Friday 31 August 2012

Tiada Lagi Jawapan Untuk Itu...

Haloha...

Hati ini sukar untuk memaafkan bila terasa yang teramat sangat...
Si Dia memohon kemaafan dari dang, di mulut ingin menerima kata maaf darinya 
TAPI
di dalam hati seperti menolaknya...

Adakah hati dang ini belum lagi memaafkan perbuatannya 
yang tanpa disedari dia telah melakukannya ???

Kemungkinan besar Si Dia tidak mengetahui bahawa perbuatannya itu boleh membuatkan dang terkilan...
 Si Dia puas menyuruh dang berterus terang, tapi lidah dang berat untuk meluahkan apa yang Si Dia telah lakukan... Bagi dang, bila hati ini TERLUKA, ia akan terubat sendiri... 
Tapi bila atau bagaimana, dang tidak ada jawapannya...
Biarlah orang nak kata hati dang keras seperti batu atau lebih dari itu pun... Sebab apa sahaja tindakan yang dang ambil, dang sanggup menerima risikonya...

Biarlah masa yang menentukannya..
Dang perlukan masa untuk bersendirian...


peace 

:(

Haloha...

Hurm....... 
Hati dang terasa sangat-sangat dengan Si Dia... 
Kecik hati....

Bersendirian lebih baik sekarang ni...
 Dang tak nak di ganggu... 
Fullstop !!!!


peace

Thursday 30 August 2012

Detik 12 Malam Ini...

Haloha...

55 Tahun... 
Masa yang begitu pantas berlalu... Tepat 12 malam ini,saat yang dinantikan bakal tiba... 
Akhirnya, ia datang dengan membawa segala pembaharuan.. 

Kepada anak-anak remaja yang masih lagi setahun jagung,
jagalah bumi Malaysia ini dengan penuh rasa tanggungjawab...
Jangan abaikannya..
Mental, fizikal, idealogi, perbuatan.. Ubahlah kepada yang positif.. 
Bukan sahaja untuk negara tapi dalam diri setiap insan juga perlu dimerdekakan...


Salam Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia..


peace ;p

Hilang Punca...

Haloha...

Gara-gara sakit perut dan bangun lewat,
tak hadir ke kelas..
Topik akhir tak dapat nak buat sebab tak cover dengan baik..
Kena tunggulah ahad ni untuk study group...

Terima kasih Fatimahtul sebab sudi membantu dang.. :)


peace ;p

Wednesday 29 August 2012

MNIK VS TUTOR...

Haloha...



My Name Is Khan... Lakonan SRK dan Kajol... Dang pasti ramai orang dah tengok cerita ni kan.. Malam ni giliran dang plak menontonnya... Nasib baik TV3 tayangkan cerita ni.. hihihi.. Dah lama sebenarnya nak tengok cerita ni tapi disebabkan tak beli CD atau DVD dan sebagainya, maka terbantutlah nak menghadap cerita ni kan...

Kalau korang nak tahu, dang sebernanya peminat cerita-cerita hindustan ni.. Tapi tengok jugak ye jalan cerita di samping pelakonnya... hehehehe.. Si Dia pun dah tahu, kalau dang balik je Melaka memang cerita dari Mumbai je la yang dang layan... Sampaikan bila call je pasti dia akan bertanya, 
" Tengok cerita hindustan ke ??? " 
hihihihi.. Jadi, kenalah terima dang ni memang suka layan cerita Bollywood... hihihhi

Malam ni, pukul 9 memang sah akan menghadap di depan tv... 
Dah berangan nak makan roti telur sambil layan cerita... 

TAAAAPPIIII......

Plan dang tidak menjadi malam ni.. Baru je dang dapat call dari member... Che minta tolong dang ajarkan dia subjek QMT... Nak menolak rasa serba salah sebab tak kan nak cakap gara-gara cerita Bollywood tak nak tolong plak kan... Jenuhlah kena hentam kang... hohoho... Jadi, dang berkorban untuk kawan malam ni... Bila difikirkan balik, tak salah berkorban sedikit untuk kawan.. Mana tahu time kita susah, ada jugak yang sudi membantu... :) Bukan apa, Si Che nak jawab test QMT esok yang sepatutnya dah di selesaikan hari ini.. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan, dia terpaksa ambil esok... hohoho.. Pada masa yang sama, dang juga dah berjanji dekat dia, jika perlukan apa-apa pertolongan roger je jika berkelapangan... Maka, malam ni dang kenalah tunaikan janji tu...

Dalam pada itu, rupa-rupanya budak rumah dang ada salinan cerita MNIK ni... Jadi, nanti tengok sendiri je lah kat lappy dang... Layan sorang-sorang... Feelllll gitu !!! hihihih


peace ;p

Bila Lagi Ek ???

Haloha...




Lain kali jumpa, menu lain.. Ni hanya untuk alas perut...
hihihii
Lepas ni nak makan kek plak.. Ok x ???


peace ;p


Tuesday 28 August 2012

Gundah Gulana...

Haloha...



peace ;p


Sunday 26 August 2012

Sebak...

Haloha...

Pejam celik pejam celik, lagi seminggu sahaja lagi dang akan menamatkan intersesi... Tu pun dah tolak, darab, campur dan bahagi masa yang ada... Tetiba rasa sedih plak bila mengenangkan masa yang tinggal sangat pendek... Entah kenapa dang rasa sebak plak.. Lepas ni dah susah nak jumpa dengan teman-teman yang dang kenal time intersesi ni.. Mana tak nya, masing-masing dari kampus yang lain... Yang dang rapat, mereka tak lokek untuk menolong dang dalam subjek QMT 425 ni.... Memang dorang sabar mengajar dang satu persatu... huhuhu

Hurm.... Dang hampir terlupa dengan masa... Kalau Fatimahtul tak beritahu tentang minggu hadapan dah final untuk intersesi, memang dang anggap masih lama lagi intersesi ni.. Tak adalah tempohnya seminggu, kemungkinan dalam masa 2-3 minggu lagi.. Bila dang tengok kalender, memang sah tak lama dah lagi... 

Sebelum final ni, wajib kena bergambar kenangan... 
Untuk dijadikan memori indah pada masa akan datang... hihihihi

Semoga persahabatan yang terjalin ni akan berkekalan sampai bila-bila... :)
Amin....



peace ;(

Friday 24 August 2012

Coret-coret Lebaran 2012

Haloha...

Salam Lebaran semua blogger.. hihihi.. 
Dan yang pastinya mood masing-masing masih lagi dalam mood raya.. Dang plak mood raya kali ni kejap je, sebab lepas ni terus masuk kuliah balik.. Biasalah, ambil intersesi kan.. Raya tak boleh lama-lama.. Nanti hilang fokus.. hehehe..

Tahun ni raya memang membawa 1001 kelainan.. Sebab apa ???
Kerana, dang kali ni beraya berdua je dengan Yon, adik dang yang ke-2.. Ayah, mak dan Asyraaf beraya di Sarawak.. Deeba plak beraya di Perak.. Tahun ni, memang raya rojak.. Semua campur-campur.. Tapi, pape pun dang tetap bersyukur sebab dang dapat rasa tibanya Syawal tahun ni.. Tak kiralah, beraya di mana pun.. Bukan apa, masing-masing hidup merantau, tu yang beraya semua di perantauan.. Kali ni dang dan Yon beraya bersama keluarga Pak Uda, iaitu adik mak dang... 

Merasalah dang beraya kat kampung kali ni... Tahun-tahun sebelum ni, memang raya di rumah je.. Tahun ni lain sikit.. Perasaan raya kat kampung memang tak dapat digambarkan.. Bukan sahaja makanan yang terhidang tu sedap-sedap, tapi suasana kampung tu memang lain.. Dengan mercunnya, bunga api, dan macam-macam lagi la.. Kali ni dang merasa berebut-berebut bilik air sebab nak mandi.. Kena ikut turn.. hihihi.. Teringat zaman-zaman dang dulu-dulu, time kat kampung belah Perak.. Time tu ada lagi arwah atok.. Dang baru perasan, dah lama dang tak balik kampung... Hurm... Ada rezeki tahun depan dang ingat nak balik Perak plak... Beraya dekat sana.. Insyaallah..

Raya pertama, selepas solat raya, masing-masing menziarahi kubur arwah Wan dan Atok belah mak dang... Perasaan ketika tu, tak dapat nak digambarkan.... Kemudian, balik ke Klang.. Beraya kat sana.. Memang jalan sakan beraya di rumah sedara-sedara...

Raya kedua, sebelum balik ke Selayang, raya dulu di sekitar Keramat... Dan raya ketiga, dang dan Yon balik ke Melaka.. Sebab raya keempat, Yon dah kerja balik.. Dan dang, bermulalah tugas mengemas mana-mana yang patut sebelum dang berangkat ke Terengganu.. 

Dah macam iklan keluarga plak.. hihihi
Yon, Dina dan dang...

Raya keempat, Auntie Liza sekeluarga dan Deeba datang beraya di Melaka.. Raya ni tak ada rendang, hanya dang hidangkan yang dang reti masak je.... Yang tak mahir, dang tak buat..hehhehe... Dan kali ini juga, Si Dia dan kawan-kawan, datang beraya di Melaka.. Pertama kali dalam sejarah, dang menerima kunjungan Si Dia... hohoho.. Bila ada Auntie, baru dang berani mengajak.. Kalau tak, jangan haraplah nak bagi masuk rumah.. bahaya... !! hehehhe.. 

Itulah serba sedikit coret-coret lebaran dang kali ni.. Walaupun ringkas je sambutannya, tapi dang tetap merasa kehangatan lebaran tu sendiri..



peace ;p

Sunday 12 August 2012

Buat Insan-insan Tersayang...

Haloha...

Bulan baru, semangat pun baru... Macam mane puasa setakat ni ??? Dang doakan semoga semuanya berjalan lancar ye.. Dah nak dekat raya ni, dang gerenti ramailah berpusu-pusu ke pusat beli belah dan mana-mana sahaja untuk melengkapkan persiapan raya kan.. Dang dah selesaikan tu semua minggu lepas lagi, time family dang berada di Melaka... hihihi.. Sebab itulah dang tidak dapat nak update Mr.Bibi dang ni.. Di samping line internet tak berapa nak ok dekat dungun ni.. hohoho

Ok, kita tinggalkan tentang cerita beli-beli ni semua.. 
Memandangkan dang dah lama tak menaip, hari ni dang nak kongsikan hari-hari bahagia insan yang tersayang dang.. Untuk pengetahuan, hari ini 12 Ogos adalah hari ulang tahun kelahiran buah hati dang, Si Dia.. Genaplah umur Si Dia 2++ tahun.. hihihi.. Dengan ucapan,

" Semoga abg menjadi insan yang boleh memimpin sayang menjadi insan yang solehah di sisiNya... 
Dan sayang harap hubungan kita akan sentiasa mekar dan kekal hingga akhir hayat.. 
Insyaallah.... "


 Dan semalam, 11 Ogos ialah hari ulang tahun adinda dang, Yon yang baru menginjak ke alam 20-an... Dah bujang adik dang ni rupa-rupanya... heheheh.. Along ucapkan:

" Semoga sentiasa menjadi anak yang soleh dan dilimpahkan rezeki di dunia dan di akhirat...."


Untuk hari yang bakal menjelang pula pada 14 Ogos dan 26 Ogos, adalah hari ulang tahun adik bongsu dang, Asyraaf dan ayah dang, En. Azman... hihihi.. Tahun ni tak dapatlah dang sambut bersama mereka sebab masing-masing berada di perantauan... huhuhu... Tapi apa-apa pun, dang tetap mengingati hari-hari ceria ini... hehehe.. Kepada Asyraaf, along ucapkan:

" Belajar pandai-pandai dan dengar cakap mak ayah.. Kurangkan main tu... hihihi.. 
Semoga panjang umur.."


Dan kepada ayah dang, along ucapkan:

" Terima kasih diatas pengorbanan ayah selama ni.. Semoga ayah dilimpahkan rezeki yang baik dan kesihatan yang berpanjangan... Sayang Ayah !!!! "


Dan untuk yang terakhir ialah, hari ini juga merupakan ulang tahun ke 2 tahun persahabatan dang bersama Azlan.. Dialah kenalan FB dang yang telah menjadi BFF dang.. Jumaat ni dang akan berbuka puasa bersama Azlan.. Tak lupa juga dengan Si Dia... hihihi.. Dang ucapkan:

" Semoga persahabatan kita akan tetap utuh hingga akhir hayat... 
Nak nikah nanti jangan lupa jemput.. "

hihihiihi...



Itulah hari-hari bahagia yang dang telah kongsikan.. Setiap orang ada hari tersendiri.. Itu tak dapat dinafikan... Jadi, hargailah setiap hari-hari kita yang mendatang dan jangan dilupakan hari-hari yang telah berlalu... hihihi



peace ;p