Saturday 31 March 2012

TERKEZUT I TAW...

Haloha...

Dalam niat nak off lappy, tetiba teringat dekat Mr.Bibi dang ni.. Jadi, bukalah untuk jenguk pape yang patut.. Tetiba dekat atas sekali terpampang,
"Update New Look Blog.."
Dengan bangganya dang pun klik.. Mak Oi... Terkezut dang.. Memang berubah sama sekali view blog ni.. Memang bertukar terus.. Tapi bagi dang lawa jugak.. hihihi.. Korang mesti dah lama tukarkan ??? Dang ni memang lambat sikit.. Biasalah kan, update blog pun boleh dikira... hohohoho

p/s: Hutang 1 entry... Akan menyusul kemudian.. 


peace ;p

Friday 23 March 2012

MAU JALAN JAUH..

Haloha...

Hari ini kena tidur awal... Tak boleh tidur lewat macam semalam.. Bukan untuk ganti tidur yang tidak cukup tapi untuk merehatkan diri sebelum perjalanan yang jauh.. hehhehe.. Mesti korang tertanya-tanyakan.. Ke manalah dang nak pergi.. heheehe

Korang akan tahu jugak ke mana dang pergi.. Tapi bukan sekarang.. Tunggu next entry ye.. hihih
Barulah ada kezutan sikit.. hehehe

Ok lah, mau beradu dulu..
Doakan perjalanan dang selamat dan berjalan lancar..
Amin..


peace ;p

ADUHAI MATA..

Haloha...

Selamat pagi SEMUA..


 Mesti terkejutkan, pagi-pagi buta dang dah update blog.. hahha.. Sementara nak siapkan slide presention untuk subjek Entrepreneurship, dang blogwalking la kejap.. Bukan apa, Si Rozy sibuk mencari contoh-contoh yang kumpulan kitaorang nak kongsikan.. Dang pula ditugaskan untuk buat slide, macam biasa.. 

Walaupun dah lewat waktunya, tapi sekarang ni dalam plan memang kena siapkan tugasan ni.. Lepas ni, banyak lagi tugasan yang menunggu.. Jadi, kenalah kuatkan semangat untuk menyiapkannya.. Think positive.. hehhehhe

mood: Mengantuk.. Mata menjadi mata panda !!!




peace ;p


Wednesday 21 March 2012

Dalam SERABUT ada PENAWARNYA..

Haloha...


Hari ini keputusan SPM dah keluar... Ramai yang mendapat keputusan yang cemerlang.. Dang rasa lebih kurang 500 ke atas pelajar.. Baguslah macam tu.. Keputusan semuanya berwarna warni.. Bagi dang, keputusan SPM hanyalah permulaan semata-mata untuk menghadapi cabaran yang lebih besar lagi... Bukan apa, dang cakapkan ni pun berdasarkan pengalaman dang dan daripada orang lain.. Pape pun, dang tetap ucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja yang mendapat keputusan yang bagus.. Kepada yang kurang bagus, jangan rasa kecewa sebab rezeki korang ada pada masa hadapan.. Yang penting usaha dan bertawakal.. hihihi

Selesai bab untuk ucapan tahniah kepada adik-adik... Sekarang dang nak luahkan bahawa hari ini dang rasa gembira sebab dapat berkumpul dengan budak-budak kelas.. Walaupun ini semuanya tak dirancang, tapi tetap meriah.. Dalam keadaan yang tension disebabkan tugasan bertimbun-timbun tapi bila dapat berkumpul dan berbual antara satu sama lain dang rasa lega.. Budak-budak yang lain pun, dang tengok tersenyum kambing, tersipu malu, tergelak besar dan macam-macam lagilah gelagatnya... Ceria bila bersama.. Bukan apa, kadang-kadang kita perlu mencari ketenangan.. Bukan untuk melupakan semua tugasan tapi memberi sedikit ruang untuk diri ini berhibur.. hihihi..

Terima Kasih kerana buat hidup ini semakin berwarna-warni..
Setiap gurau senda membuatkan dang sentiasa tersenyum sendiri bila sorang-sorang...
hohoho



peace ;p


Friday 16 March 2012

Muncul Kembali..

Haloha...

Selamat Kembali ke Dungun.. 
Itulah perkara pertama yang dang lakukan untuk awal bulan Mac ni.. Apa lagi, untuk memulakan pengajian di dalam semester baru.. Dah puas bercuti, maka hidup perlulah kembali ke alam pengajian.. Semester ini, dang teruskan sebagai pelajar Part 4 plak.. Dah makin dekat nak habis belajar ni..hihihi.. Hurm... Dah nak masuk 2 minggu di sini, barulah dang dapat mengupdate Mr.Bibi.. 

Dulu, kalau semester lepas, semua tugasan yang diberikan akan dihantar pada akhir-akhir semester.. itu pun disebabkan lecture nak tapi untuk semester ni, selepas cuti mid-term dah kena hantar.. Masa pun tak lama je lagi, lebih kurang 2 minggu dari sekarang.. Adoi.. Tersusun dengan kemas semua tugasan yang perlu dihantar.. Jadi itulah sebab utama mengapa dan kenapa dang jarang sekali mengupdate Mr.Bibi dang.. Sekarang bukan macam semester-semester yang lepas, kali ni dang perlu lebih fokus.. Ini untuk menjaga keputusan dan dang perlu tingkatkan lagi.. Usaha tu kena ada.. Betul tak ???

Jadi, kepada rakan-rakan blogger dang.. Korang jangan fikir dang malas untuk menceriakan dunia blogging ni taw.. Hobi tu tetap sentiasa di hati cuma sekarang ni dang kena kurangkan sikit aktivitinya.. 
Tapi blogwalking, dang tetap teruskan.. hihihi

So, dang harapkan korang terus support dang, ok ??? 
Semoga kita semua makin maju dalam kehidupan masing-masing.. hihihi

Sempat jugak dang curi masa untuk bersama dengan SI DIA.. :)
Terima Kasih.. hihihi


peace :)

Saturday 3 March 2012

Kahwin VS Couple ???

Haloha...

Menarik... Tertarik... Da Bomm...




Perkongsian hari ini... Jadi, fikir-fikirkanlah..
Korang yang mana 1 ????
Jeng... Jeng... Jeng...


peace ;p

Friday 2 March 2012

Yahoo... Dapat Baby Boy !!!!!

Haloha...


Syukur alhamdullilah... Segalanya selamat..
- Itulah kata-kata yang diucapkan apabila seseorang selamat melahirkan anak ke dunia ini.. -


Baby tu bernama Muhammad Faiq  Irfan.. Time dia lahir dulu dengan berat 2.2 kg je.. Walaupun macam tu, alhamdullilah semuanya baik-baik saje.. hihihi.. Bila pertama kali dang tengok dan sentuh, sayu betul rasa.. Comel.. Lembut.. Tak terkatalah.. Yang pernah jadi mak, mesti tahukan perasaan tu.. Naluri tu tetap ada.. :)

Semoga Ifran menjadi anak yang soleh dan sentiasa dengar kata ye.. 


Dang ucapkan tahniah kepada sedara dang, Nurul Faiz Nur kerana melahirkan baby boy yang cute tu.. hihihi.. Lepas ni, mana tahu ada rezeki dapat kembar plak.. hihihi
Jeng.. Jeng.. Jeng...

Inilah mak ayah kepada Si Cilik Irfan tu.. hihihihi


peace ;p