuk bersihkan masjid.. Sebab apa ?? Selain untuk tidak berada di bawah cahaya matahari yang terik, dan salah 1 sebabnya juga ialah, tak cukup orang nak bersihkan masjid.. Jadi, dang dengan sukarelanya pergi ke masjid.. heheheh

Jom, terjah gambar.. Tak perlu lagi dang nak taip panjang-panjang... hehehe












Dang ucapkan syabas kepada semua kerana berjaya dalam menyelesaiakn aktiviti gotong-royong ni.. Tapi dang, eton, rozi dan wani tak sempat untuk menunggu sampai habis aktiviti ni.. Sebab, kitaorang terpaksa mengikut Ma & Abah untuk pergi ke kenduri.. Orang sini cakap, makan gulai.. Jadi, sebelum dang dan yang lain beransur, dang dah minta izin dulu dari Miss Ras, dan Miss Ras membenarkan kami balik awal.. Terima Kasih Miss Ras.. :) Risau juga kalau tak dapat pergi, sebab kalau kitaorang tak ikut, nanti tak ada sape kat rumah tu.. huhuhu... Jadi, memang padanlah kitaorang follow.. hoho

Rumah kenduri ni dekat Dungun je.. hehehe.. 
Saudara belah Ma..

Bersama Ma & Abah..
Dang, eton, Rozi dan Wani.. :)

Selesai aktiviti gotong-royong + makan kenduri, petang tu lepas solat jumaat time untuk briefing tentang aktiviti malam plak... Antaranya siapakan segala persiapan persembahan, update tentang penceramah yang akan datang malam tu dan macam-macam lagi la.. Bukan apa, risau jika tidak mendapat sambutan.. 



Taklimat untuk persembahan.. 
Buat koir je.. hehehe


Sesi mengemas dewan untuk acara malam plak..
rajin sungguh si rozi ni.. hehe


Tepat pukul 830 malam, semua komiti dah berkumpul di dewan.. Aktiviti kali ini diberi nama Gerbang U.. Jadi fokus utama ialah pada pelajar tingkatan 4,5,dan 6 atas.. Jadi, kami mengharapkan kehadiran budak-budak ni.. Tepat pukul 9 malam, penceramah dah datang tapi untuk peserta masih lagi tak muncul-muncul.. huhuhu... Kitaorang semua mulalah risau if tak ada sambutan.. Alternatif lain, kitaorang suma pakat-pakat mengajak budak-budak yang lalu lalang kat area dewan tu... Jadi sukarelawan la plak.. hohoho


Akhirnya....
Pukul 930 malam, berlangsung jugak program malam tu.. Walaupun kehadiran hanya 50 lebih, tapi itu sudah memadai.. Biar sikit kuantiti tapi mempunyai isi.. heheh.. Baru dang tahu,bukan senang kita nak mengajak anak-anak felda ni join program.. Memang banyak dugaannya.... huhu.. Apa-apa pun, dang ucapkan syukur..


Inilah penceramah jemputan, YM Prof Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmod.. Mantan Rektor UiTM Dungun, sekarang ni merangkap pensyarah untuk salah satu silibus kitaorang.. Malam tu, TY memupuk semangat di kalangan pelajar untuk masuk ke Universiti.. :)



Usai sudah aktiviti untuk hari kedua..
Untuk hari yang terakhir, ada lagi aktiviti yang kitaorang sediakan.. Nak tahu apa ??
Tunggu... Entyr seterusnya.. hehehe


peace ;p

Thursday 22 November 2012

JMB : Episod 1

Haloha...

15-17 November yang lalu, dang terlibat di dalam 1 projek iaitu Program Khidmat Masyarakat: Jalinan Mesra Bakti dibawah subjek Projek Management dan digandingkan bersama dengan OPEMS.. Program ni melibatkan 33 pelajar yang terdiri daripada pelajar ijazah pengurusan operasi dan seorang pensyarah, Miss Raslina.. 

Ini adalah pertama kali dang melibatkan diri di dalam program anak angkat ni.. Dan ini juga pertama kali dang masuk area felda.. Dalam seumur hidup dang, tak pernah nak jejakkan kaki ke felda.. Bila diberi peluang, alhamdullilah, dapat juga mengenal cara kehidupan di felda ni.. Di kalangan warga felda, semuanya memberikan kerjasama yang baik.. Sebab Felda Kerteh 4 ni, selalu jugak menerima kunjungan dari IPTA/IPTS dari luar.. So, senanglah sikit nak bekerjasama... hehehe

Program ni berjalan selama 3 hari 2 malam.. Untuk hari 1, memang segan-segan dengan keluarga angkat.. Lebih-lebih lagi bila nak bahasakan diri dekat keluarga angkat dengan panggilan Ma & Abah... Untuk keluarga angkat dang, mereka bahasakan diri Ma & Abah.. Terbelit-belit jugaklah lidah nak sebutnya.. Yela, selalunya panggil Mak & Ayah je.. itu pun pada keluarga kandung.. Ni bila berangkat-angkat, memang segan la... hohoh... Tak biasa..

Bila sampai kat sini, hanya buat rutin harian je.. Bergaul mesra dengan keluarga angkat dan solat berjemaah di masjid.. Malam tu, tak ada aktiviti lagi.. Sebab bagi ruang untuk mengenal anak-anak UiTM dan keluarga angkat masing-masing... :)


Sebelum perjalanan, dekat 1 jam menunggu bas.. Setibanya di UiTM, bas yang kitaorang kena naik ialah bas sekolah.. Mak aih.. Memang lenguh 1 badan.. Sebab kondisi bas tu tak berapa nak elok.. hohoho

Eton, dang, mira, farhana, edora..
Sesi beramah mesra bersama Ma & Abah.. Lupa plak nak bagi tahu, untuk 1 rumah diperuntukkan 2-6 orang pelajar.. Ikut pada kemahuan keluarga angkat tu.. Macam dang, 1 rumah = 4 orang anak dara pinggitan.. hehehe.. Yang terdiri daripada dang, eton, rozi dan wani.. Kami berempatlah anak angkat kepada keluarga Pak Mat dan Kak Na.. (Ma & Abah)..


Mana keluarga angkat dang?? hehehe.. 
Saja tak nak tunjukkan lagi.. Kalau nak tahu, tunggulah next entry..
Untuk selanjutnya, dengan adik beradik angkat dang tunjukkan sekali.. hehehehe


peace ;p



Tugasan 2: PPC

Haloha...

Seterusnya perjalanan dang beralih kepada PERTIMA.. Di sini, dang dengan team perlu membuat penyelidikan berkaitan dengan Capacity.. Sepatutnya kami berlima, tapi pada hari kejadian bertiga je.. 2 orang team lagi tidak dapat hadirkan diri.. Si teha kakinya retak, sekarang masih lagi berkampung di Langkawi.. Si edora plak, ada test.. Jadi tanpa melengahkan masa, bertiga pun dah ok.. Sebab lama-lama nanti takut masa tak ada plak.. hohoho.. Biasalah, semester ni pendek je..

Dang ingatkan kitaorang dapat masuk bahagian production sini, rupa-rupanya tak dapat..Sebab tak nyatakan dalam surat.. huhuhu.. Aduhai, sayangnya.. Kalau tak, boleh jenguk-jenguk macam mana ikan sardin diproses... hoho.. Hari-hari makan sardin nak tahu juga ramuan dia apa... kihkihkih

Maklumat yang kitaorang dapat, boleh tahan la... Cuma bahagian yang sulit, hampa sikit nak perolehi data tu.. Dah kata sulit kan, jadi memang kena faham la... hoho


Rupa-rupanya, PERTIMA banyak mengeluarkan produk selain sardin.. Untuk daging korban pun ada, kalau ikutkan plan, bulan 12 ni daging tu sampai dari Arab Saudi.. Kemudian, PERTIMA akan proses dan akan eksport.. Jom, tengok produk apa lagi yang ada... Laaayyaaannn !!! :D


Hanya sample je... :)




Bersama orang kuat PERTIMA bahagian RnD.. Tak ingat la nama akak ni... Tapi akak ni, memang cool.. On je layan kitaorang yang banyak tanya ni.. hehehe

Selesai untuk buat penyelidikan.. Sekarang ni hanya fokus pada untuk membuat laporan je.. Aduh, pening kepala nak mengarangnya... hohoh


peace ;p

Tugasan 1 : Quality Management

Haloha...

Minggu lepas, semua orang sibuk nak balik kampung, dang pula sibuk dalam menyediakan soalan-soalan untuk temuramah bagi tugasan dang semester ini.. Bayangkan dalam 1 hari, ada 2 temuramah dang kena lakukan.. Ni semua kerja berkumpulan, jadi tak adalah terasa beban dalam membuat soalan.. hoho

Pagi tu, dang, eton dan rozi bergerak ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas tambang.. Kalau kat dungun ni, orang panggil bas lompat.. hehehe. Tak ada kenderaan sendiri, jadi gunakanlah perkhidmatan awam yang disediakan... hehehe.. Tak gitu ???  Lokasi yang kitaorang pilih ialah di Syarikat PMINT iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu.. Tapi sedikit hampa bila apa yang kitaorang nak kan info untuk subjek masih kurang.. Habis lah bila nak buat report nanti... hurm.. huhuhu



Bersama Puan Che Haslina..

Lepas ni kita ke PERTIMA plak, anak syarikat PMINT untuk buat penyelidikan seterusnya... hehehe
Untuk syarikat seterusnya, dang bersama ahli kumpulan yang lain plak..
Jom, terjah next entry.. hihi


peace ;p